CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16795|Reply: 85

Keanu Reeves terus beraksi

[Copy link]
Post time 16-12-2013 11:30 AM | Show all posts |Read mode
PEMILIK nama Keanu Charles Reeves, 49, bukan calang-calang pelakon selain memiliki wajah yang tampan, dia mempunyai bakat besar dalam lakonan. Namun namanya hanya lebih dikenali selepas membintangi filem The Matrix.

Mengimbau kembali perjalanan kerjaya seninya, bakat Reeves mula diasah ketika berusia sembilan tahun dan terlibat secara langsung dalam produksi teater, Damn Yankees.

Di usia 15 tahun pula, dia memegang watak Mercutio di pentas teater Romeo and Juliet di Posluns Theatre kemudiannya mengambil keputusan untuk beralih bidang.

Tidak mahu terikat dengan lakonan pentas teater, dia kemudiannya mencuba nasib di depan lensa dan membintangi siri komedi, Hangin In, terbitan CBC Television.

Selain tawaran lakonan, Reeves juga menerima beberapa tawaran lain seperti iklan, filem pendek dan juga jurucakap kepada produk terkenal.

Pada 1984 misalnya, dia dilantik sebagai jurucakap pada program belia Canadian Broadcasting Corporation TV dalam rancangan Going Great.







Mengenai penglibatannya di layar perak, Reeves yang bermula dengan watak sampingan akhirnya menerima watak utama drama filem River’s Edge (1986) mengisahkan satu kes pembunuhan yang melibatkan sekumpulan remaja.

Ternyata filem itu menerima pelbagai komen positif dan dia mula mencuri tumpuan pengarah dan penerbit Hollywood.

Sepanjang 27 tahun terlibat dengan industri seni,  Reeves membintangi hampir 60 buah filem termasuk Speed (1994), The Matrix (1999), The Matrix Reloaded (2003), Constantine (2005), The Lake House (2006), Man of Tai Chi dan banyak lagi.


Pahlawan Samurai

Kembali dengan filem terbaharunya, 47 Ronin, penampilan Reeves kali ini lebih berbeza dari lakonan popularnya menerusi The Matrix. Memegang watak sebagai Kai, Reeves mempersiapkan dirinya dengan ilmu mempertahankan diri, samurai.

Sedikit mengenai 47 Ronin, filem ini mengisahkan Kai (Reeves),  yang diselamatkan oleh sekumpulan samurai yang mengelar diri mereka sebagai 47 Ronin.

Demi membalas jasa kumpulan itu, Kai turut serta dalam misi membalas dendam terhadap musuh mereka..

"47 Ronin berdasarkan kisah sejarah benar yang berlaku pada zaman Edo yang dikenali sebagai Chushingura.

"Ia berkisar mengenai seorang bangsawan yang difitnah dan dibunuh dengan kejam. Manakala pengikutnya (Ronin) berjanjimembalas dendam di atas kematian ketua mereka," katanya.   

Sementara, pengarah filem itu, Carl Rinsch berkata, dia pernah berbincang mengenai pembikinan filem aksi itu bersama Reeves dua tahun lalu dan tidak menyangka ia menjadi kenyataan.

"Sebenarnya kami hanya cakap kosong dan berbincang untuk membikin sebuah cerita mengenai kisah fantasi Jepun.

"Namun kami mahu lakukan ia dengan cara kami sendiri dan jadikannya filem Blokbuster menerusi lensa kamera," katanya.

Filem arahan Carl Erik Rinsch ini bakal menemui penonton pawagam pada 25 Disember ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2013 03:08 PM | Show all posts
mcm best jer movie ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 03:55 PM | Show all posts
47 Ronin !!! Can't wait for this movies.. Mesti best
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 06:05 PM | Show all posts
kalau baca kisah hidup keanu ni, sbnrnya agak sedey
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:41 AM | Show all posts
handsomenya. jatuh cinta berkali2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 10:29 AM | Show all posts
dkt 50
tp smart mcm umur 20 an
phew..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2013 02:43 PM | Show all posts
one of the actor yang i nak sangat dating..

50 yet still hot and sizzling..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 03:34 PM | Show all posts
tak sangka aku umur dia 49tahun sudah... still maintain muda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 05:43 PM | Show all posts
ogata posted on 17-12-2013 02:43 PM
one of the actor yang i nak sangat dating..

50 yet still hot and sizzling..

Kalau ko belum kahwin...aku doakan jodoh ko dgn Keanu Rivers ni.

InsyaALLAH.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 07:16 PM | Show all posts
ogata posted on 17-12-2013 02:43 PM
one of the actor yang i nak sangat dating..

50 yet still hot and sizzling..

hahaha same same
this one melt my heart



Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:20 PM | Show all posts
HannahMontana posted on 17-12-2013 05:43 PM
Kalau ko belum kahwin...aku doakan jodoh ko dgn Keanu Rivers ni.

InsyaALLAH.

Amin amiN Amin.....mudah an mulut kau masin.....Amin Amin Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:24 PM | Show all posts
xAthenax posted on 17-12-2013 07:16 PM
hahaha same same
this one melt my heart

Kan....rasa nak kiss je bibir dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:47 PM | Show all posts
this weekend tgk citer nihh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 12:45 AM | Show all posts
saja je kutip kacang sbb ada gmbr keanu reeves...pasal masa aku stadi dulu kawan2 panggil aku keanu reeves hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 10:08 AM | Show all posts
garyura posted on 18-12-2013 12:45 AM
saja je kutip kacang sbb ada gmbr keanu reeves...pasal masa aku stadi dulu kawan2 panggil aku keanu  ...

ye ker????ko single lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 12:58 PM | Show all posts
ahhh..one of my crushes after brad pitt and johnny depp ..yeah..almost 50 but still yummy and delicious.. biar pun org kata dia nih berlakon kayu jati sekalipun..aku ttp peminat dia sampai sekarang..cuma dia nih memilih watak yg agak underground/low profile..filem2 pun tak byk yg box office kecuali the matrix trilogy dgn speed..harap2 yg nih box office hendaknya

dia nih sayang sgt dgn family..masa adik perempuan dia kena kanser dulu..dialah yg jaga..how sweet..dia pun cam reserved person
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 02:39 PM | Show all posts
great!he's one of the prolific actor along with johnny depp..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 03:45 PM | Show all posts
x minat,,,,serabai.... minat mase berlakon The Matrix jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2013 08:50 PM | Show all posts
suke tgk dia dlm constantine.....cool je....hehehe.... tapi pasan gak lately dia ni minat berlakon dlm filim yg ade seni pertahankan diri mcm man of tai chi dgn 47 ronin ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 03:30 PM | Show all posts
abang ke-ah-nuuu ....biler nk tua
maintain ensem weeeeiii
paling ingat ... dia berlakon  in "Bill & Ted excellent Adventures "
Last edited by outcast on 20-12-2013 03:32 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.077903 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list