CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16040|Reply: 185

[Tempatan] Bayar Yuran Sekolah Dengan Duit Syiling RM64

[Copy link]
Post time 6-1-2014 06:28 PM | Show all posts |Read mode
MiLo SuaM

Kisah Adik Nurkhatijah dan duit syiling

Adik ini datang ke sekolah dibawa oleh atuknya. Ibunya sudah lama meninggal dunia, bapa dipenjara kerana dadah.

Nenek kerja 'clearner' kontrak akan tamat bulan Jun nanti. Atuk dah tak terdaya nak kerja, dapat bantuan PERKESO RM350 sebulan.

Apalah nilai RM350 sebulan tinggal di Kuala Lumpur?

Hari ini Atuk bawa Nurkhatijah ke sekolah dengan duit syiling RM64 untuk bayar yuran, tapi tak cukup.

Cikgu² di sekeliling tolong topup kan.

Semasa aku tulis artikel ni, air mata aku tak henti menitis.

Jom bantu!

Hubungi ustazah adik ini kalau nak bantu no telefon: 017-3078400






Last edited by miss_kikilala on 6-1-2014 06:30 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2014 06:28 PM | Show all posts


Sumber :zunairahghani.blogspot


Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar  ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin  juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.

email : zunairahagi@gmail.com



Last edited by miss_kikilala on 6-1-2014 06:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:31 PM | Show all posts
Di kala Melayu yg hidup terperit, ada kroni yg buat hari jadi kat hotel 5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:35 PM | Show all posts
kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur mesia masih aman


Mana pergi badan yg sepatutnya buat tugas diamanahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:35 PM | Show all posts
post ni kat fb, twitter najib
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2014 06:36 PM | Show all posts
mak ai kesiannya.. ayah dia la ni yg lahanat hisap dadah..

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:39 PM | Show all posts
Sedihnya uolssss

Comel sgt budak ni
Semoga membesar & menjadi org yg berguna pada agama & negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2014 06:41 PM | Show all posts
RM64.00 tu sekali makan lunch 1 kuarga kat restoran sederhana jer bagi org2 kaya
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:42 PM | Show all posts
Macai2 umno semua cakap ini tak cukup meskin sebab masih boleh makan sambil tepek gambaar pelarian afrika...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:43 PM | Show all posts
kegimaru posted on 6-1-2014 06:35 PM
post ni kat fb, twitter najib

Komen Najib/kak mah:

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:43 PM | Show all posts
Di kala ada melayu susah macam ini ada jugak lobai pergi haji dan menangis mintak dapat Haji Mabrol........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:44 PM | Show all posts
Seronoknya budak ni dapat masuk sekolah
Mungkin dpt ramai kawan baru
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Insafnya sy.... Nanges....betap besarnya nilai rm64 tu bg sesetengah org.. Ada org kuar note 50 cam xde mende..dlm wallet penuh rm50 dgn 100...Insaf...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:45 PM | Show all posts
........................
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:46 PM | Show all posts
boleh percaya ke ustazah ni?

apa no akaun atok dia?...errr harap atoknya juga boleh dipercaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2014 06:46 PM | Show all posts
Ya Allah. kesian budak ni. yes, memang ayah dia salah.. tapi atok dan nenek dia masih ada kesedaran untuk hantar cucu ke sekolah. semoga budak ini cemerlang dalam pelajaran hendaknya.

dulu ada kes masa aku sekolah, budak ni tak mampu beli kasut sekolah. ke sekolah pakai selipar je. guru kelas kitorang perli-perli. kesian aku tengok.. sampai sekarang aku benci guru kelas aku tu. nasib baik cikgu budak ni okay. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2014 06:48 PM | Show all posts
noor2 posted on 6-1-2014 06:46 PM
boleh percaya ke ustazah ni?

apa no akaun atok dia?...errr harap atoknya juga boleh dipercaya...: ...

ni ade org letak lam komen tu..
xtau btul ke x..

Maybank ustazah Khadijah Alang Abd shukur. No Akaun Ustazah :158024762835.

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:50 PM | Show all posts
macai cakap.....
kenapa dia tak kerja....lagi kan bangla datang sini pun boleh kaya.....malaysia masih aman...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 06:51 PM | Show all posts
Kalau xnak bayar yuran g blaja kt sweden - mentri umNGOK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.069683 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list