CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3222|Reply: 33

[Tempatan] Biaya Maharaja Lawak: Exco jelas kekeliruan

[Copy link]
Post time 7-2-2014 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Biaya Maharaja Lawak: Exco jelas kekeliruan


Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah

ALOR SETAR - Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Khazali Din mengesahkan penganjur program Maharaja Lawak Mega suku akhir yang diadakan di Dewan Wawasan Jitra, 24 Januari lalu, membuat permohonan tajaan sebanyak RM1.2 juta.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat menerusi exco penerangan, namun tidak mendapat kelulusan kerana jumlahnya yang tinggi.

“Permohonan itu tidak diluluskan, ada cadangan supaya mereka mohon penaja lain antaranya syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Menurutnya, beliau tidak pasti sama ada penganjur ada membuat rayuan terhadap permohonan itu menerusi exco berkaitan.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah menafikan kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya hanya menggunakan RM200,000, seperti yang diluluskan.

“Memang benar kos keseluruhan mencecah RM1.2 juta tetapi yang diluluskan hanya RM200,000. Bagi menampung kos lain seperti penginapan dan pengangkutan, kita dapatkan tajaan dan tidak keluarkan belanja,” katanya.



Menurutnya, peruntukan RM200,000 itu digunakan untuk menganjurkan program sampingan sempena acara Maharaja Lawak Mega iaitu Fiesta Penerangan Kedah Makmur dan Karnival di luar Dewan Wawasan, dimeriahkan dengan gerai jualan dan pameran agensi kerajaan.

Mengulas permohonan bajet awal yang dikatakan terlalu tinggi (RM1.2 juta), Mohd Tajuddin berkata, kos itu dicadangkan penganjur program dan selaku Exco berkaitan, beliau memanjangkan permohonan itu kepada kerajaan negeri sebagai kos tajaan.

“Mereka cadangkan kita taja RM1.2 juta dan apabila dibentangkan, hanya RM200,000 diluluskan. Dakwaan kita belanja RM1.2 juta itu tidak benar, itu hanya permohonan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menggunakan kebijaksanaan untuk menggunakan peruntukan yang diluluskan tanpa memohon peruntukan tambahan selepas program berakhir.

“Saya anggap dakwaan kononnya kita belanja RM1.2 juta itu adalah fitnah untuk menjejaskan nama baik saya.

“Saya hanya guna peruntukan diluluskan. Saya juga tidak membuat tuntutan bayaran melebihi peruntukan yang dibenarkan. Hanya guna RM200,000,” katanya.

Menurutnya, penganjuran program itu diletak bawah tanggungjawab jawatankuasa penerangan kerana ia turut diisi dengan program penerangan.

“Kita jalin kerjasama untuk program itu bukan semata-mata untuk berhibur tetapi ada agenda serampang dua mata iaitu mempromosi Kedah secara langsung.

“Saya guna kesempatan populariti Raja Lawak untuk promosi Kedah kerana artis diminta mempromosi tempat pelancongan seperti Ladang Anggur Tasik Beris dan Ulu Legong ketika siaran itu sedang ke udara secara langsung,” katanya.

Mohd Tajuddin menganggap langkah itu adalah suatu penjimatan dalam mempromosi negeri kerana untuk mendapatkan siaran televisyen adalah terlalu tinggi perbelanjaannya.

“Rakyat Kedah patut bersyukur kerana banyak negeri melobi untuk dapatkan program itu mewakili wilayah utara. Saya andaikan ia win-win situation kerana penganjur diberi garis panduan tertentu dan mereka patuhi termasuk pakaian dan etika persembahan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan ini lebih khusus kepada memenuhi kehendak orang muda, di mana pihaknya membuat kajian sebelum berhasrat menjalin kerjasama itu.

“Maklum balas daripada generasi Y sangat positif. Kita buat tinjauan melalui twitter untuk bawa Raja Lawak ke Kedah dan semua sokong. Saya harap pihak luar jangan cuba eksploitasi isu ini atau berfikiran negatif,” katanya.

Mohd Tajuddin turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya pada peringkat pada awal pihaknya berhasrat menjual tiket persembahan bagi menyaksikan program suku akhir itu.

“Awalnya ada cadangan untuk jual tiket, namun saya tegaskan supaya tidak teruskan kerana mahu rakyat Kedah berhibur secara percuma,” katanya.

Beliau berkata, kesinambungan jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan artis Raja Lawak akan diteruskan pada masa akan datang.

“Kita sedang rancang adakan program amal bersama artis Raja Lawak untuk membantu golongan kurang upaya menerusi program kebajikan yang dilakukan.

"Namun ia masih dalam perbincangan awal,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
astro untung berjota2 pun mintak tajaan. dasat...dasat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 05:17 PM | Show all posts
elok laa tu..kerajaan kangkong dgn maharaja lawak


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
hmmmm... perlu ke badut2 tu promote kedah... xde pun dgr promote ldg anggur tu... mmg dh glamer dh pun ctu.. yg dok dgr asyik2 sebut danok, danok... kejadah ade kt danok siam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 05:53 PM | Show all posts
Nak taja M.L.Mega....?
Rentikan aje laaa. Banyok lagi mende lain jauh berpaedah dari menatang harom lalai neh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 06:06 PM | Show all posts
clarizsa posted on 7-2-2014 05:48 PM
hmmmm... perlu ke badut2 tu promote kedah... xde pun dgr promote ldg anggur tu... mmg dh glamer dh p ...

Wah danok selalu dengar, tpi belum penah sampai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2014 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren posted on 7-2-2014 06:06 PM
Wah danok selalu dengar, tpi belum penah sampai...

sama la... ntah mnde yg best kt danok tu ye...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 06:22 PM | Show all posts
Czaziq posted on 7-2-2014 05:16 PM
astro untung berjota2 pun mintak tajaan. dasat...dasat..

Wakil Siti selfie pernah hntr proposal mintak tajaan 8 juta dari kompeni tmpt laki aku kerja...hari ni laki aku letak atas meja seketari bos dia....esok dah nmpk proposal tu dlm tong sampah!!! Silap org lah...plak tu bos dia baru jer bercerai dgn seorg artis......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 06:26 PM | Show all posts
anaktoyol posted on 7-2-2014 06:22 PM
Wakil Siti selfie pernah hntr proposal mintak tajaan 8 juta dari kompeni tmpt laki aku kerja...har ...

Malam nie kan konsert dia siap promote lagi kt hot fm tadi
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepahtu mesti champion punyer...

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 06:33 PM | Show all posts
tak dengar pon promot ladang anggur ka apa ka....  citer jual donat stesen ketapi jalan pegawai semua tuh ada la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 07:37 PM | Show all posts
Aikk.minta tajaan jugak?? Igtkn sume tu duit astro sndri.hampeh!
knp smpi juta2 ek? Kos penginapan ngn pngngkutan smpi juta2 ke.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 08:12 PM | Show all posts
kalau MB kedah yg dulu buat mesti kene kutuk ngn macai2 dan lobai2... lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 08:14 PM | Show all posts
patut laaa menteri2 UMNo semua taraf maharaja lawak mega bila kuar kenyataan.... badut2 jadi menteri....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 08:15 PM | Show all posts
“Rakyat Kedah patut bersyukur kerana banyak negeri melobi untuk dapatkan program itu mewakili wilayah utara. Saya andaikan ia win-win situation kerana penganjur diberi garis panduan tertentu dan mereka patuhi termasuk pakaian dan etika persembahan,” katanya.
sampai perlu bersyukur ke hadrat ilahi?kebodohan apakah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 08:16 PM | Show all posts
taraf menteri UMNO Barisan Nasional malaysia...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2014 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
inilah mentaliti dorang
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Haram tak lawak pon citernye. Kengkadang cam pertandingan kostum pon ade
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 08:33 PM | Show all posts
lavajeans posted on 7-2-2014 06:28 PM
Sepahtu mesti champion punyer...

kalau apek masuk tentu Sepahtu tak ada can kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2014 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ronin posted on 7-2-2014 08:33 PM
kalau apek masuk tentu Sepahtu tak ada can kan?

Sapa menang?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.071279 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list