CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3698|Reply: 7

Liam Neeso kasi sengat!!!

[Copy link]
Post time 12-3-2014 02:59 PM | Show all posts |Read mode



CINTA Liam John Neeson atau nama komersialnya, Liam Neeson pada dunia seni lakonan hanya disedari setelah guru Bahasa Inggeris menyuruhnya menyertai kelab drama sekolah.

Biarpun pada awalnya, aktor berbakat besar ini menolak, namun penyertaan daripada gadis yang diminatinya ketika itu, menyebabkan dia berubah fikiran.

Jika diselak profil dirinya, Neeson sebenarnya adalah seorang yang terlalu ‘gila’ dengan sukan tinju, lebih-lebih lagi tiga tahun sebelum berjinak-jinak dalam dunia pentas.




Sejak dia berusia sembilan tahun, Neeson adalah pelajar sukan tinju di Kelab Belia All Saints dan pernah memenangi beberapa kejuaraan tinju amatur.

Pun begitu, hadirnya ke dunia lakonan bukanlah dengan tangan kosong, sebaliknya disokong semangat idola yang diminatinya.

Uniknya, idolanya itu bukanlah seorang aktor atau aktres sebaliknya seorang tokoh politik terkenal dari Ireland Utara, Ian Paisley.

“Kemampuan Paisley  berpidato di depan khalayak begitu ekspresif dan cukup terkesan.

“Sesuai untuk seorang aktor membawa sesuatu peranan,” kata bapa dua anak ini.

Namun begitu, cita-citanya untuk bergelar pelakon terkenal terhenti buat seketika lantaran beberapa masalah yang melanda.

Neeson hanya mula aktif pada 1978, setelah dia menerima tawaran berlakon dalam debut filem pertamanya yang berunsurkan keagamaan, Pilgrim’s Progress di bawah arahan Ken Anderson.

Tiga tahun kemudian, Neeson berjaya mendapatkan watak lebih besar menerusi filem Excalibur (1981).

Aktor kelahiran Ballymena, County Antrim ini kemudian memutuskan untuk berhijrah ke Hollywood.

Di Hollywood, pelakon yang terkenal dengan watak aksi ini berjaya mendapat tawaran untuk berlakon bersama-sama Cher dan Dennis Quaid dalam filem misteri pembunuhan berjudul Suspect (1987).

Ternyata, lakonannya sebagai Carl Anderson - seorang gelandangan dan veteran Vietnam yang tuli dan buta - mendapat  pujian daripada pengkritik filem.

Namanya sebagai aktor mula dikenali sehingga sutradara filem terkenal, Steven Spielberg, tertarik dengannya lantas  menawarkan peranan utama sebagai Oscar Schindler dalam filem Schindler List (1993).

Menerusi filem itu, Neeson buat pertama kali berjaya mendapat pencalonan Oscar,  Anugerah Gloden Globe dan Anugerah BAFTA bagi kategori Aktor Terbaik.   

Menerusi filem itu, Neeson berjaya ditawrkan untuk bermain di filem-filem pecah panggung  seperti Michael Collins (1996), Star Wars Episode I: The Phantom Menace (1999), siri Taken (1998, 2012) , Kinsey (2004), Batman Begins (2005), Clash of the Titans (2010), siri The Chronicles of Narnia (2005, 2008. 2010) dan Wrath of the Titans (2012).

Kepiawaiannya berlakon juga dapat dilihat menerusi filem-filem seperti The Haunting (1999), Love Actually (2003), Kingdom of Heaven (2005), Chloe (2009), The A Team (2010), Unknown (2011), The Grey (2011), Battleship (2012) dan The Dark Knight Rises (2012).

Terima bayaran mahal

Setelah sekian lama dalam bidang lakonan, suami mendiang Natasha Richadson ini tersenarai di antara 10 artis Hollywood dengan bayaran termahal, menerusi majalah Forbes pada 2013.

Pendapatannya yang mencecah sehingga AS$32 juta sudah menempatkan Neeson, 60, sebaris dengan Robert Downey Jr, Channing Tatum, Hugh Jackman, Mark Whilberg, Dwayne Johnson, Leornardo Di Caprio, Adam Sandler, Tom Cruise dan Denzel Washington.

Kembali beraksi

Terbaharu, Neeson kembali ‘bermain’ dalam filem aksi, Non-Stop arahan sutradara berbakat, Jaume Collet-Serra.

Filem yang ditayangkan sejak 27 Februari lalu, turut dibintangi Julianne Moore, Michelle Dockery dan  Scoot McNairy.

Dalam Non-Stop, Neeson berperanan sebagai marsyal udara, Bill Marks yang sedang mengikuti jadual penerbangan dari New York ke London. Di tengah perjalanan, dia diancam melalui pesanan singkat, melibatkan nyawa penumpang dalam pesawat.

Difahamkan, kini, Non-Stop berjaya menguis The Lego Movie daripada takhta juara pecah panggung Amerika Syarikat (AS) selepas judul animasi itu menghuni kedudukan teratas selama tiga minggu berturut-turut.

Filem terbitan Universal berkenaan yang mengetengahkan aksi Neeson, mencatatkan pungutan RM98.4 juta, menurut perangkaan dikeluarkan pihak studio, Ahad lalu.

“Khalayak sememangnya menyukai genre cemas dan Neeson sendiri antara faktor utama yang mampu membuatkan filem berkenaan merampas takhta filem paling popular di AS,” kata Ketua Bahagian Pengedaran Universal, Nikki Rocco.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 03:35 PM | Show all posts
ske die nih!!!!!!..ske cter yg kt ats tu..!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 08:48 AM | Show all posts
aisey...aku lom tgok lg da...aku suka dlm aksi dia taken 2008 and 2013..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:45 AM | Show all posts
aku ske tgk the A Team...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 11:05 PM | Show all posts
laki tua yang handsome n sexy..i loike
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:05 AM | Show all posts
aku mula minat dia ni lepas tgk narnia....tertanya2..sapa punyer sore aslan ni.....skali pakcik liam ni rupenyer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2014 02:30 AM | Show all posts
suare kedua yg aku suke dgr selepas sean connery
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Suke ngan hero ni....walau pn dh berumur,lakonan die best sgt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054839 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list