CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2492|Reply: 7

Hubungan berakhir

[Copy link]
Post time 13-3-2014 04:17 PM | Show all posts |Read mode



SEPANJANG tempoh hubungan asmara yang terjalin sejak 2011, terlalu banyak ungkapan putus dan sambung. Kini, keretakan hubungan itu kembali diperkatakan apabila ada sumber memberitahu hubungan pasangan selebriti ini dilanda badai sejak September tahun lalu.

Gagal untuk diselamatkan lagi, bintang cantik, Eva Mendes dan Ryan Gosling membuat keputusan untuk berpisah.

Dikhabarkan, hubungan cinta itu sudah berakhir sejak sambutan Hari Krismas lalu, kerana ketika itu mereka sudah membuat haluan masing-masing. Walaupun sebelum ini, Gosling menafikan khabar angin itu, namun menurut Mendes, hubungan itu gagal diselamatkan kerana beberapa perkara yang bercanggah antara satu sama lain.

"Kami berbeza karakter. Diri saya sering menjadi perhatian manakala Gosling pula lebih suka menyendiri dan 'low profile'. "Dia (Gosling) juga tidak mahu dikenali sebagai selebriti dan lebih selesa untuk tidak menghadiri majlis-majlis anugerah.

"Setelah berbincang, inilah yang terbaik untuk kami. Masing-masing bawa haluan dan kerjaya sendiri," kata bintang iklan produk wangian, Thierry Mugler, ini.

Enggan berkahwin

Selain daripada masalah perbezaan cara hidup, pasangan ini juga tidak pernah berbincang secara serius dalam hal perkahwinan. Menurut Mendes, baik dirinya mahupun Gosling tidak pernah terdetik untuk  melangkah ke arah fasa pernikahan.

"Sepanjang hubungan kami, ianya dilihat seperti tergantung. Saya sendiri tidak tahu bila waktunya untuk bersama dalam membentuk keluarga.

"Begitu juga dengan dia, hubungan kami hanya berlangsung seperti kekasih yang tiada hala tuju.

"Jadi, ada baiknya jika kami mengakhiri hubungan ini dan memberi peluang kepada orang lain," katanya lagi.

Sebelum ini, Mendes pernah mengeluh susulan kesibukan Gosling dalam bekerja sehingga tiada masa untuk dirinya.

Menurut bintang 2 Fast 2 Furious ini, kesibukan Gosling membuatkan mereka jarang berjumpa dan merasa janggal apabila bertemu.

"Dia terlalu sibuk dengan kerja, siang malam bekerja tanpa menghiraukan dunia termasuk saya.

"Namun, ia bukanlah faktor utama keretakan hubungan kami, ia adalah salah satu daripadanya," katanya.

Mendes dan Gosling mula bercinta pada 2011, ketika kedua-duanya itu terlibat dalam penggambaran filem, The Place Beyond The Pines.

Sedang hamil?

Setelah mengumumkan berita perpisahan bersama bekas kekasihnya itu, Mendes dikhabarkan sedang hamil.

Berita ini tersebar susulan tindakan Mendes yang cuba mengelak daripada pemeriksaan imbasan badan ketika berada di lapangan terbang.

Tidak seperti penumpang lain, aktres berusia 39 tahun ini menolak untuk menjalani imbasan itu ketika ingin menaiki penerbangan di LAX Airport.

"Memang betul, saya memberitahu petugas itu bahawa saya sedang hamil untuk mengelak daripada imbasan berkenaan.

"Ia adalah taktik saya untuk mengelak daripada ujian itu kerana saya tidak pernah melaluinya. Setiap kali menggunakan khidmat penerbangan, itulah alasan saya.

"Saya hanya membenarkan tangan sahaja untuk diperiksa kerana saya takut. Apa yang saya tahu, ujian imbasan itu meninggalkan kesan buruk kepada badan kita dan kemungkinan urat-urat kecil akan terputus," katanya.




Peluang George Clooney...

Walaupun kini tidak terikat dengan mana-mana lelaki, bukanlah alasan untuk Mendes kembali menghangatkan hubungan cinta bersama orang lain.

Menjadi dambaan ramai lelaki, Mendes juga turut diminati aktor hebat, George Clooney yang sebelum ini menanti masa yang sesuai untuk mendekati aktres cantik ini.

Tambahan pula, bekas kekasih Clooney, Stacy Keibler sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Namun bagi Mendes, ini bukanlah masa yang sesuai untuk mencari pengganti untuk menemani hari-hari sunyinya.

"Saya mengakhiri hubungan sebelum ini bukanlah kerana untuk mencari pasangan lain.

"Bagi saya, bukan senang untuk membina hubungan baru dalam tempoh yang singkat kerana ia tidak semudah yang disangka.

"Berilah ruang untuk saya bersendiri dan memberi perhatian kepada diri sendiri," jelasnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2014 04:18 PM | Show all posts
mod mintak move pg gossip antarabangsa. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 05:16 PM | Show all posts
eva mendes, aku suka tgk muka dan kulit "tan" dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 05:22 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 13-3-2014 05:16 PM
eva mendes, aku suka tgk muka dan kulit "tan" dia.

oh kulit cm dia tu pgil Tan" baru aku taw
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 05:54 PM | Show all posts
berun posted on 13-3-2014 05:22 PM
oh kulit cm dia tu pgil Tan" baru aku taw

aa, bru la nmpk kelatinan tu. ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 03:41 PM | Show all posts
xske minah nie. !
klit tan sgt..hahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2014 04:56 PM | Show all posts
"Saya hanya membenarkan tangan sahaja untuk diperiksa kerana saya takut. Apa yang saya tahu, ujian imbasan itu meninggalkan kesan buruk kepada badan kita dan kemungkinan urat-urat kecil akan terputus," katanya.


eh! org barat pun ada pemikiran camni..haha lawak.siap urat putus
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 07:57 AM | Show all posts
senyum lebar la abg george clooney....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062936 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list