CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3723|Reply: 12

pereka fesyen dijumpai mati bunuh diri

[Copy link]
Post time 18-3-2014 12:31 PM | Show all posts |Read mode


L'Wren Scott dijumpai mati bunuh diri

SEORANG pereka fesyen terkemuka telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di sebuah pangsapuri miliknya di bandar Manhattan, New York pagi semalam.

L'Wren Scott yang juga seorang model dan pendandan rambut terkenal dijumpai oleh pembantunya dalam keadaan tergantung pada sebuah pintu dan terjerut dengan sebuah skarf.

Menurut pembantunya, Scott telah menghantar sebuah teks pesanan ringkas kepadanya 90 minit sebelum kejadian dan memintanya untuk datang ke apartment wanita tersebut namun dia tidak diberitahu mengapa dia di minta untuk ke sana.

Teman lelaki Scott, Mick Jagger melahirkan rasa terkejut dengan berita yang diterimanya.

Menurutnya, Scott tidak menunjukkan kemurungan atau rasa tertekan sebelum ini.

Sementara itu, jurucakap Jagger meminta pihak media memberikan ruang kepada keluarga dan rakan-rakannya.

"Jagger terlalu terkejut dan kecewa dengan berita ini, berikanlah sedikit privasi untuk dia dan keluarga mereka," katanya.

Dalam pada itu, siasatan polis mendapati tiada sebarang nota bunuh diri ditinggalkan oleh Scott dan pihaknya tidak menjumpai sebarang bukti yang boleh mengaitkannya dengan perbuatan khianat.

Scott sebelum ini pernah mereka pakaian untuk selebriti terkemuka seperti Madonna, Nicole Kidman, Oprah Winfrey,Penelope Cruz dan Michelle Obama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 02:17 PM | Show all posts
frust ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 02:54 PM | Show all posts
ais_kosong posted on 18-3-2014 02:17 PM
frust ke?

dadah la ni xpun illuminati  
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 02:56 PM | Show all posts
pestol posted on 18-3-2014 02:54 PM
dadah la ni xpun illuminati

amboi..


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 10:39 AM | Show all posts
mgkin ada kaitan dgn pngganas...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 11:01 AM | Show all posts
SEBUAH scarf


kesian..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2014 08:50 AM | Show all posts
Nak siasat bukan senang ni oi...nak cari motif bagai. Nak mati pun bg la nota, sng keje polis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 11:33 AM | Show all posts
ambik dadah le ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2014 07:51 PM | Show all posts
dia banyak hutang laa.. berjuta juta hutang dgn bank. Latest akaun dia tunjuk defisit 6 milion dolar. Jenama L'Wren Scott tu memang terkenal tapi rupanya bankrupt. Dia depress lalu bunuh diri.

Anyway ni wartawan ni sama ada sangat tak ada info atau memang saja tak nak sensasi sebab dia langsung tak sebut Mick Jagger sebagai penyanyi Rolling Stone. Dorang tengah nak start tour concert kat Australia, dah sampai kat Perth pun tapi terpaksa patah balik ke New York sebab berita ni. Concert kat OZ pun terpaksa tangguh. Last edited by MissLibra on 20-3-2014 07:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 09:26 AM | Show all posts
duit byk sgt x tau nk buat ape...stress
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2014 09:45 AM | Show all posts
duit oh duit **motip
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2014 12:42 PM | Show all posts
Tah sapo sapo tah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 12:19 AM | Show all posts
didie alias amareka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.063341 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list