CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1717|Reply: 0

Nargis ke Hollywood?

[Copy link]
Post time 18-3-2014 12:53 PM | Show all posts |Read mode


SANTABANTA.com melaporkan, aktres cantik, Nargis Fakhri akan memulakan karier lakonannya di Hollywood apabila bakal membintangi filem komedi arahan Paul Feig.

Sebelum ini, Freig mengarahkan filem Bridesmaids yang pernah tercalon untuk Oscar.

Filem yang berjudul Susan Cooper itu adalah terbitan produksi Fox dan dia dikhabarkan akan memegang watak seorang agen.

Selain Nargis, filem itu turut dibintangi pelakon aksi, Jason Statham dan aktres The Heat, Melissa McCarthy.

Nargis, bekas model di New York, mencipta nama di Bollywood menerusi filem Rockstar pada 2011 di samping aktor kacak, Ranbir Kapoor.

Dia kemudiannya membintangi filem Madras Cafe malah turut menyanyi dalam satu babak filem itu iaitu Phata Poster Nikla Hero.

Pelakon yang berusia 34 tahun itu juga bakal muncul dalam filem komedi arahan David Dhawan, Main Tera Hero bergandingan dengan Varun Dhawan dan Ilean D'Cruz.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.055193 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list