berancuk posted on 1-4-2014 02:21 PM
jom dengar dia nyanyi
hurm sedap la gak.. ade potensi utk jd penyanyi. tp x phm aku nape nk jadi mamat Kpop..Kalo die simple2 lagi best. Jadi lelaki Melayu..da la aku suke die blakon.. bile jadi gini, putus plk selera.
Ni aku amik dari rotikaya.
Terjun Bidang Nyanyian: Nazim Othman Bakal Tampil Dengan Lagu K-popKegilaan pelakon ini terhadap dunia hiburan Korea bukan satu rahsia di kalangan para peminat beliau dan baru baru ini, Nazim Othman mendedahkan yang beliau akan terjun ke bidang nyanyian bersama lagu baru berirama rancak dipengaruhi elemen K-pop. Harian Metro hari ini melaporkan yang Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman kini berdebar untuk secara rasminya melangkah dalam bidang nyanyian selepas telah me-nyiapkan single berentak rancak berjudul Destinasi. Pelakon ini turut mengakui yang beliau telah melihat secara terperinci akan selera peminat beliau dan bersedia mengambil risiko akan penerimaan peminat terhadap lagu pertama beliau ini. “Risau memang risau kerana tahulah pengikut muzik tempatan kita masih lagi berjiwa lebih kepada lagu mendayu atau balada. Lantas, lagu rancak sebegitu berkemungkinan bukan menjadi pilihan sangat buat mereka” “Bagaimanapun, saya suka untuk mencuba sesuatu yang lebih berisiko lagipun untuk lagu Desti-nasi, sasaran pendengar saya memang daripada kalangan muda remaja” “Saya pun tidak mahu yakin sangat penerimaan-nya bakal menjadi luar biasa kelak tetapi yang penting saya cukup berpuas-hati dengan hasil titik peluh sendiri itu,” jelas Nazim Othman. Namun, beliau masih tidak mempunyai tarikh pelancaran untuk lagu tersebut lebih lebih lagi dengan insiden pesawat MH370 yang masih baru. (rtky/m)
Last edited by jaja4 on 1-4-2014 02:42 PM
|