CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4147|Reply: 10

Hathaway tak kisah dibenci?

[Copy link]
Post time 7-4-2014 04:17 PM | Show all posts |Read mode
BINTANG Hollywood, Anne Hathaway tidak terkesan membaca artikel-artikel yang menunjukkan kebencian orang awam terhadapnya.

Dia malah menjadikan perkara tersebut sebagai lawak jenaka dan menganggap ramai orang mencemburui kecantikan rambut yang dimilikinya.

“Saya tahu ramai orang cemburu sebab rambut saya memang semula jadi cantik.

“Kalau semua orang nak benci saya pun tak apa, saya dah biasa!” katanya.



Dipuji Obama, Anne Hathaway bukan bintang biasa

KENANGAN manis buat aktres jelita Anne Hathaway sebagai pelakon Hollywood kelas A. Mana tidaknya, wataknya sebagai Catwoman menerusi filem The Dark Knight Rises, mendapat pujian daripada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Menerusi E! Online, Obama berkata, lakonan Hathaway dalam filem tersebut sangat 'menakjubkan'. "Saya berpeluang untuk menonton Batman, dan dia (Hathaway) adalah yang terbaik bagi saya. Itu hanyalah pandangan saya semata-mata," kata Obama di sebuah kempen mengumpul dana yang bertempat di rumah penerbit filem Harvey Weinstein di Connecticut.

Hathaway yang kebetulan berada pada majlis sama terharu dengan pujian Obama dan tidak menyangka Presiden Amerika Syarikat tersebut mengenali dan menyukai lakonannya. Pemilik nama penuh Anne Jacqueline Hathaway ini mula diperkenalkan dalam filem Disney pada 2001 berjudul Princess Diaries.

Sebelum itu, dia telah muncul dalam siri televisyen, Get Real pada 1999. Dia kemudiannya terus muncul dalam filem Disney untuk tiga tahun berikutnya, seperti Ella Enchanted (2004) dan The Princess Diaries 2: Royal Engagement (2004).

Antara watak-watak penting yang menonjolkan lakonan Hathaway selama ini ialah isteri seorang Texas dalam filem Brokeback Mountain (2005), pembantu peribadi editor dalam The Devil Wears Prada (2006), penulis legendari British Jane Austen dalam filem Becoming Jane (2007), perisik Agent 99 dalam Get Smart (2008) dan penagih dadah yang insaf dalam Rachel Getting Married (2008).

Lakonan mantap gadis kelahiran Brooklyn, New York ini  juga dapat dilihat menerusi filem Passengers (2008), Bride Wars (2009), Love & Other Drugs (2010), Alice in Wonderland (2010), One Day (2011), Les Miserables (2012) dan The Dark Knight Rises (2012).

Begitu pun,  Hathaway mengakui bahawa dia seorang yang mentah dan degil ketika mula-mula menceburi karier lakonannya.

"Saya fikir saya dulu lebih banyak bercakap daripada mendengar dan sebab itu saya rasa ketinggalan banyak benda. Memang saya selalu bersikap profesional di set penggambaran filem-filem lakonan saya itu tetapi mungkin ketika itu saya masih mentah dan degil, jadi saya bimbang kalau saya tak bersuara, orang lain tidak akan mendengar apa pandangan saya," jelasnya.





Makan lobak setiap hari

Gadis cantik ini ternyata begitu bersungguh-sungguh dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon profesional. Buktinya, demi menjayakan filem Les Miserables (2012), Hathaway telah menurunkan beratnya secara drastik dan ramai tertanya-tanya diet apakah yang digunakannya sehingga menyebabkan dia kelihatan kurus kering.

Menurut laporan The Sun, aktres berusia 31 tahun itu memberitahu bahawa rahsianya hanya adalah dengan memakan lobak setiap hari.

"Saya mengakui saya hilang berat badan dengan begitu drastik dan hanya menjalani enam hari 'detoks', diet ini menyenangkan. Saya hanya memakan lobak dan 'hummus', sejenis makanan daripada Timur Tengah yang diperbuat daripada kacang, bawang putih dan air jeruk nipis," katanya.

Walaupun mendapat tubuh badan seperti yang diinginkan, Hathaway terpaksa berdepan kesan lain apabila wajahnya dipenuhi jerawat.

Namun begitu, segala usaha dan pengorbanan yang dilakukannya itu ternyata berbaloi apabila Hathaway diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Golden Globe Awards 2013, Screen Actors Guild (SAG) 2013 dan Filem British BAFTA 2013.

Sebelum ini, Hathaway telah mengambil masa selama setahun untuk mengubah tubuh badannya bagi mengenakan kostum Catwoman yang ketat bagi filem The Dark Knight Rises.

Pinjam suara dalam Rio 2

Dalam perkembangan terbaharu, Hathaway bakal muncul dalam Rio 2, sekuel dari filem animasi yang berjaya pada 2011, Rio. Menerusi filem arahan Carlos Saldanha ini, Hathaway meminjamkan suaranya bagi watak Jewel iaitu seekor burung kakak tua.

Selain Hathaway, filem animasi ini turut menampilkan pelakon lain seperti Jamie Foxx, Kristen Chenoworth dan Jemaine Clement. Menarik mengenai filem ini, ketika Hathaway menghadiri majlis perasmian filem berkenaan di Walk of Fame di Miami, Hathaway dipatuk burung kakak tua di bahagian kepalanya ketika dia bergambar dengan burung itu.

Menurut laman web, webpronews.com, burung kakak tua itu diletakkan di bahu Hathaway ketika haiwan itu mula mengutil rambut dan kulit kepalanya dengan paruh, namun aktres tersebut bersikap profesional dan terus bergambar dengan burung itu.

Burung kakak tua itu kemudiannya dibawa pergi dan digantikan dengan tenggiling putih sebelum haiwan itu menyondol telinga aktres itu dan menyebabkan Hathaway menjerit.

Rio 2 yang akan menceriakan anda di pawagam seluruh negara mulai 10 April ini mengisahkan Blu, Jewel dan tiga anaknya yang tinggal di sebuah kilang ternakan di ladang ajaib.

Sewaktu Jewel membuat keputusan mengajar mereka tentang erti kehidupan sebenar seekor burung, dia telah membawa keluarganya ke Amazon. Blu cuba menyesuaikan diri dengan jiran baharunya, dia risau akan kehilangan Jewel dan juga anaknya.
Last edited by berun on 7-4-2014 04:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2014 04:36 PM | Show all posts
anne hathaway ni klu bac website  oversea mmg ramai org x suka...katanya suka up diri..taktau la btol ke tak..ntah2 org jeles kat dia kot...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 08:44 PM | Show all posts
exclusive_vvip posted on 7-4-2014 04:36 PM
anne hathaway ni klu bac website  oversea mmg ramai org x suka...katanya suka up diri..taktau la bto ...

kat fashion police joan rivers penah sindir anne neh cas diva kekwat gituhh.agknya mmg betul la pangai dia dibenci org.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 01:13 PM | Show all posts
Skrg cutting rambut dia pixie kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 06:48 PM | Show all posts
exclusive_vvip posted on 7-4-2014 04:36 PM
anne hathaway ni klu bac website  oversea mmg ramai org x suka...katanya suka up diri..taktau la bto ...

Iols pun ade terbaca benda yang sama
Sheols ni mcm sombong sikit
Sebb sheols kan tetgolong dlm A listed actresses,
Lagi satu sheols suka pakai baju see through dgn tak pakai bra
Muka jer nampak inesen

P/s avatar uols tue abam tom hiddleston ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 11:00 PM | Show all posts
Hathahate ni wujud lagi ke ingat fenomena tu ada tahun lepas je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2014 12:38 AM | Show all posts
dia ni dikatakan diva kan? tapi baju baju dia selalunya cantik di red carpet
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 10:59 AM | Show all posts
huhuh..fames sangat ke dia?
aku rasa tak de le A list sangat pun........
citer yg dia berlakon semua yg simple2 jerk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2014 08:11 PM | Show all posts
alesandra posted on 7-4-2014 08:44 PM
kat fashion police joan rivers penah sindir anne neh cas diva kekwat gituhh.agknya mmg betul la pa ...

mungkin la kot...i pnah baca, ada org bgtau anne samakan diri dia dgn audrey hepburn ke grace kelly ntah...self proclaimed gitu..xtau la dia bergurau ke betul2...

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 08:12 PM | Show all posts
sarah_ary2 posted on 9-4-2014 06:48 PM
Iols pun ade terbaca benda yang sama
Sheols ni mcm sombong sikit
Sebb sheols kan tetgolong dlm A ...

yup..abam tom time berlakon teater Ivanov...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 08:13 PM | Show all posts
beatgirlX posted on 11-4-2014 10:59 AM
huhuh..fames sangat ke dia?
aku rasa tak de le A list sangat pun........
citer yg dia berlakon sem ...

dia dulu kan hollywood gigih naikkan nama dia, ala2 jennifer lawrence skrg la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.081617 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list