CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5722|Reply: 4

[Pelbagai] Pendapat tentang karya-karya penerbit alternatif

[Copy link]
Post time 13-4-2014 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Ni antara isu hangat yang saya saja bangkitkan alang-alang dah dekat PBAKL 2014 ni. Dah berdekad novel-novel cinta mendominasi bidang publishing di Malaysia, tapi sejak 2-3 tahun ni bangkit kumpulan & syarikat penerbitan alternatif (atau lebih dikenali sebagai indie) yang menarik ramai golongan pembaca yang inginkan pembaharuan dalam scene literature Malaysia. Dan terbukti yang mereka berjaya sebab lain daripada publisher mainstream yang bergerak secara solo mengikut syarikat masing-masing, publisher alternatif bergerak secara collective (contoh: Indieke). Di mana mereka saling tolong-menolong untuk mempromosikan dan menjual buku-buku & saya rasa ini memang strategi bagus sehingga dengar cerita masa saya intern dulu mereka jauh mendahului daripada segi keuntungan ketika PBAKL tahun lepas.

Penerbit mainstream mula terasa tergugat hingga bertindak mengeluarkan poster amaran supaya ibu bapa pantau anak-anak beli buku jenis apa kahkahkah Diakui memang saya sendiri pun, taklah suka sangat dengan buku indie ni sebab kadang-kadang plotnya loose, tapi ada jugak yang memang awesome contoh macam; Pecah, Kelabu, Asrama, Sofa Biru, Puisi Tepi Jalan, Langit Vanilla dll. Tapi kalau kita tengok penerbitan mainstream sekalipun, bukannya semua tiptop kualiti, plot yang diulang-ulang, karakter 2-dimensional, tak realistik dll. Point saya disini, bidang publishing ini perniagaan makanya penerbit mainstream jangan mudah rasa selesa sebab selama ini tak ada competitor yang boleh bersaing dengan lambakan novel cinta yang menyebabkan novel cinta saja yang dapat dijual di Malaysia satu ketika dulu.

Apabila muncul gagasan competitor yang kuat, jangan kecut perut guna poster amaran. Buktikan yang kamu juga boleh menangi hati pembaca balik. The rise of the gagasan alternatif ni disebabkan orang dah muak dengan plot recycle banyak kali dengan karakter yang menyakitkan hati jadi bersainglah dengan kualiti. Tak guna nak kondem penerbitan indie didalam newspaper and everything sebab hakikatnya sekarang ni memang ramai yang suka dengan novel-novel keluaran penerbit alternatif (tak kisahlah kualiti macam mana pun, itu belakang cerita )

Jadi, apa pendapat korang pulak? (tediaaaaa fefeeling tulis artikel )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2014 01:35 PM | Show all posts
saya ok je dengan buku2 "indie" ni. best jugak la, sebab banyak kelainan. Mautopia, Kil, contohnya, twist-plot sampai senget2 otak nak hadam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2014 02:23 PM | Show all posts
Ipo suka citer pelik2 ni tapi yalah kan..novel cinta jugak yg jadi pilihan pembaca..kalau tengok dari segi jualan..novel cinta masih di tangga atas. Citer indie ni nak kena tengok jugak penyampaiannya. macam fixi tu, ada gak bahasa tu terlalu expose sangat..memang kdg2 tu tak sesuai utk budak ..18sx. Tapi apa yang Ipo tahu, novel macam ni juga ada peminat tersendiri dan mereka akan cari jugak. Termasuk Ipo..hehehe.
Ipo ni suka baca semua genre...tak salah kita membaca semua tu asalkan tahu ambil iktibar, ya tak?

Jadi, sokong jugak novel macam ni sebab Ipo suka tulis kisah seram dan thriller ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 03:36 PM | Show all posts
Tulah pendapat saya pun, content tu pembaca boleh nilaikan sendiri baik & buruk, ada forum kat Frinjan dulu yang sengaja diadakan sebab nak berdebat pasal sesuai atau tak content novel alternatif ni. Maryam Lee (panelis yang menyebabkan forum ini terjadi sebab mengutuk penerbit alternatif secara terbuka di twitter) mengupas tentang penggunaan bahasa dan pengaruh buku alternatif terhadap gejala sosial semua. Tapi, tak adil nak letakkan salah dekat publisher, publisher & penulis bukan moral police.



Tapi antara benda yang saya tak suka pasal publisher novel alternatif ni ialah sikap tak boleh kena tegur. Buat cerita nak yang paling open minded tapi susah nak terima kritikan. Jangan bongkak sangat, nak meletup bila orang tegur sikit terima dengan hati terbuka & perbaiki kualiti penerbitan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 09:05 PM | Show all posts
Aku setuju dengan komen TT...
sekurang2nya penerbit Mainstream dapat menerima saingan yang lebih sihat...
tak perlu nak burukkkan mana2 pihak...

aku akui buku2 alternatif ni, agak kurang sesuai untuk remaja belasan tahun...
justeru itu, pemantauan oleh ibu bapa amatlah di perlukan...

kewujudan penerbit alternatif, sekurang2nya memberi variasi kepada pembaca...
tidaklah pembaca di sogokkan dengan genre cinta semata2...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.690423 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list