CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nashrudean

Wardina vs Ust Don - "dina kantoi puji diri sendiri di forum gosip cari?

 Close [Copy link]
Post time 16-4-2014 12:03 PM | Show all posts
TEGURLAH SECARA BERHEMAH.. SUPAYA MARUAH USTAZ TU TAK TERCEMAR DAN KREDIBILITI DIA SEBAGAI USTAZ TAK TERJEJAS. WARDIANA NI MCM BAGUS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 12:05 PM | Show all posts
chickenwing posted on 16-4-2014 11:59 AM
YANG LAYAK telahpun menegur Ustaz Don. So apakah keperluan Wardina untuk tolong 'panjangkan' benda ...

chickenwing..yang hang p layan wardina tu buat pa... klao ko ckp mcm ni dia pusing cam gini... tak kan tak kenal lg kot...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:07 PM | Show all posts
chickenwing posted on 16-4-2014 11:59 AM
YANG LAYAK telahpun menegur Ustaz Don. So apakah keperluan Wardina untuk tolong 'panjangkan' benda ...

ha! inilah dia yang saya nak komen..terkeluar pulak komen burung kakak tua tuh..

pandai awak karang ayat saya memang fail skit bab karang mengarang nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:09 PM | Show all posts
kelakar forumer kat sini..mengata wardina keyboard warrior...walhal kt sini menjoyah masing2 x hingat dunia
eniway....x semua student yg blajar kt al azhar jorda or mesir or madinah tu pengkhususan pd hadith or agama
ada yg cuma belajar bahasa, tajwid etc..... balik2 malaysia pgil ustaz..ceramah agama ke hulu kehilir
walhal dok kt sana dunia mesir tu ala2 bukit bintang sajork sosial nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:13 PM | Show all posts
i bet si wardina ni bangsa tak makan saman.degil ,ketegak,ego,nak menang selalu.kesian laki dia dapat bini yg selalu asa diri dia serba tahu ,serba pandai,ego memanjang.kalau dengan publik dia tak ada rasa bersalah.apalagi private life lagi teruk kot.laki dia pun akau rasa tak boleh handle bini serba tahu ni.aku tengok perempuan bijak macam dr zeti ungku aziz,rafidah aziz atau datuk maznah hamid,iron lady malaysia masih pandai jaga aib suami walau diorang ni wanita yg pandai serba serbi pandai.dan aku notice wanita di luar sana yg ada profsor rate,phd,macam dr mazlan ratu angkasa,dr jemilah ratu mercy malaysia semua ada adap kat orang amai dan respek kat lakimasing masing tanpa ada mulut cabul kat publik.adakah status wardina ni yg asal artis baru upgrade jadi ala-ala orang berilmu rasa dia boleh suka suki mengata kelemahan orang.insaf lah wardina ooi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:17 PM | Show all posts
idakamaruddin posted on 16-4-2014 11:47 AM
print screen plsss

cannotlah my dear...my friend tu. sian husband dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2014 12:22 PM | Show all posts
nacein posted on 16-4-2014 12:05 PM
chickenwing..yang hang p layan wardina tu buat pa... klao ko ckp mcm ni dia pusing cam gini... tak ...

Sebab saya rasa dah tahap melampau nk 'tegur' ustaz secara terbuka.....nk betulkan tu x salah...tp ni bukan cara yg betul. Tu sajooo....peace no war.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:32 PM | Show all posts
Mrs. Know-it-all Wardina ni bosan jahhh... dia jelaa yang tahu semua. Dia jelaa yg pandai mendidik anak2.. Dia jelaa org yg paling rajin membaca. kalo jd pengacara rancangan MHI...cakap and pendapat dia jer nk org lain dengar...siap potong cakap panel yg dipanggil... cuba jadi humble sikit boleh tak? tak nmpak bodoh mcm x berilmu pun kalo kurangkan bercakap dan down to earth... and please kalo dah rasa bagus sangat dan cukup islamik...boleh tak start amalkan bercakap bila perlu sahaja...?

kalo org kutuk dia malukan dia kt media social..pandai plak nak melenting meroyan. Dia sound org lain terang terangan takpa plak? spesis dia buat takper, org lain buat x boleh gak dia ni...pffttt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 12:34 PM | Show all posts
salah satu tulisan Dr MAZA dlm kolum dia di
  1. http://www.malaysiakini.com/columns/259721
Copy the Code
dan aku rasa related dgn kes Ustaz Don nih...

Aku cara menegur macam nih. tak perlu nak mentioned nama besar2 dan tuding jari kepada sesiapa.... hanya jelaskan dan terangkan supaya kita semua tak terkeliru.... ustaz pon manusia biasa...


Lelong murah nama Nabi

Saya tertarik dengan twitter imam dan khatib Masjidil Haram al-Syeikh Su’uud al-Syuraim yang menyebut: (Terjemahan) Dakwaan bermimpi Nabi Muhammad SAW menyuruh membunuh banyak nyawa adalah satu kejahatan yang nyata”.
   
Beliau mungkin menjawab satu ucapan seorang tokoh agama di Mesir dalam videonya yang mendakwa bahawa beliau bermimpi berjumpa dan Nabi SAW menyuruh membunuh penunjuk perasaan yang membantah kerajaan tentera.

Salah guna
   
Demikian nama Nabi SAW sering digunakan untuk pelbagai kepentingan. Oleh kerana nama baginda begitu laku mana ramai yang cuba mengambil kesempatan untuk pelbagai kepentingan diri dan puak.

Mendakwa mimpi berjumpa Nabi, di samping untuk kepentingan tertentu, ia juga bertujuan untuk menunjukkan diri kepada orang ramai bahawa diri yang bermimpi itu sangat istimewa. Inilah yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah guru agama dalam membina pengaruhnya dalam masyarakat.

Hal ini berbeza dengan golongan salaf terdahulu yang sentiasa merendah diri dalam memperkatakan tentang kedudukan mereka di sisi Allah SWT
   
Imam Ahlus Sunnah wal Jama’ah al-Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan sarjana hadis yang agung ketika seseorang berkata kepadanya: “Ibu saya telah bermimpi bagi engkau syurga”.

Jawab al-Imam Ahmad: “Wahai saudara! Dahulu Sahl bin Salamah telah diberitahu perkara yang sebegini kemudian dia melakukan menumpahkan darah manusia”. Kata Ahmad bin Hanbal lagi: “Mimpi itu mengembirakan orang mukmin, bukan memperdayakannya." (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 11/227. Beirut: Muassasah ar-Risalah)

Dusta

Namun apabila agama menjadi bahan untuk kepentingan diri, maka mimpi dijadikan hujah, sedangkan nas yang terang diketepikan. Betapa banyak nas yang Nabi SAW melarang kezaliman, kesombongan, mengambil kesempatan atas harta orang ramai dengan menggunakan nama agama dan lain-lain penyalahgunaan dan penindasan.

Masakan Nabi s.a.w muncul dalam mimpi seseorang yang akhirnya mencetus kesemua hal itu. Masakan Allah mengiktiraf insan tertentu dengan diberikan kurniaan bermimpi Nabi SAW sedangkan dia akhirnya membuat perkara yang dilarang oleh Nabi SAW.
   
Sesiapa yang mendakwa bermimpi Nabi SAW dengan satu mesej yang menyanggahi ajaran Nabi SAW, dia sebenarnya berbohong. Jika pun dia bermimpi, itu sebenarnya syaitan yang menyerupai orang lain, lalu kerana dia tidak kenal Nabi SAW maka dia menyangka itu baginda.

Syaitan tidak boleh menyerupai Nabi SAW tetapi boleh menyerupai orang lain dan yang tidak tahu menyangka itu Nabi SAW, syaitan boleh menipu sesiapa sahaja sekalipun yang berserban besar.

Jumpa Nabi
   
Hari ini ramai yang membuat pelbagai majlis atas nama Nabi Muhammad SAW. Pada asasnya mengingati Nabi SAW dalam usaha mengamalkan ajaran baginda memanglah sesuatu yang baik.
Bernasyid dan berqasidah untuk hiburan hati juga tidak salah.

Memuja dan memuji Nabi SAW dalam puisi dan syair juga baik. Namun, jika Nabi SAW itu sekadar satu upacara dalam menaikkan golongan tertentu ataupun mengaut keuntungan tertentu maka itu tidak akan membawa masyarakat kepada Nabi SAW.
   
Ada pula yang mendakwa kononnya Nabi SAW itu hadir ke dalam majlis mereka secara jaga atau yaqazah. Ada yang melambai kononnya Nabi SAW itu hadir. Sekadar lambai suka-suka maka itusekadar hiburan.

Namun apabila melibatkan dakwaan tertentu berkaitan agama maka itu perlukan dalil syarak. Takrif sahabat Nabi SAW di sisi ahli hadis ialah ‘sesiapa yang berjumpa dengan Nabi SAW, beriman dengan baginda dan mati dalam iman’.

Soalannya, apakah mereka yang berjumpa Nabi SAW dalam majlis-majlis di Malaysia ini telah menjadi sahabat Nabi SAW sehingga mereka ini nanti kita sebut selepas nama mereka radiyalLahu ‘anhu. Dakwaan yang seperti ini mempunyai kesan yang bukan mudah.

Jika kita masih ingat dahulu Ashaari Muhammad pengasas Pertubuhan al-Arqam yang membawa ajaran sesat yang berasaskan mimpi dan pertemuannya secara yaqazah (jaga) dengan Nabi SAW Akhirnya pelbagai dakwaan pelik dikeluarkannya dengan bersandar kepada dialognya dengan Nabi SAW yang dia dakwa itu.
   
Para sahabat Nabi SAW telah menghadapi pelbagai krisis dan masalah. Mereka tidak pernah menggunakan mimpi berjumpa Nabi SAW dalam pertikaian antara mereka. Tidak pernahAli ataupun Aishah ataupun al-Zubair ataupun Talhah dalam krisis antara mereka yang telah membawa kepada penumpahan darah itu mendakwa bermimpi berjumpa Nabi SAW dalam menentu kebenaran.

Padahal mereka lebih perlukan dan lebih layak untuk bermimpi berjumpa baginda. Maka, kita kena ingat apa yang Nabi SAW ingatkan kita: “Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). (Riwayat Muslim)

Cinta
   
Ramai orang suka menyandarkan diri mereka kepada Nabi SAW dengan dakwaan mereka keluarga Nabi SAW ataupun pencinta keluarga Nabi SAW. Paling hebat dalam hal ini golongan Syiah dan mereka yang mendekati jalan yang diambil oleh Syiah.
   
Kita tidak boleh nafikan bahawa kita semua dituntut menyayangi keluarga Nabi SAW (Ahlul Bait). Saban hari kita bersalawat buat mereka. Namun, bukan semua Ahlul Bait itu mendapat kemuliaan Allah. Hanya Ahlul Bait yang mengikuti jejak langkah Nabi SAW sahaja.

Iman bukan warisan keturunan. Anak Nabi Nuh menjadi penderhaka kepada beliau. Maka tidak mustahil ada keturunan Nabi Muhammad SAW juga yang tidak mengikuti jalan baginda. Perkataan ‘habib’ dan ‘sayyid’ bukan jaminan seseorang itu berada atas jalan Nabi SAW.

Nabi SAW pernah menegaskan: “Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka itu apabila seorang yang dianggap ‘mulia’ dalam kalangan mereka mencuri dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah mencuri, mereka laksanakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nafi
   
Dalam keghairahan mendakwa sebagai pengikut Nabi SAW ataupun pencinta Nabi SAW, kita janganlah lupa bahawa dalam hadis banyak golongan yang Nabi SAW tidak mengaku mereka sebagai pengikut baginda. Mendakwa itu mudah, tetapi untuk mendapat pengiktirafan dari baginda SAW memerlukan usaha kita semua agar berada atas panduan baginda.
   
Antara golongan yang Nabi SAW tidak mengaku sebagai pengikut baginda ialah golongan menipu umat Islam terutama dari segi harta benda. Suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah.

Baginda pun bersabda: “Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?. Dia menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak? Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku.” (Riwayat Muslim)
   
Pencinta dan keluarga Nabi SAW tidak boleh bersama dengan penipuan. Nabi SAW tidak mengaku sebagai pengikut baginda. Bahkan pencinta wajar tegas dalam memperkatakan kebenaran. Sesiapa yang menipu hakikat dan menyelewengkan kebenaran maka dia tidak diiktiraf sebagai pengikut Nabi s.a.w.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi. Berstatus sahih)

Moga kita semua sayangkan Nabi SAW. Berusaha mengikuti jalan Nabi SAW. Menggalakkan orang ramai ke arah cinta Nabi SAW dengan pelbagai pendekatan. Namun, jangan murah-murah lelong nama Nabi SAW untuk kepentingan yang tidak diiktiraf baginda!.






Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:37 PM | Show all posts
AshkieLa posted on 16-4-2014 12:32 PM
Mrs. Know-it-all Wardina ni bosan jahhh... dia jelaa yang tahu semua. Dia jelaa yg pandai mendidik a ...

Agree.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
pjade posted on 16-4-2014 09:33 AM
Sapa ko nak tegur Wardina the "Mahir Segala Bidang"?

Cepat2 la dia migrate pi OZ tu. Maybe she' ...


dia ingat dia je terer... Dia x tau org lain lg terer tu yg dia kena sedar apsal status dia selalu kena bash...mmeaning dia x cukup terer... Mmg elok dia migrate cepat2... Yerla duk sini hot stuf sgt asik org cari ... Last edited by CrowneGlory on 16-4-2014 12:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:46 PM | Show all posts
songsang sangat ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:47 PM | Show all posts
Jelaslah Pn (Ustazah????) Wardina ni attention seeker..........

Wardina keritik dalam nada yg terlalu umum.

kritik for the sake of critisizing......mencetus kontraversi.....

nanti ada la ustad (ustd yg suka kontraversi)..yg mengiyakan kenyataan Wardina pulak

Saya tenguk kenyataan Wardina ni terlalu umum.......harap dia boleh narrow down the specific issues that she wants clarifications..........
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
soy_beans posted on 16-4-2014 09:36 AM
satu benda je la terfikir.. before die post anything, die x refer kt husband dia ke ek.. hmmm... s ...


Nak mampos laki dia nk tegur bini dia yg hot, cun ada campuran mat salleh lg, fames, bijak,pandai hal dunia n ugama berbanding dia yg takat muka jawa totok ( aku pun ada gak darah jawa tp 1/4 jerla so x totok ).. Nanti kena tinggal sape yg melopong...

dpt wardina tu dh mcm syukur gila laki dia.. Kenal pun thru chatroom je kan...adalah trbaca dedulu... Mau tak laki dia sembah ratu kat bini... Tp untungla jd bini laki sayang gila mcm tu... Last edited by CrowneGlory on 16-4-2014 12:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:03 PM | Show all posts
CrowneGlory posted on 16-4-2014 12:54 PM
Nak mampos laki dia nk tegur bini dia yg hot, cun ada campuran mat salleh lg, fames, bijak,panda ...

hahahahahaah. menangis wardina bce statement laki dia jawa totok..

p/s: ritu terbaca kt fb die, org ckp amna tu tak cntik, x ikut muke mama... yelah tu, org ckp katenye....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:04 PM | Show all posts
twins posted on 16-4-2014 08:56 AM
pada aku tak ada salahnya dia nak ber blazer, coat, sunglasess atau nak bertopi sekalipun... dia t ...

pada aku plak tk perlu nk berserban sangat setakat nk ceramah agama...analoginya kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 01:05 PM | Show all posts
nacein posted on 16-4-2014 09:59 AM
ko myampah sbb dia laku... ko smpai sudah tak laku2... smpai dia kahwin pakai blazer pun ko nk cer ...

laku kerana hipokrit?? ye sampai sudah aku tk laku coz aku tk hipokrit maybe
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:06 PM | Show all posts
antagenaiz posted on 16-4-2014 11:31 AM
salah ke bernikah pakai blezer n spek itam???
ustaz lu ckp dosa ke nikah pakai blezer n spek itam ...

dosa ke masa berceramah tk pakai serban?? ustaz lu kata dosa??
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:34 PM | Show all posts
erm .. rasa dia nih terlalu outspoken kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:39 PM | Show all posts
melayu Islam bergaduh sesama seniri..
tweeter facebook gelak + duit masok kocek ari2...haha...
byk lagi cara lain nak menegur...
islam itu indah..

bodoh nyer wardina..
belajar pon xsampe mana ag..

im not Don's side..
tapi i xde la nk outspoken sampe ke situ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.179939 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list