CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nashrudean

Wardina vs Ust Don - "dina kantoi puji diri sendiri di forum gosip cari?

 Close [Copy link]
Post time 20-4-2014 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 20-4-2014 11:02 AM
bawak mengucap noks

Sebokla maxim...haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
True-X posted on 20-4-2014 10:41 AM
Aku pon x pekenan sgt criter uztaz donni....tp Bab nasihat ni mmg bagus ustaz don....mmg cara dia  ...

yup
samala
saya takdela follow sgt pun ustaz don. kdg2 je. belum tahap baik lagi saya ni so nk tgk ceramah agama selalu tu tak la kan..tp bila tertengok, alahai lembutnya nasihat. nak melawan dalam hati pun rasa sega n.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 12:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 12:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 01:00 PM | Show all posts
uols hari tu saya ada tertengok satu rancangan hiburan ada temubual wardina nak sambung belajar kat London...sekali tengok baju dia ketat.  sebelum ni pakai baju besar2 tudung pn labuh2..

sori xingat rancangan hiburan apa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dperla posted on 20-4-2014 01:00 PM
uols hari tu saya ada tertengok satu rancangan hiburan ada temubual wardina nak sambung belajar kat  ...

Melodi... Aku pun tgk dan trkejut gak...tudung even tutup Dada pun x bpe labuh...bleh nmpk Dada drpd tepi yg mmbukit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2014 01:28 PM | Show all posts
abadi84 posted on 20-4-2014 01:03 PM
Melodi... Aku pun tgk dan trkejut gak...tudung even tutup Dada pun x bpe labuh...bleh nmpk Dada dr ...

itulah agama yg die paham.....beribu2 jam p majlis ilmu....


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 01:37 PM | Show all posts
aireen24 posted on 20-4-2014 04:40 AM
Cet...sinner..ada lagi ke dia disana?

Apa khabar ding sI keding tu...

Rasanya ade kot.

Ding keding tu macam pangai Lava kan? Bikin panas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 03:19 PM | Show all posts
bincang la elok2..
jgn la sampai aib kn
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 04:16 PM | Show all posts
abadi84 posted on 20-4-2014 01:03 PM
Melodi... Aku pun tgk dan trkejut gak...tudung even tutup Dada pun x bpe labuh...bleh nmpk Dada dr ...

melodi bile ni beb? nk tgk kt tonton la....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 07:31 PM | Show all posts
Salam,

Macamni ke cara Wardina nak bertanya, tajuk video yg Wardina sebarkan “‘Kompilasi Hadis Palsu dan Pendustaan Don Daniyal”dan dia baca caption yg ditulis dlm video oleh Nur Puteri Dayana mempertikaikan Ustaz Don kemudian Wardina menyeru pulak ustaz2, ulamak2 dan Mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal dan juga TV Al- Hijrah supaya menyemak balik kandungan, sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan penyampaian yang tidak sahih dari kandungan ceramah Ustaz Don.

Ini suatu PERTUDUHAN yg nyata bukannya niat bertanya!!!
Org yg belajar tinggi macam Wardina takkanla tak tau bezakan antara pertuduhan atau ingin bertanya? Adakah Wardina ada call hp....Takde, hantar email.....takde, datang jumpa semuka Ustaz Don....pun Takde.

Tujuan asal Wardina adalah untuk mengaibkan dan menjatuhkan Ustaz Don tapi bila tidak mendapat sambutan pembaca dan dikririk maka dia pun spin bagi alasan sekadar bertanya. Kamonla...budak2 sekolah boleh la tipu. Nampak sangat Wardina ingin meraih populariti dan nak tunjuk pandai.

Nampak muslimah, wajah lembut keibuan tapi hati busuk. Nasihat saya buangla perasaan hasad dengki tu dan insaflah. Tak salah kalau bertanya bab2 agama tapi begini(media sosial) bukan caranya. Ustaz Don pun pelawa jumpa dia bila2 masa di stesen TV Al Hijrah, dia bukannya menyorok. Tapi adakah Wardina mintak maaf secara terbuka pada Ustaz Don dlm video......punnnnnn takde, hampeh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 09:00 PM | Show all posts
ARKIB : 10/06/2009
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... in&pg=fe_01.htm

Ditemani anak pertama dan keduanya, Amna Nafeesa, 6 dan Azra Sareera, 3, Wardina yang genap usia 30 tahun pada 5 Jun lalu, tampak begitu bersemangat dan gembira dengan apa yang telah dirancang selepas tujuh bulan melahirkan anak ketiganya, Imran Arrazi, tujuh bulan.

''Pada bulan Julai ini saya akan menyambung pengajian di peringkat ijazah sama ada dalam bidang psikologi atau sains politik. Tapi saya rasa saya lebih berminat kepada psikologi kerana ia turut dapat membantu dalam cara mendidik anak-anak. katanya pada majlis pembukaan salun SlimWorld di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

''Saya tidak menyangka akan hamil anak ketiga dalam masa terdekat. Apabila hamil, saya tidak begitu menjaga berat badan dan sehingga ke akhir tempoh hamil, berat badan saya naik sehingga 80 kilogram.


Posted on: 2009/7/3
http://susuibu.my/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=5144

"Saya menyahut cabaran penyusuan susu ibu, selari dengan nasihat dan polisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta kerajaan.

Pemegang Diploma dalam Jurusan Senibina Dalaman di Kolej Cenfad ini juga sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, duta produk Slim World ini sibuk menyiapkan buku untuk berkongsi pengalamannya sebagai ibu dengan peminat.

http://www.wardinasafiyyah.com/biodata
Cahaya Mata Wardina : Azra Sareera Ikhwan. Dilahirkan pada 11 April 2006.
Cahaya Mata Wardina : Imran Arrazi Ikhwan. Imran lahir pada 11 November 2008.
dbkl : http://theunspinners.blogspot.co ... rumah-balik-ke.html
http://beautifulwardina.tripod.com/biodata.htm
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 09:01 PM | Show all posts
Trivia
1. cerita nak ambil ijazah psikologi daripada bulan julai 2009 sampai 2014
2. dah 6 hari tiada komen drpd ituini

Dalil kenapa sy speku ituini = perangdina
1. 23-12-2007 menyusukan baby. Azra Sareera Ikhwan lahir pada 11 April 2006.
2. ituini try slimworld 24-3-2008. perangdina duta slimworld sampai 2010.
3. dapat tahu hamil 24-3-2008. Imran Arrazi Ikhwan lahir 11 November 2008.
4. 24-3-2008 balik dr UK. laki perangdina graduate from University of Wales, Cardiff, uk.
5. hubunga dgn suami
6. fahaman politik
7. cara posting yg banyak persamaan dgn hotel
8. bapak kepada segala klue : bila ituini buka thred anugerah artis mithali. ada yg DEJAVU tak.
bila org calonkan heliza dia cakap heliza yg 'mengorbankan' tahun akhir di universiti demi nak menjadi penyanyi tak wajar dicontohi anak-anak muda. sending the wrong msg...lagipun dia terlalu muda... belum nampak kejayaan dan matang lagi.
Maksudnya yg layak dicalonkan mestilah tak terlalu muda, ada nampak kejayaan dan matang, siapa lg kalau bukan perangdina.

Kalau sy salah speku, harap ituini masuk dan nafikan. sy akan gunakan trump card sy waktu tu. jika terbukti sy silap, sy sanggup minta maaf tp jika puan kantoi, sy tak bertanggungjawab kalau pn insomnia seumur hidup.

KESIMPULAN : kalau nak tuduh kena ada ilmu / dalil/bukti  supaya boleh berhujah dgn pihak lg satu. bukan main terjah saja macam kes ustaz don (cuba huraikan apa yg tak sahihnya, mesti terkial2).
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 09:06 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:15 PM | Show all posts

Jangan ‘Main Ceduk’ Apa Saja Ke Bakul Agama
Disiarkan pada April 17, 2014

JANGAN ‘MAIN CEDUK’ APA SAJA KE BAKUL AGAMA
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Menjadi satu masalah yang besar apabila penceramah ataupun penulis mengutip semua cerita yang dia jumpa dalam buku tanpa mampu menilai kemunasabahannya. Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu, menganggap setiap yang ada dalam kitab itu sahih. Terbaru kita dengar ada pihak mempopularkan cerita memanggil arwah di Telaga Barahut (Barahut atau disebut juga Burhut seperti yang dinyatakan dalam Lisan al-‘Arab). Kononnya, ada orang memanggil roh dari telaga berkenaan untuk mengetahui di mana hartanya di simpan oleh kawannya sebelum dia meninggal. Mungkin niatnya ikhlas, tapi cerita itu tak berasas dan ‘kartun’ sekalipun disebut dalam beberapa kitab. Saya terbayang, jika ini benar, bolehlah kita pergi panggil roh-roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang.

Sahih

Walaupun asas nama Telaga Barahut itu disebut dalam hadis yang thabit riwayat al-Tabarani dan selainnya sebagai seburuk-buruk telaga, namun cerita si fulan memanggil roh kawannya dari telaga itu tiada asas yang sabit. Mudah untuk difahami seperti cerita Nabi Khidir. Kisah itu ada dalam al-Quran dalam Surah al-Kahf. Nama Khidir itu pula disebut dalam Sahih al-Bukhari. Namun cerita dalam Hikayat Melayu Lama bahawa Hang Tuah bertemu Khidir tiada asas yang boleh dipercayai.

Menggunakan kewujudan cerita itu dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai dalil untuk membenarkan cerita yang direka kemudian adalah satu kaedah yang tertolak dan tidak boleh diterima sama sekali. Cerita yang datang kemudian, jika pun hendak diterima, hendaklah dinilai dari segi keselarasan dengan al-Quran dan as-Sunnah serta lojik yang kukuh.

al quran

Menjadikan alasan ia wujud dalam sesebuah kitab (dalam Bahasa Melayu kitab bermaksud buku) bukan alasan yang diterima di sisi ahli riwayat. Kewujudan sesebuah cerita dalam sesebuah kitab tidak menjadi bukti kesahihannya. Bahkan, banyak riwayat dalam kitab-kitab terdahulu yang tidak sahih. Dalam kitab-kitab tafsir ada pelbagai riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Tidak boleh semuanya dipercayai. Ada disiplin ilmu yang mesti diikuti sebelum memetik kisah-kisah itu. Benar seperti kata Dr.Yusuf al-Qaradawi:

    “Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan”. Katanya juga: “Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum muslimin”.( Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah, 41, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Palsu

Dalam kitab-kitab hadis banyak hadis yang palsu. Para ulama hadis menyuruh kita menyemak sanad dan matan sebelum sesuatu hadis diterima. Bahkan para sarjana hadis telah bertungkus-lumus melakukan klasifikasi hadis bagi membezakan yang sabit dari selainnya. Kata al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H):

    “Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir)

Dalam membaca bahan sejarah juga demikian. Bukan semua yang ada dalam buku sejarah itu boleh dipetik tanpa menyemak sanad dan matannya. Empunya kitab sejarah terbesar al-Imam al-Tabari (meninggal 310) sendiri mengingatkan hal ini pada mukadimah kitabnya:

    “Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”.(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8. Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi).

Saya petik kata-kata Syeikh Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi dalam membahaskan manhaj sejarawan Islam terutamanya al-Tabari:

    “Para ahli sejarah Islam telah menulis himpunan riwayat yang begitu banyak dalam penulisan mereka. Mereka mencampuradukkan antara yang sahih dengan yang palsu lagi dusta. Mereka tidak mengasingkan apa yang sahih daripada yang sebaliknya. Mereka juga tidak mentakhrijkan riwayat tersebut dan tidak pula menjelaskan kedudukan perawinya. Namun begitu mereka meriwayatkan riwayat-riwayat tersebut secara bersanad. Mereka juga menyebut perawi-perawi bagi setiap sanad. Selain itu, mereka juga menyebut bagi sesuatu kejadian itu, berbagai-bagai riwayat yang berulang-ulang, bercanggah dan bertentangan antara satu dengan yang lain. Ini bukanlah bererti kehendak mereka adalah untuk berpegang, mempercayai dan menerima kandungannya, tetapi yang menjadi tujuan mereka ialah menunaikan amanah ilmu. Inilah faktor yang menyebabkan mereka mencatat dan menulis setiap berita yang sampai kepada mereka sama ada riwayat itu benar, dusta, betul atau salah”. (Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, Qabasat Tarikhiyyah, hlm. 7)

Malangnya apabila kedangkalan disiplin ini tidak dikuasai, ada yang menceduk apa sahaja yang dia jumpa tanpa menghayati disiplin dalam periwayatan.

Lojik

Perkara yang tidak lojik dan menyanggah akal waras tidak mungkin hendak dikaitkan dengan Islam. Inilah yang kita ulang apa yang disebut oleh sesetengah sarjana hadis:

    Apabila engkau melihat sesebuah hadith menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182, Beirut: Dar al-Fikr).

TadribAlRawi

Ilmuwan al-Azhar sendiri, Dr. al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah juga menyebut:

    “Sepertimana para ulama hadith mengambil berat berhubung analisa kritis terhadap sanad yang merupakan analisa kritis luaran, mereka juga membuat analisa kritis terhadap matan (textual criticism) iaitu analisa kritis dalaman. Ini terbukti dengan mereka menjadikan salah satu tanda-tanda hadis palsu ialah percanggahannya dengan al-`aql (akal), atau al-musyahadah (apa yang disaksi di alam kenyataan), atau al-hiss (apa yang dikesan oleh pancaindera) sedangkan ia tidak mampu untuk ditakwilkan dengan takwilan yang hampir dan mungkin (untuk diselaraskan). Dalam banyak keadaan mereka maksudkan ialah percanggahan dengan al-Quran, atau al-Sunnah yang masyhur lagi sahih, atau sejarah yang diketahui, sedangkan ia tidak mampu untuk ditaufiqkan (diharmonikan). (Abu Syahbah, Difa’ an al-Sunnah, m.s. 31. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)

Buku-buku memang banyak. Pun begitu, mensahihkan sesuatu perlukan kaedah yang betul. Bukan salah untuk mengutip cerita-cerita yang lemah sekadar iktibar, tapi hendaklah jangan disandarkan kepada agama Allah yang maha mulia ini. Jangan pula cerita itu menjatuhkan mertabat Islam sebagai agama yang rasional dan penuh dengan alasan yang munasabah bagi setiap perkara nanti orang bersalah sangka kepada agama.

Kisah-kisah pengajaran orang soleh dan para wali boleh dipetik tapi pasti ia seiras dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah. Juga agama tidak mungkin membawa sesuatu yang tidak dapat disaksikan kebenarannya oleh akal yang waras. Jangan kita main ceduk semua benda dan masukkan ke dalam bakul agama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 10:18 PM | Show all posts
ustaz don kena terima apa yang ditegur..kalau setiap kali memulakan ceramah dia selau katakn kalu saya slah sila tegur..sekarang dr asri pn dh tegor kesalahanya..ilmu kita dpt bukan dengan belajar smpai phd semata mata tp ilmu seorang suri rumah yg selau membaca kitab kitab di masa lapang pn boleh diambil kira..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww...semakin menarik citer wardina nih
Itulah...nk tunjuk bagus sgt, kan dh kne CSI ke lubang cacing
Abess la u Wardina, busuk hati ropenye
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 11:15 PM | Show all posts
abahma27 posted on 20-4-2014 10:18 PM
ustaz don kena terima apa yang ditegur..kalau setiap kali memulakan ceramah dia selau katakn kalu sa ...

takde org backing ustaz don pun... ustaz don leh terima ditegur....
org dok pertikai wardina yg bukan bertanya tp menjatuhkan hukum..... siap suh siasat bagai..... dgn twit gambo ulama sesat.....
itu semua brniat jahat dan perasan bagus.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2014 11:54 PM | Show all posts
abahma27 posted on 20-4-2014 10:18 PM
ustaz don kena terima apa yang ditegur..kalau setiap kali memulakan ceramah dia selau katakn kalu sa ...

saya rasa isunya ialah cara wardina membuat teguran. sebelum dr asri tegur pun memang ada ustaz lain yang buat teguran tp setahu saya tak ada pun ustaz don melenting. cara wardina tu memang kurang beradab. cuba bandingkan cara dr asri menegur dgn cara wardina, tentu awak boleh nampak bezanya.

betul lmu tak bergantung pada phd, sama juga adab. sebagai seorang wanita, ibu, selebriti yang tampil dgn imej beragama, sepatutnya jaga juga adab bila nak buat teguran. tak salah menegur cuma cara tu biarlah lebih elok, sepadan dgn imej islamik & terpelajar yg dia nak tunjukkan pada org
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 12:02 AM | Show all posts
teruknya perangai si wardina ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.162253 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list