CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1494|Reply: 6

[Dunia] Peta lilin Filipina catat rekod dunia

[Copy link]
Post time 16-4-2014 11:23 AM | Show all posts |Read mode

Acara diadakan untuk menggalakkan ketenangan jiwa.

MANILA - FILIPINA. Ratusan penduduk Filipina berbaris dalam padang lumpur yang gelap bagi menghasilkan peta negara terbesar menggunakan lilin sekali gus mencatatkan rekod dunia.

Usaha Projek Institut Meditasi Middle Way di tengah kepulauan Panay itu mungkin berjaya memandangkan ia turut dihadiri wakil Rekod Dunia Guinness, Seyda Subasi-Gemici.

Bagi menjayakan projek berkenaan, mereka menggunakan sejumlah 56,680 batang lilin untuk menewaskan rekod lama iaitu 35,478 lilin yang membentuk sebuah logo syarikat di Pakistan pada tahun 2009.

Jurucakap penganjur Nguyen Ha berkata, selain peta yang diterangi cahaya lilin, peserta turut membuat bentuk logo penganjur berserta moto keamanan dunia melalui ketenangan jiwa.

"Peta lilin bertujuan menggalakkan keamanan dari dalam melalui meditasi. Itulah sebabnya kami mengadakan acara ini secara besar-besaran untuk mengumpulkan ramai orang dalam suasana tenang,"katanya kepaada Bangkok Post.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 11:57 AM | Show all posts
malaysia bila lagi?
malaysia kan suka tertggi,terbesar ter ter ter di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:04 PM | Show all posts
pic bentuk yang terhasil x de ke TT?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:09 PM | Show all posts
kesian filipina
nak dapatkan pencapaian terhebat yang lain takde
terpaksa buat pencapaian picisan begini untuk dikenali di dunia..
lilin terbesar la, parodi banduan menari gangnam la....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:52 PM | Show all posts
ambil lah gambar dari udara. baru best nak tengok cahaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 12:55 PM | Show all posts

universiti bodek

universiti donat:



universiti bersenam 36 jam:



universiti batik terpanjang:



universiti lari tanpa heti:



universiti kepala bana terbesar:



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2014 01:17 PM | Show all posts
indonesia tidak mau klaim ke pelita tu amik dari indonesia etnik dot dot dot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.064947 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list