CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23339|Reply: 384

[Tempatan] Restoran Warisan pamer keunikan tersendiri

[Copy link]
Post time 16-4-2014 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Restoran Warisan pamer keunikan tersendiri

MENJAMU selera sambil menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan perkampungan yang dipelihara memang mengasyikkan dan sukar diperoleh di kebanyakan tempat, namun, Restoran Warisan Kampung Terachi menawarkan suasana flora di tengah bendang yang pasti menjadi kenangan indah bagi setiap pengunjung.

Terletak kira-kira 35 kilometer dari Seremban, Restoran Warisan mempunyai keunikan tersendiri selain menyajikan makanan tradisional Negeri Sembilan, sajian Melayu dan makanan ala Thai.   

Lokasinya di Pusat Kraf, Perkampungan Budaya Terachi memberi peluang kepada pengunjung bukan sahaja boleh menikmati hidangan, malah mempelajari dan menghalusi kesenian dan keunikan kraf tangan penduduk yang dipamerkan. Produk kraf tangan ini dijual bersama produk industri kecil dan sederhana (IKS) lain yang diusahakan penduduk setempat bagi memenuhi permintaan pelancong.

Menjejakkan kaki ke restoran ini bukan sekadar untuk destinasi menjamu selera, malahan pada setiap malam minggu pelanggan turut disajikan dengan persembahan kebudayaan Negeri Sembilan seperti bongai, caklempong dan joget lambak.

Difahamkan, persembahan bongai merupakan persembahan tradisi yang dianggotai oleh masyarakat setempat yang berusia lebih 70 tahun. Ia masih lagi tidak mempunyai pelapis meskipun anak-anak muda tempatan sedar bahawa persembahan bongai ini akan pupus apabila datuk dan nenek mereka kembali kepada ilahi.

Bongai, satu-satunya persembahan tradisi yang boleh didapati di Kampung Terachi ini. Ia gabungan alunan biola, nyanyian dan tarian yang mempunyai keunikan tersendiri.

Pemiliknya, Shuhaimi Sidek, 47, berkata, Restoran Warisan menampilkan kelainan berbanding restoran sedia ada di negara ini melalui gaya persembahan iaitu bukan sekadar daripada segi keenakan makanan, tetapi aspek nilai budaya cuba diketengahkan.

Memulakan perniagaan sejak Oktober 2009 lalu ia juga lokasi sesuai untuk mengadakan hari keluarga, jamuan korporat, hari jadi dan majlis perkahwinan memandangkan keluasan restoran ini mampu memuatkan lebih 400 orang pelanggan pada satu-satu masa.

Biarpun restoran ini berada di ceruk kampung, tetapi lokasinya mampu menjadi tumpuan kerana kemudahan yang banyak dan selesa selain keunikan budaya yang ditonjolkan.

“Di Malaysia peninggalan budaya dan warisan sejarah sememangnya unik. Ini terbukti melalui keunikan masakan yang diwarisi turun-temurun sejak zaman nenek moyang.

Di Negeri Sembilan, masakan tradisi seperti masak lemak cili api sememangnya terkenal kerana menggabungkan masakan tradisional diwarisi turun-temurun.

Justeru, kami mengetengahkan konsep Melayu daripada segi hiasan dalaman, manakala hidangan ditawarkan pula merangkumi masakan tradisional Negeri Sembilan dan masakan Thai. Makanan Thai juga diselingkan bagi memenuhi kehendak pengunjung luar dan tempatan,” katanya penuh yakin.

Berhampiran dengan Taman Rekreasi Ulu Bendul dan Istana Lama Seri Menanti membuatkan Restoran Warisan ini umpama tempat persinggahan bagi pengunjung yang ingin merehatkan minda sambil menikmati hidangan panas.

Menurut isteri pemilik, Sabariah Md. Ali, 44, pengunjung terutamanya dari luar Negeri Sembilan yang menjamu selera di sini berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di Ulu Bendul sambil menghayati kesan sejarah di Istana Lama Seri Menanti.

“Kami menyajikan menu mengikut permintaan pelanggan kerana pada hari biasa kebanyakan mereka adalah masyarakat setempat manakala hujung minggu pelanggan dari luar. Bagaimanapun jika pelanggan meminta menu yang tiada dalam senarai, kami masih menerima dan menyediakannya.            

"Antara menu menjadi pilihan pengunjung ialah rendang, daging dan ikan keli salai, masak tempoyak dan tomyam, selain masak tempoyak daun kayu, udang galah, asam pedas, stim atau kukus halia ikan dan ketam.

"Manakala air minuman yang sering menjadi pilihan pengunjung tempatan ialah Air Jando Pulang yang menggunakan air kelapa dicampur dengan gula. Selain itu, kami menawarkan minuman coconut shake dengan harga serendah RM1.90 segelas,” ujarnya menerangkan makanan dan minuman.

Bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga atau pun teman-teman, bolehlah berkunjung ke Restoran Warisan. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat bermula 12 tengah hari sehingga 11 malam. Lakukan tempahan awal bagi memastikan acara anda berjalan lancar.


@Anak_Nogori @the_killer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2014 11:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:38 AM | Show all posts
wow menarik ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:40 AM | Show all posts
ada address?
bleh try nih
sebab aku suka sangat daging salai ngan tempoyak masak daun daun tu Last edited by beatgirlX on 16-4-2014 11:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:41 AM | Show all posts
Masak lemak tempoyak negeri sembilan akak aku masak sedap,

Kena sediakan air banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:41 AM | Show all posts
Restoran Warisan ni terletak lebih kurang 1/2 kilometer dari rumah dan kolam saya...dulu..kurang org datang..sekarang sudah boleh dikatakan ramai yg singgah.

cuma dekat macam tu pun saya tak pernah rasa lagi masakannya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2014 11:43 AM | Show all posts
woi.....mcm sedap ja....masakan padang minangkabau ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:43 AM | Show all posts
beatgirlX posted on 16-4-2014 11:40 AM
ada address?
bleh try nih
sebab aku suka sangat daging salai ngan tempoyak masak daun daun tu

mak aiii tibe2 rasa ngidam... nak suh mak aku masak r.... tapi x der tempoyak la pulak...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 11:44 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 16-4-2014 11:41 AM
Restoran Warisan ni terletak lebih kurang 1/2 kilometer dari rumah dan kolam saya...dulu..kurang org ...

hi uncle ada kolam udang ye? bolehlah singgah boli

samalah, lalu je tak pernah singgah restoren ni
sebab mak masak lagi sodap hehe

tapi restoren ni bagus, parking luas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 11:44 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 16-4-2014 11:41 AM
Restoran Warisan ni terletak lebih kurang 1/2 kilometer dari rumah dan kolam saya...dulu..kurang org ...

lalu je tapi tak pernah singgah. singgah kedai tepi jalan tu ada lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 11:45 AM | Show all posts
beatgirlX posted on 16-4-2014 11:40 AM
ada address?
bleh try nih
sebab aku suka sangat daging salai ngan tempoyak masak daun daun tu

  • Restoran Warisan

    • Address: Terachi, Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan
      Phone:06-488 9026











Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:47 AM | Show all posts
beatgirlX posted on 16-4-2014 11:40 AM
ada address?
bleh try nih
sebab aku suka sangat daging salai ngan tempoyak masak daun daun tu

15min dr bandar seremban. jalan seremban-kuala pilah, kat simpang masuk sri menanti

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 11:47 AM | Show all posts
the_killer posted on 16-4-2014 11:43 AM
woi.....mcm sedap ja....masakan padang minangkabau ada tak?

Lokasi: Pusat Kraf (Perkampungan Budaya Terachi), Tanjong Ipoh 71500, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Coordinate: N2 44.764 E102 08.960
Terletak kira-kira 35 kilometer dari Seremban di laluan utama Jalan Seremban-Kuala Pilah dalam kawasan Tanjong Ipoh, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Restoran Warisan mempunyai keunikan tersendiri. Ia menyajikan makanan tradisional Negeri sembilan, sajian Melayu dan makanan ala Thai yang enak. Persekitaran yang dikelilingi oleh sawah padi yang mengasyikkan pasti membuat selera terbuka. Sambil menjamu selera dapat jua menjamu mata.
Restoren ini di buka dalam bulan Oktober 2009 dan terletak dalam kawasan Perkampungan Budaya Terachi. Perkampungan ini dibina dalam tahun 1996 menggunakan binaan ‘ala kampung’ dan dinaiktaraf ke bangunan dalam tahun 1998. Tidak tahu puncanya , KINI perkampungan budaya terbiar tidak berfungsi.
Menu yang dihidangkan adalah dari  warisan turun temurun yang diwarisi daripada ahli keluarga pemilik Restoren ini seperti masak lemak cili api. Kami memilih nasi yang dihidangkan dengan masakan lazat berikut yang menjadi sebahagian dari keistimewaannya iaitu:-

  • Masak Tempoyak daun kayu
  • Rendang Ayam
  • Sambal Tumis Sotong
  • Kambing Bakar beserta air asam
  • Ulam-ulaman dan sambal belacan
  • Ikan masin bulu ayam

  • Kuih sepang
Katanya air minuman yang sering menjadi pilihan pengunjung tempatan ialah air janda pulang yang menggunakan air kelapa dicampur dengan gula.

Restoran Warisan dibuka seperti berikut: -
  • Ahad – Khamis jam 12 tgh - 11 mlm
  • Jumaat – Sabtu jam 12 tgh – 12 tgh mlm


Untuk tempahan atau pertayaan sila hubungi:-
06 – 488 9026 / 012 – 2101 356
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:48 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 16-4-2014 11:44 AM
lalu je tapi tak pernah singgah. singgah kedai tepi jalan tu ada lah.

Banyak bana bungo nan kambang
Indak sarancak bungo padi
Duo tigo gadih nan den pandang
Surang juo pautan hati

Jamua balingkuik hari paneh
Jamua di kaka hari patang
Kasiah kok indak adiak baleh
Mungkin denai ka mabuak surang

Pinang batatak jo batuntun
Sakambuik buah nan mudo
Kasiah ka adiak lah batahun
Cinto indak adiak tarimo

Urang minang pai ka serang
Maminum talua sarato jamu
Kok iyo kito samo sayang
Bialah untuang ka batamu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:48 AM | Show all posts
kite8286 posted on 16-4-2014 11:47 AM
15min dr bandar seremban. jalan seremban-kuala pilah, kat simpang masuk sri menanti

tak familiar sangat..aku alert seremban tu terminat bas dia je..tapi tak pe..blh carik..thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 11:48 AM | Show all posts
antara menu




Tempoyak daun kayu




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 11:50 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 16-4-2014 11:48 AM
antara menu

tkt nanti indon tuduh malaysia maling budaya indon ..

sedap tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 11:50 AM | Show all posts
Best kat sini.. pergi tahun 2010 i think.. Janda Pulang tu memang terbaik.. tempat cantik.. kalo nk photoshoot memang cantik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 11:50 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 16-4-2014 11:41 AM
Restoran Warisan ni terletak lebih kurang 1/2 kilometer dari rumah dan kolam saya...dulu..kurang org ...

sekarang pemes dgn air kelapa, coconut shake..dari jauh da nampak banner coconut shake
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 11:52 AM | Show all posts
the_killer posted on 16-4-2014 11:48 AM
Banyak bana bungo nan kambang
Indak sarancak bungo padi
Duo tigo gadih nan den pandang

nyanyi lah sikit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.070718 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list