CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1318|Reply: 12

[Tempatan] Nabi pernah beri hak jagaan pada ibu non-Muslim

[Copy link]
Post time 16-4-2014 12:27 PM | Show all posts |Read mode
sepatutnya mcm ni

Dalam Islam, selain faktor agama, pemberian hak jagaan anak yang menjadi rebutan ibu bapa yang berbeza agama kadang kala dibuat berdasarkan kecenderungan anak itu sendiri.

Pendakwa bebas Wan Ji Wan Hussin berkata, berbeza dengan mazhab syafiiyah dan Hanabilah, dua lagi mazhab utama Hanafiyyah dan Malikiyyah berpandangan hak penjagaan berasaskan kasih sayang, bukan agama.

Pandangan itu merujuk kepada hadis yang merakam kes perebutan hak jagaan anak belum baligh – Salamah al-Ansar – di zaman Nabi Muhammad melibatkan bapa yang memeluk Islam dan isterinya bukan Islam.

“Perkara ini diselesaikan di hadapan Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW meletakkan anak tersebut di tengah-tengah antara kedua-dua ibu yang tidak muslim dan bapanya yang muslim untuk memberikan anak itu membuat pilihan,” kata Wan Ji.

Lalu, kata Wan Ji yang juga bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS lagi, anak itu memilih ibunya yang bukan Islam dan Nabi Muhammad pun menetapkan keputusan itu dan hanya berdoa supaya Allah memberikannya hidayah.

Wan Ji menyatakan perkara itu di laman Facebook beliau ketika kehangatan kes perebutan anak di Negeri Sembilan melibatkan seorang ibu Hindu S Deepa dan bekas suami mualafnya Izwan Abdullah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 01:19 PM | Show all posts
paramount of the child...itu prinsip nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:22 PM | Show all posts
anak oh anak......

hati pilu bila handle kes2 sebegini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:34 PM | Show all posts
Betul ke kisah ni? Mungkin pada pandangan jabatan islam malaysia, tindakan nabi ini tak cukup islamik
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:36 PM | Show all posts
ultra78 posted on 16-4-2014 01:34 PM
Betul ke kisah ni? Mungkin pada pandangan jabatan islam malaysia, tindakan nabi ini tak cukup islami ...

tindakan nabi tu mmg islamik.. cume tak melambangkan prinsip ketuanan..

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 01:56 PM | Show all posts
dalam kes ni bukan pasal agama sgt pun.. aku speku memang laki bini ni ada masalah.. so anak jadi mangsa perebutan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2014 02:00 PM | Show all posts
Malaysia ni guna pakai Syafie je... kalo ada org amal mazhab lain, dikatanya sesat. Dialog xnak buat, terus tangkap dan bicara...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 03:24 PM | Show all posts
kalau betul kisah nabi itu, aku percaya. dan xkan persoalkan samada tidak islamik atau tidak melambangkan ketuanan... setiap tindakan baginda mesti ada sebab.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 03:30 PM | Show all posts
aku sbb ibu sokong bagi anak kat ibu wpun dia bukan Islam
dan si ayah dah islam tu jgn lupa bg nafkah anak..
jgn duk ikut perangai Melayu2 bila cerai nafkah lantak ko la ko duk dgn mak, mak ko la sara..
Bab islam ke apa tu..serahkan pada Allah nak tentukan nak bg hidayah ke tak..
kalau si ayah jaga tgjb dia betul2..insyaAllah anak takkan lupakan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 06:08 PM | Show all posts
Reyes187 posted on 16-4-2014 02:00 PM
Malaysia ni guna pakai Syafie je... kalo ada org amal mazhab lain, dikatanya sesat. Dialog xnak buat ...

tu la masalah orang kita.....kiasu secara tak sedar
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 06:17 PM | Show all posts
mana details of the hadith sanad
perawi sumber
konteks

then boleh kita bincang dan kalau nak bincang board agama pun boleh.

strong claim.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:35 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 16-4-2014 06:17 PM
mana details of the hadith sanad
perawi sumber
konteks

bukan main lagi cik murysidah kita ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 10:56 PM | Show all posts
"mana boleh.!! nanti abislah anak melayu kita kena paksa makan baybee dan hidup gaya bebas..nauzubillah akak xnak la....orang melayu kita ramai yang shumul kenapa x bagi jaga?(sambil betulakn muncung tudung pareeda)"

Faridah Azman,35
Peminat tudung fareeda,
Rengit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066139 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list