CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10358|Reply: 81

13 Peserta Kilauan Emas Musim kempat Dipilih

 Close [Copy link]
Post time 16-4-2014 04:19 PM | Show all posts |Read mode
13 Peserta Kilauan Emas Musim kempat Dipilih


KUALA LUMPUR: Seramai 13 peserta bakal berentap dalam program realiti Kilauan Emas musim keempat yang bakal berlangsung  di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini pada setiap Rabu bermula 23 April ini.

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran di Astro Prima (105).  

Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris berkata, peserta kali ini lebih bersedia dan memahami konsep program tersebut  selepas tiga musim bersiaran.

"Apa yang saya lihat kesemua peserta kali ini memang sudah bersedia daripada segi persembahan dan kebanyakan mereka yang datang uji bakat sudah tahu apa yang kami mahukan.

"Peserta yang terpilih ini mempunyai kekuatan dan personaliti berbeza yang mana saya yakin dapat memberi persaingan dan mewarnai pertandingan ini," katanya pada sidang media mengumumkan barisan peserta itu di Saloma Bistro, di sini, Selasa.


Inilah 13 peserta Kilauan Emas musim keempat.
Dalam pada itu, tiga orang juri tetap dipertanggungjawabkan menilai persembahan para peserta mengikut kriteria yang ditetapkan.

Juri yang dipilih ialah pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS, penyanyi tersohor Ziana Zain dan seorang juri undangan yang akan bertukar ganti setiap minggu.

Sementara itu individu lain yang turut terlibat ialah Datuk Adnan Abu Hassan yang bertindak sebagai guru nyanyian, Siti Hajar (guru vokal), Shah (Slam - Guru muzik) dan Ahmad Kassan (Guru Tarian).

Program ini masih mengekalkan format yang sama iaitu pemarkahan dinilai sebanyak 70 peratus daripada juri tetap, manakala 30 peratus melalui undian penonton menerusi Sistem Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS).

Juara Kilauan Emas bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry berserta sebuah trofi.

Manakala pemenang tempat kedua bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 dan sebuah kereta Nissan X Gear serta sebuah trofi.

Sementara tempat ketiga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.

Program ini masih mengekalkan pengacara musim sebelum ini iaitu penyampai radio Sinar FM, Raja Azura.
Last edited by maxim on 16-4-2014 04:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 04:22 PM | Show all posts
af versi acik2
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 04:34 PM | Show all posts
mana pegi juara tahun lepas.. rockkk braderrrr. suara mantop tp dilemaukan astrok. juara af yg sendu tu korang layan.


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 04:36 PM | Show all posts
dah naik hadiah pertama. tahun lps 50k jer.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 04:38 PM | Show all posts
Tak ke mana pon juara2nya
Dpt hadiah saja lah

Elok lah pokus pd amal ibadah dah lepas 40 thn ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 04:40 PM | Show all posts
lagi best kilauan emas ni dari AF
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2014 04:47 PM | Show all posts
aku kdg2 serba salah bila tersinggah tgk iklan dia

jadi bahan gelak aje dia punya audition tu

aduhai makcik2 pakcik2.. makcik2 la especially

seramm sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 04:48 PM | Show all posts
kucen_miang posted on 16-4-2014 04:34 PM
mana pegi juara tahun lepas.. rockkk braderrrr. suara mantop tp dilemaukan astrok. juara af yg sendu ...

klo tengok muka mior ni mesti ingat vampire....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2014 05:02 PM | Show all posts
tengok saringan kilauan emas baru-baru ni,
memang best..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 05:05 PM | Show all posts
npe ntah aku cam nyampah tgk si ayai tu tersengih2 dok gelakkan peserta..rasa mau lempang saja gigi beliau
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 05:20 PM | Show all posts
pasuoren posted on 16-4-2014 05:02 PM
tengok saringan kilauan emas baru-baru ni,
memang best..

audition belah utara ke mana ari tu sampai bergaduh2 mengamuk2 psl kena tunggu lama. aku yg belum berkilau emas lagi ni pun rasa malu tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 05:21 PM | Show all posts
maxim posted on 16-4-2014 05:05 PM
npe ntah aku cam nyampah tgk si ayai tu tersengih2 dok gelakkan peserta..rasa mau lempang saja gigi  ...

kannn..mcm menghina jer.tanak pilih bg jer la merah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 05:22 PM | Show all posts
ohsemmm posted on 16-4-2014 04:40 PM
lagi best kilauan emas ni dari AF

mmg betul. silah ari tu nyanyi hotel california mmg ohsem sangat. dah balik melaka meniaga ikan bakar dah dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 05:24 PM | Show all posts
kucen_miang posted on 16-4-2014 05:21 PM
kannn..mcm menghina jer.tanak pilih bg jer la merah.

tu la..mcm each and every peserta die nak tersengih gelak2kan..perlu ke?? si adnan tu relek jah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 05:28 PM | Show all posts
Iols lagi layan kilauan emas dari AF. Rupa takde pon takpe.

Ada ex-vocalist medicine, pastu uncle yg depan kanan sekali nyanyi lagu seroja best wooo, akak baju kuning yg cun tu, yg indian depan kiri sekali tu mmg biasa nyanyi utk polis...ayah iols kenal. Motip haku hingat semua
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 05:29 PM | Show all posts
solstice posted on 16-4-2014 04:38 PM
Tak ke mana pon juara2nya
Dpt hadiah saja lah

klau yg laki tu ok la.... ni yg pompuan.... berjoget2 tak malu kat anak cucu ka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2014 05:30 PM | Show all posts
brapa minimum umur leh masuk ni? xley blah man belon pn masuk audition
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 06:08 PM | Show all posts
hopefully takde yang gegediks macam kak ros dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 07:19 PM | Show all posts
kalau tgk yg saringan hari tu suara meletop2 dorg ni...
hope best la jgn pilih la lagu yg sesuai...
jgn ada yang terover gedik sudah la...
malu anak cucu nnti
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2014 08:35 PM | Show all posts
tau tak sedar diri nak mampos...hahahahahahhaa

eh..tu cina ke tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.093004 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list