CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nadieya

Adam dan Fiza Berpisah???-sah cerai (pg17)

[Copy link]
Post time 29-4-2014 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa nk kawin depa x dek pejanjian mou ka..

Masing2 x dek kata

I still nk acting
N bla2 what so on

Sayang lor

Kalau ye nk mendalami ilmu jgn telajak sgt smpai nyushkn org lain

Sian bini.lawo2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 08:22 AM | Show all posts
mgkin jodoh smpai takat nie je
dah takde persefahaman
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 08:49 AM | Show all posts
Instagram Antara Punca Adam (AF2) & Fiza Bercerai
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 1:36 AM


[size=0.75em]Fiza menganggap keputusan bercerai adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan Adam.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]SHAH ALAM: Pelakon Fiza (Elite) mendedahkan, laman sosial Instagram antara penyebab berlakunya perceraian antara dia dan suaminya iaitu Adam (AF2).

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, ia bermula apabila pengikut-pengikut Instagram miliknya mula mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosial itu dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.

"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

"Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.

"Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami," katanya.

[size=0.75em]Fiza sedia menerima Adam sekiranya masih lagi ada jodoh di antara mereka.



Fiza berkata demikian ketika ditemui selepas perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fiza dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga mereka hanya kekal tujuh bulan sahaja.
[size=0.98em]Dalam pada itu, Fiza berkata hubungannya dengan Adam mula goyah sejak empat bulan lalu namun dia menafikan khabar angin kononnya masalah itu berpunca kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.
Malah Fiza turut menafikan ada pihak ketiga yang membuatkan hubungan antara mereka retak.

[size=0.98em]"Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN (Institut Jantung Negara).

"Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera," tuturnya.

[size=0.75em]Adam sebak selepas melafazkan cerai di mahkamah pada Isnin.



[size=0.98em]Tambah Fiza, keputusan cerai itu dibuat atas persetujuan bersama dan dia tidak menolak sekiranya mereka disatukan semula sekiranya masih lagi ada jodoh.
[size=0.98em]Pasangan itu telah bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawin ni bukan nak memuaskn hati & happy sendiri jer.. Dah ada psgn kenala buat yg sama pd psgn... Kalau psgn x happy gini la jdnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 08:56 AM | Show all posts
kita pun tak tau apa masalah derang..
kalu masih ada jodoh, bersatu kembali..
kalau ketentuanNya jodoh setakat ini sahaja.. move on..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Fiza nak join kawan kawan lama dia kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2014 10:51 AM | Show all posts
reason dia kata psl follower ig tu x kuat la..
ade benda lain la tu kan..
x leh dedah...
knl kejap trus nk kawin..
gelojoh sgt...
tp x sangka la...becerai gak akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 10:55 AM | Show all posts
shahirakay posted on 28-4-2014 06:50 PM
i ols harap sama sama dapat ubah diri untuk jadi lebih baik dan bersatu semula. rugi sangat. syaiton ...

suka baca komen2 hang pasal rumahtangga..
yang cerita pasal mak hang penyabar tu..

cerita lagi.. aku pun baru ja kawen 3 bulan..
tengah panas lagi.. hehe
suka baca cerita2 isteri penyabar ni, buat inspirasi sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2014 11:05 AM | Show all posts
bab agama ni memang kena cari yang sefikrah..
jadi perjuangan sama, takda masalah nak faham certain rules yang bagi setengah orang extreme..
bagi orang yang faham, tu biasa ja, tak extreme..

harap dua2 muhasabah diri la, semak salah sendiri, maafkan balik..
tak sampai setahun lagi kawen, awal sangat lagi..
perempuan pun, bukan senang nak cari lelaki yang tegas bimbing kita dalam agama zaman fitnah ni..
kalau dah jumpa tu, tolak ansur la.. dia yang kena tanggung dosa kita, memang la dia tegas..
lelaki pun kena belajar tanggungjawab jugak..
nafkah penting.. kalau takmau isteri kerja, suami kena kuat kerja..
cari masa untuk keluarga isteri.. ni penting..
walaupun isteri dah dikira takda tanggungjawab pada mak ayah dia, tapi atas ihsan, takda salah pun kalau kita bagi perhatian..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 11:15 AM | Show all posts
cara fiza cakap tu macam ada peluang je nak rujuk...sayang nya lah kenapa cepat sangat amik keputusan bercerai, teruk sangat ke masalah diorang ni...tahun2 awal kan memang banyak sangat masalah, belum nak serasi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 11:28 AM | Show all posts
ko bergaduh ko buang gambar adam kat ig then peminat tanya
atau peminat tanya baru korang gaduh?

belit aihhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 11:32 AM | Show all posts
Alahai kasihannya baru je kawin dah bercerai...rumahtangga memang banyak dugaan..

Teringat komen seseorang "kalau isteri/suami tak bersabar..tak kekallah rumahtangga kitorang sampai sekarang"

Gamaknya semua orang kena ambil nasihat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
pening lak dgn penerangan fiza
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 11:41 AM | Show all posts
aku rasa sbb adam tu mulut laser kot.. aku ada tgk utube psl interview diorang kat hot fm dulu tuh. adam ni kalau bergurau agak kasar sampai sampai certain times aku tgk muka fiza ada berubah mcm tak puas hati..tp yg peliknya ramai2 komen kata sweet kapel la apa la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mixed posted on 29-4-2014 08:49 AM
Instagram Antara Punca Adam (AF2) & Fiza BerceraiDiterbitkan: Selasa, 29 April 2014 1:36 AM
  • Oleh ...

  • minah ni..g salahkan org kat instagram plak. pemende ntah. kalau ko tak poyo g tepek gmbr yg hinting ke arah tu org tak speku la!

    buat kawen cerai mcm main main pulak. ambik pengalaman ke apa main kawen cerai ni.
    Reply

    Use magic Report

    Post time 29-4-2014 11:58 AM | Show all posts
    Org perempuan biasalah sensitif, hati lembut,
    Maybe adam xpaham cukup paham kot...
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 29-4-2014 12:01 PM | Show all posts

    Reply

    Use magic Report

    Post time 29-4-2014 12:15 PM | Show all posts
    sedihnya...aku suka couple nii...sweettt...
    Reply

    Use magic Report

    Post time 29-4-2014 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
    IG salah satu penyebab cerai emmm
    Reply

    Use magic Report

    Post time 29-4-2014 01:55 PM | Show all posts
    macam tak logik je ig salah 1 punca nk cerai..
    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    9-5-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.077256 second(s), 40 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list