CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nadieya

Adam dan Fiza Berpisah???-sah cerai (pg17)

[Copy link]
Post time 7-5-2014 02:32 PM | Show all posts
erkkk kalu bercerai n dlm edah kena duk berteleku dlm umah jek ye....btol ke? soklan nih...iolss jahil

Penyanyi dan pelakon yang baru sahaja bercerai, Fiza Elite telah ditegur oleh para peminat gara-gara beliau berkongsi beberapa gambar terbarunya keluar bersiar-siar bersama dua anaknya hasil perkahwinan terdahulu menerusi akaun Instagram.

Fiza Elite ditegur supaya sentiasa berada di dalam rumah kerana kemungkinan untuk bekas suami akan kembali rujuk menjadi lebih mudah. Ada yang berkutbah bagai tokoh agama, ada yang memberi pendapat peribadi dan ada juga yang memihak pada Fiza.










credit to fiza-elite-ditegur-gara-gara-bersiar-dalam-edah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2014 02:40 PM | Show all posts
mixed posted on 4-5-2014 09:29 PM
Senang jd lelaki cerai je pompan yg salah
Kalu laki x mampo nk cari duit
Haruskah pompan mati kela ...

ko mengata fasha ker bai?? ekekekekek..

kawen orng kaya..gigih nak berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 02:43 PM | Show all posts
Fiza looks so classy and sweet bertudung. Ada fight nak rebut takhta wardina jadi model bertudung.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 03:54 PM | Show all posts
pendapat aku; depa ni terburu-buru masa buat keputusan kawen..patut kenal lama skit.  mungkin sbb tk mau berpacaran lelama..tk manis dipandang.

dua-dua ada sisi ketidakmatangan..  ape pun, Fiza ni mmg lawo n makin lawo..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 03:57 PM | Show all posts
skymania posted on 7-5-2014 02:40 PM
ko mengata fasha ker bai?? ekekekekek..

kawen orng kaya..gigih nak berlakon..

ko sentap ke nok  
sape mkn cili dia pedas la cam nasi goreng kampung kt johor tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2014 05:06 PM | Show all posts
amka posted on 7-5-2014 02:32 PM
erkkk kalu bercerai n dlm edah kena duk berteleku dlm umah jek ye....btol ke? soklan nih...iolss jah ...

aku rasa kalau eddah mati je tak buleh keluar2, gi kenduri, jalan2 ni sbb berkabung kematian suami....eddah cerai tak la smp camtu...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2014 05:11 PM | Show all posts
amka posted on 7-5-2014 02:32 PM
erkkk kalu bercerai n dlm edah kena duk berteleku dlm umah jek ye....btol ke? soklan nih...iolss jah ...

Zaman dulu2 ye la kot, digalakkan duduk rumah jer. Kot2 suami nak rujuk balik, senang nak cari. Now ni dah ada handfon, whatsapp, twitter, fb etc, takde masalah la nak jejak ex bini kat mana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2014 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
galaksi mlm td ada kuar citer depa ni kan...tp aku x tgk...sapa tgk ek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 01:21 PM | Show all posts
Kecewa Dituduh 'Gila Talak', Adam (AF2) & Fiza Mungkin Rujuk Semula
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 12:57 PM


[size=0.75em]Adam AF2 akui masih sayang bekas isterinya Fiza Abdul Halim.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Adam AF2 mengakui sedang dalam proses memikirkan untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya, pelakon Fiza Abdul Halim, 33, selepas sah bercerai talak satu pada 28 April lalu.
[size=0.98em]Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengakui masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak menolak jodoh untuk kembali bersama dalam tempoh edah selama tiga bulan ini.

"Ya, mungkin kami akan rujuk semula dan kini masih lagi memikirkan tentang perkara itu, namun itu semua terpulang kepada jodoh.

"Secara jujurnya memang saya masih sayangkan dia dan bagi saya tempoh edah ini juga menguji kekuatan kami dan mencari dimana kesilapan masing-masing," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan bahawa mereka merancang untuk kembali membina rumah tangga semula dan memperbaiki kesilapan masing-masing.

Dalam pada itu, Adam mengakui sering berhubung dan mengambil berat tentang bekas anggota kumpulan Elite itu selepas berpisah.

Dia juga menyelar dakwaan segelintir pihak yang menganggap mereka sebagai 'gila talak' kerana ingin bersatu semula.

"Kami saling berhubung seperti biasa kerana dia masih lagi tanggungjawab saya dan saya rasa itu tidak salah.

"Saya tidak ambil peduli orang kata kami 'gila talak', mereka tidak berada di tempat kami jadi tidak wajar untuk menuduh kami yang bukan-bukan, nak 'gila talak' sekalipun kami punya pasal," katanya.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Manakala pada 28 April lalu kedua-dua mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada tengah hari Isnin.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 01:22 PM | Show all posts
akak doa kan  korang rujuk semula
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 01:38 PM | Show all posts
Eloklah rujuk semula..
wartawan tak perlulah masuk campur sgt...kdg² bila mcm² statements kuar
lagi banyak yg tak baik jadinya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 02:02 PM | Show all posts
Doakan yg terbaik wat keduanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 02:03 PM | Show all posts
xtimbul istilah gila talak pn..kalau masing2 still syg menyanyang
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 02:14 PM | Show all posts
dlm eddah mne de istilah gila talak...sbb diorg still masih blh rujuk...ape lah org nie...even klu dh cerai..nk kawin blk pn bkn gila talak...

gila talak tu ble cerai talak 3..ha..tu bru la gile talak ko!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 03:20 AM | Show all posts
senangnya la cerai rujuk now ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 05:45 AM | Show all posts
Hopefully diorang pikir baik baik. Gi jumpa kaunselor. It helps to talk to a third party yang unbiased. Cuba lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2014 09:16 PM | Show all posts
sedihkan,sbb diorg macam sweet je nk bercinta lepas kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 09:58 PM | Show all posts
Loh. Ingat up tajuk
Sbb rujuk
Skali nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 08:42 AM | Show all posts
Adam, Fiza rujuk kembali


Adam dan Fiza selepas mendaftar rujuk semula di pejabat MajlisAgama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam.

Perasaan cinta yang masih utuh satukan mereka kembali sebagai suami isteri

Alhamdulillah! Pasangan artis popular, Adam AF2 dan Fiza (Elite) yang bercerai pada 28 April lalu telah kembali rujuk pada 17 Julai lalu bersamaan 19 Ramadan.      
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, memberitahu B*Pop, Selasa lalu, mereka pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada jam 11 pagi untuk pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka.      
      
Sebelum ini, dunia hiburan menjadi gempar apabila mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam setelah tujuh bulan berkahwin.

Mereka bernikah pada 26 September tahun lalu di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam selepas berkenalan dua bulan. Perkenalan mereka bermula pada Ramadan tahun lalu.

Mereka menganggap apa yang telah berlaku dalam rumah tangga mereka sebagai ujian dan takdir Allah.


kredit: bharian


***Alhamdulillah..

Last edited by Yen_Aireena on 10-8-2014 08:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh tahniah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.328342 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list