CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

[Tempatan] PKR Tetap Pendirian Tolak Hudud

[Copy link]
Post time 18-4-2014 05:49 PM | Show all posts
wututoking posted on 18-4-2014 05:15 PM
sebab ramai lagi yang tolak corruption

Corruption..itu masalah yg dihadapi oleh semua, tak kira siapa yg memerintah.
Bagi org islam,  kalaulah benci sgt dgn UMNO lebih baik sokong PAS drpd PKR.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 06:09 PM | Show all posts
UMNO tak tolak hudud.. yg UMNO bantah adalah Hudud PAS yang cuba dilaksanakan tu.

Jangan kita mudah terpedaya dengan permainan PAS yg da keseorangan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:23 PM | Show all posts
PEPPERMAN posted on 18-4-2014 06:09 PM
UMNO tak tolak hudud.. yg UMNO bantah adalah Hudud PAS yang cuba dilaksanakan tu.

Jangan kita mud ...

Sebelum dibentangkan diparlimen, kenalah duduk semeja membincangkannya bentuk perlaksanaan dengan JAKIM,UMNO dan NGO2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 06:50 PM | Show all posts
Adakah selama ni Karpal Singh hnya di jadikan kan "Black Sheep" untuk tidak melaksanakan hukum HUdud oleh PAS...

klu dah PKR sendiri pun tak setuju...knp UMNO disalahkan..?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:02 PM | Show all posts
d'zeck posted on 18-4-2014 04:57 PM
yang dijangka menyokong pun di kalangan ahli2 parlimen
muslim sahaja

moga semua ahli parlimen islam menyokong usul hudud ini atas kapasiti individu kalau takut sgt nak vote atas kapasiti parti. harap semua ada iltizam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:04 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 18-4-2014 04:43 PM
tu dikatakan PAS nak bentangkan seawal2 bulan Jun ni...tu kalau...kalau lah DAP PKR ugut nak kelua ...

tu yg tadi kita sebut, PAS kena teruskan juga tanpa kebenaran PKR/DAP.  klu nak tunggu DAP luluskan memang panjang cerita.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2014 07:09 PM | Show all posts
d'zeck posted on 18-4-2014 04:57 PM
yang dijangka menyokong pun di kalangan ahli2 parlimen
muslim sahaja

Sekarang UMNO ada 88 kerusi...PAS ada 21...88 + 21 = 109 - 112 = 3...so..agak2nya 3 kerusi tu Anwar punya undi...Azmin punya undi..dan rafizi punya undi ke utk mendapatkan kelulusan 112 kerusi MP tu?..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:12 PM | Show all posts
tobby posted on 18-4-2014 07:04 PM tu yg tadi kita sebut, PAS kena teruskan juga tanpa kebenaran PKR/DAP.  klu nak tunggu DAP luluska ...

tengok juga keberanian PAS macam mana...kalau mereka takut tahalul siyasi mereka berpecah....camno plak tu?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 07:19 PM | Show all posts
kalau tak salah, tak payah takut akan hudud.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 07:49 PM | Show all posts
Akhirnya Hadi tolak keputusannya sendiri

Dari Jendela Tok Ki
PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, akhirnya menyatakan pendirian partinya di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Selasa lalu bahawa Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hudud sekalipun ditentang oleh DAP dan PKR, rakan sekutu dalam pakatan pembangkang.

Katanya lagi; " Kita (Pas) tidak ada perjanjian dengan DAP dan PKR mengatakan kita tidak boleh laksana hudud."

Yang jelasnya persetujuan (konsensus) 28 September 2011 adalah sebaliknya. Hadi yang membentang kertas kerja hudud dalam Kepimpinan Tertinggi Pakatan yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersetuju supaya agenda ini tidak dijadikan sebahagian daripada perjuangan pakatan pembangkang.

Sudah tentu pendirian Hadi terkini bercanggah dengan keputusan yang te-lah dibuat dalam pakatan. Mengapa Hadi mengambil pendirian begitu sedangkan syariat hudud dan qisas ada dalam al-Quran. Baik dalam perjuangan Pas apa-lagi dalam Pakatan Rakyat, Hadi harus istiqamah dengan asas perjuangan Pas.

Telah sekian lama isu negara Islam dan hudud digunakan oleh Pas untuk menghentam lawan politiknya tidak Islamik sehingga terbit isu kafir-mengkafir yang memecahbelahkan umat Islam.

Hukumah Islamiah tidak boleh dijadikan sepak-terajang politik. Soal belum mampu melaksana itu isu lain. Tetapi keazaman dan tekad melaksanakannya perlu ada.

Suatu ketika Pas setuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang belum tentu selari dengan syarak. Sesama sekutu Pakatan isu negara Islam dan hudud tenggelam. Sesama Pas, negara Islam dan hudud tetap jadi agenda.

Inikah maksud tahaluf siasi yang dijalin oleh Pas atau ianya strategi menambat hati pendukung.

Peruntukan hukumah Islamiah dalam al-Quran jangan dijadikan isu politik untuk memperleceh sesama Islam tetapi lunak dengan pihak lain. Akhirnya ia boleh memakan diri.

Khalayak mula mempersoalkan pendirian Pas sebenar mengenai isu negara Islam dan hudud. Apakah yang ingin dibentang di Parlimen hudud Pas atau hudud umat Islam kerana kepakaran harus diundang supaya aspek peruntukan, pelaksanaan, strategi dan kaitannya dengan pihak bukan Islam diteliti sehabis baik.

Apakah dalam Pas kini masih sepakat bahawa pendirian Hadi terkini harus didukung. Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS masih belum menyatakan pendirian. Mereka yang cenderung menyokong perjuangan Anwar dalam Pas masih belum memberikan pandangan dan pendirian.

Takdirnya tidak ada kesepakatan dalam Majlis Syura Pas atau Kepimpinan Tertinggi Pas, hasrat Pas Kelantan terutama Menteri Besar dan timbalannya akan menghadapi masalah.

Sekiranya Enakmen Jenayah 2, 1993, Kelantan dibawa juga ke Parlimen, 38 ahli DAP akan menentang, Anwar dan ahli Parlimen beragama Islamnya bagaimana?

Isu hukuman Islamiah adalah isu prinsip. Paling tidak ahli Parlimen Islam tidak mengambil sikap menentang. Sekiranya peruntukan Enakmen Jenayah 2, 1993 ada kelemahan, kritik dan pandangan membina harus diberi.

DAP sejak awal-awal lagi menentang. PKR lebih banyak menampakkan keghairahan untuk sampai ke Putrajaya lalu isu negara Islam dan hudud adalah perintang yang boleh menggagalkan cita-cita Pakatan Rakyat.

Khalayak tahu bahawa DAP memperjuangkan faham sosialis demokratik dan cenderung kepada faham republik. PKR sangat pragmatik dengan faham liberal-pluralisnya. Pas masih mahu menegakkan konsep negara Islam dan hudud Pas.

Tidak mungkin ada titik-temu dalam perbezaan ideologi yang sangat tajam ini. Mereka melakukan pakatan kerana meng-anggap musuh politik mereka harus ditum-bangkan terlebih dulu.

Takdirnya mereka memerintah (minta dijauhkan Allah) mampukah ideologi yang berbeza ini duduk semeja mengambil suatu persetujuan sedangkan faham sosialis dan liberal-pluralis itu pada prinsipnya bercanggah dengan perjuangan Islam yang sebenar.

Pas menghabiskan hayat perjuangan politiknya dengan mengejar fatarmorgana politik sedangkan tunjang politik Islam ialah dakwah dan tarbiyah dan sifatnya menyantuni bukannya dendam-kesumat dan kebencian.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ndiri#ixzz2zEnu9S7f
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 10:10 PM | Show all posts
Tiada apa yang perlu dihairankan.

Kalau PKR menerima hudud,

bermakna Anwaq akan dihukum bunuh kerana menyontot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pong pang pong pang pastu senyap.. mati lg sorang ping pang pong pang balik pasal hudud pastu senyap.. begitu la kisahnya.. sekian terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 03:19 AM | Show all posts
yg peliknya...Saifudin yg bersuara...mana suara Anwar mana suara Wan Jijah...mana suara Mad Sapu?..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 01:49 PM | Show all posts
apa kata PKR buat undi Setuju Hudud or Tak Setuju Hudud dikalangan ahli2 biasa? ni pepandai je dia tak setuju ikut kepala otak udang karat dia....helloo...tanya la dulu orang ramai yg menyokong kau tu....aku suspek kuat la yg mati2 tak setuju ni takut duduk kt waiting list hukuman hudud la tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
x setuju gak hudud...

tapi setuju kalau undang2 digubal utk hukum bunuh terhadap pendera, perogol, peliwat, pencabul, terutama penjenayah yg aniaya kanak2.. ptut disebat smpai lunyai n dipancung sampai mati...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 02:04 PM | Show all posts
Orang yg ada otak takkan nak dikongkong segala2 nya oleh pak arab?

orang mencuri kena potong tangan, habis kalau sudah insaf macam mana nak cari makan? siapa menyara hidupnya?

perempuan yg dirogol pulak kena 4 saksi laki, lucu betul, kenapa tak potong kone si perogol? double standard. Last edited by v(T.T)v on 19-4-2014 02:05 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 02:14 PM | Show all posts
Malaysia merdeka atas persetujuan bersama negara ini negara sekular, kalau nak mengingkari perlembagaan, kenapa tak balik Arab saja pergi jilat kaki pak arab yg mulia tu?


sudah mau 2020, tapi otak macam zaman jahiliah
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 03:58 PM | Show all posts
zull4rs posted on 18-4-2014 03:33 PM
Pakatan yang tidak sepakat...

Sian pulak tgok PKR jd hamba DAP.
Dimana kesepakatan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hudud dilaksanakan, malaysia akhirnya akan jadi negara Islam la kan mcm yg pas nak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 11:45 PM | Show all posts
v(T.T)v posted on 19-4-2014 02:04 PM
Orang yg ada otak takkan nak dikongkong segala2 nya oleh pak arab?

orang mencuri kena potong tang ...

kongsi sedikit pengetahuan aku  .... Sebenarnya hukuman ni ada dicerita dlm al quran ( http://quran.com/5/38) ( http://quran.com/24/2 ) ( http://quran.com/24/4 ) ... bukan saja2 nak ikut pak arab ... mengenai pencuri ... pesalah akan dibicarakan dulu ... kalau mencuri kerana terdesak .... nak bagi anak makan susu contohnya ... tangan tak kena potong .... Soal rezeki ni di tangan Allah ... walaupun dah dipotong tangan ... tak semestinya tak mampu beri anak makan ... lihat saja di sekeliling ... ramai manusia cacat tp masih mampu cari rezeki ...

wanita mangsa rogol .. kalau tak dpt bawa 4 saksi @ pengakuan pesalah ..  bukti forensik etc akan diambil kira  ... tapi pesalah akan dihukum secara ta'zir ... Bagi hukuman tazir , bergantung kepada pelaksana undang2 .. kalau diputuskan jenayah rogol hukumannya mati ... maka pesalah perlu jalani hukuman mati ..

Dalam Al Quran sering ditekankan prinsip keadilan .. Apalah gunanya hudud kalau tidak dilaksanakan dengan betul dan adil ... Last edited by kontang on 19-4-2014 11:51 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.065569 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list