CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3076|Reply: 76

[Tempatan] Kes Liwat Anwar: Mahkamah Rayuan putuskan adalah selamat untuk sabitkan Anwar

[Copy link]
Post time 18-4-2014 10:45 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya, demikian diputuskan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah berkata malah sekiranya diandaikan tiada bukti untuk menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan responden (Anwar).


Panel tiga hakim Mahakmah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, berkata terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disahkan dan dibuktikan.

Dalam penghakiman yang diedarkan kepada media hari ini, mahkamah memutuskan isu kemungkinan sampel DNA diambil daripada Mohd Saiful telah diusik oleh pegawai penyiasat kes Superitenden Jude Blacious Pereira dan telah tercemar juga tidak dapat dibuktikan.

"Kami berpendapat andaian bahawa pegawai penyiasat telah mengusik barang bukti (sampel) tidak mempunyai merit. Kami tidak tahu bagaimana hakim perbicaraan yang bijaksana boleh terkhilaf dalam pendapatnya," kata hakim berkenaan.

Berhubung andaian pihak pembelaan bahawa Jude telah mengusik eksibit itu, mahkamah mendapati tindakan pegawai penyiasat berkenaan membuka eksibit itu tidak menyebabkan eksibit itu tercemar.

Ketiga-tiga hakim itu berkata mereka mengambil kira penjelasan diberikan Jude berhubung tindakannya itu iaitu beliau hanya mematuhi Arahan Tetap Ketua Polis Negara.
Dua lagi hakim yang mendengar rayuan itu ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Panel itu juga berkata mereka mendapati tiada alasan untuk mereka menganggu penemuan hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tentang isu kredibiliti Mohd Saiful dan bahawa tiada yang tidak munasabah dengan keterangannya.

"Mengikut undang-undang, kredibiliti saksi-saksi adalah paling penting bagi hakim perbicaraan. Kami berpuas hati bahawa hakim perbicaraan yang bijaksana telah menimbangkan sewajarnya keterangan saksi pertama pihak pendakwa (Mohd Saiful Bukhari)," menurut panel itu.

Mereka berkata mahkamah telah meneliti keterangan Mohd Saiful Bukhari dan bersetuju penuh dengan hakim mahkamah tinggi apabila beliau mendapati bahawa tidak sukar untuk memahami kenapa Mohd Saiful berbuat begitu disebalik menegaskan beliau tidak merelakan perbuatan Anwar itu.

Panel berkenaan berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan hakim mahkamah tinggi berhubung kredibiliti Mohd Saiful dan tiada yang tidak munasabah dalam keterangannya.

Mereka juga menyatakan kelewatan membuat laporan polis berhubung dakwaan liwat tidak memudaratkan kes pihak pendakwaan selagi terdapat penjelasan yang kukuh dan boleh diterima berhubung kelewatan itu.

Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas kejadian liwat itu.

Mengenai isu pengesahan identiti "Lelaki Y", mahkamah memutuskan keterangan ahli kimia Nor Aidora Saedon dari Jabatan Kimia Malaysia adalah amat penting. - BERNAMA



p/s-  macai2 PKR..... silalah meroyan semahu2nya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2014 10:46 PM | Show all posts
.......dan lagi......

Mahkamah putuskan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh penafian semata-mata

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata.

Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh.


"Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan hari ini.

Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.

Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya.
Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.

"Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah.

Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.

"Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah," kata panel.

Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah 'armchair expert' (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan.

Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.

Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.

Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.

Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.

"Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen," kata panel itu.

Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.

Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan. - BERNAM
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 10:50 PM | Show all posts
bila ya boleh sumbat dia ni dalam jel?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 11:01 PM | Show all posts
padan muka dia..tu la..liwat lg saiful
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 11:02 PM | Show all posts
Aikkk...tak deny pulak masa kejadian dia berada di situ. Tak silap sebelum ni bukan family dia ada dengan kami ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cian tgok bini2 Org yg meliwat & di liwat nie.. sanggup kn dorang bersuamikan Jantan2 camnie.. phew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2014 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Karpal singh dah xde, sape nk defend anwar
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 11:33 PM | Show all posts
hafiz18 posted on 18-4-2014 11:26 PM
Karpal singh dah xde, sape nk defend anwar

tak payah defend
sumbat terus dalam jel

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2014 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumbat cepat2.... aman skit malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 11:45 PM | Show all posts
Dulu rakyat malaysia hidup aman harmoni lagi sejahtera
bila dia dibebaskan dah macam macam berlaku
maka sewajarnya dia dimasukkan semula supaya rakyat kembali hidup aman harmoni macam dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 11:48 PM | Show all posts
jika anwar masuk jail

dan karpig singh dah mampus

ada dua lagi

ia itu guan eng dan kit siang

dan penganti karpal ialah anaknya

perangai lebih teruk dari karpig Singh

semuanya asal dari india dan china


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 11:50 PM | Show all posts
PerKasa posted on 18-4-2014 11:48 PM
jika anwar masuk jail

dan karpig singh dah mampus

jangan lupa pula

teresa kok

nga kor ming


mereka cina DAP
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2014 11:55 PM | Show all posts
Leonarzi posted on 18-4-2014 11:38 PM
Sumbat cepat2.... aman skit malaysia ni

rasa macam membazir pula wang rakyat akan digunakan untuk bagi dia makan dalam jel nanti

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 12:30 AM | Show all posts
harap2 dia insaf dan bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 12:50 AM | Show all posts
Knights posted on 18-4-2014 11:55 PM
rasa macam membazir pula wang rakyat akan digunakan untuk bagi dia makan dalam jel nanti

lagi jimat kot dari dia kat luar dan ajak rakyat Malaysia berdemo.....

belanja bagi makan kat jel dlm rm10/sehari jer kot, hanya rm3650 setahun........oklah tu, dari belanja beratus ribu untk menangani demo rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 03:50 AM | Show all posts
munchkin posted on 18-4-2014 11:02 PM
Aikkk...tak deny pulak masa kejadian dia berada di situ. Tak silap sebelum ni bukan family dia ada d ...

disitu kita dah nampak dah yg dia menipu...sebelum dibawa ke mahkamah...dia kata dia ada alibi..tapi masa perjalanan kes..sorang alibi pun tak dibawanya...lepas tu ambil keputusan tak mahu angkat sumpah dikandang...tu pun tuhan dah tunjukkan dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2014 03:52 AM | Show all posts
Knights posted on 18-4-2014 11:45 PM
Dulu rakyat malaysia hidup aman harmoni lagi sejahtera
bila dia dibebaskan dah macam macam berlaku ...

dlm penjara plak nanti...belum tentu ada banduan plak yg aman damai...

dia ni pi mana pun ada masalah...tak pernahnya aman...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 06:29 AM | Show all posts
hafiz18 posted on 18-4-2014 11:26 PM
Karpal singh dah xde, sape nk defend anwar

Apa nak susah, macai dia ramai dlm cari ni.... for the sake of defending him... walau terang terang dia ni penipu besar. Dlm mahkamah pun pilih nak bg keterangan tak bersumpah. Nampak sangat penakut dek sumpah. Kenapa takut...sendiri faham ler
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 07:14 AM | Show all posts
scorpionkiki posted on 19-4-2014 06:29 AM
Apa nak susah, macai dia ramai dlm cari ni.... for the sake of defending him... walau terang teran ...

nanti macai mai defend...islam mana yg wajibkan sumpah?..

mai lah dalil....ada ulamak luar negara kata tak wajib angkat sumpah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2014 08:42 AM | Show all posts




















Rest in Prison!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.161112 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list