CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adik^manis

Sharnaaz Mahu Selesaikan Isu Gaduh Selepas Lisdawati Bersalin

[Copy link]
Post time 24-4-2014 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk up balik nama ke... Isu dh basi .. Nanas ni pd aku berlakon kayu... Naknya cite yg dia jd laki ND kaki pukul... Tp ND superb dlm cite tu Last edited by CrowneGlory on 24-4-2014 04:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 04:54 PM | Show all posts
ingatkan da abis da citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:21 PM | Show all posts
Chop! Sorry ye nak tanya, sharnaaz ni anak Tan sri Bashir Ahmad ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2014 11:18 AM | Show all posts

Fauzi Nawawi Kecewa, Tunggu Surat Saman Sharnaaz Ahmad

Sumber: Malaysia Digest

.

Sebagai seorang suami, perlu baginya untuk melindungi dan mempertahankan isterinya. Apatahlagi isterinya dalam keadaan sedang hamil. Justeru pelakon Fauzi Nawawi kecewa dengan sikap Sharnaaz Ahmad apabila aktor tersebut berang sekaligus membuat kenyataan, Fauzi menghina ibu bapanya.

"Saya kecewa dengan dia kerana belum pernah ada pelakon yang mengherdik seorang wanita yang sedang mengandung. Seperti yang pernah saya beritahu, tujuan laporan polis itu dibuat kerana saya mahu menghantar isteri saya menjalani pemeriksaan di wad kecemasan. Sebagai suami, adalah tanggungjawab saya untuk melindungi isteri dan anak saya.

Tidak kiralah kalau bukan dia sekalipun, saya tetap akan buat laporan polis.

"Kalau ikutkan saya yang sepatutnya melenting. Tapi Alhamdulillah saya tenang menghadapi perkara ini. Saya tak mahu panjang-panjangkan hal ini", itu kata Fauzi Nawawi ketika ditanyakan mengenai perkembangan lanjut kes pertelingkahan di antara isterinya, Lisdawati dan Sharnaaz.

Fauzi ditemu pada majlis tayangan filem yang melibatkan tiga egara, Malaysia-Indonesia-Jepun berjudul 'Bushido Spirit: Sang Pemberani', bertempat di e@Curve, Damansara, semalam.

Sebelum ini media melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama 'Bukan Aku Tak Cinta' di Sungai Buloh dekat sini pada 19 dan 21 Februari lalu. Peristiwa itu menjadi tegang apabila Fauzi dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan. Lisda mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu lalu sebagai langkah keselamatan diri.

Lisda kini sedang sarat mengandung dan dijangka bersalin sekitar bulan Mei ini. Menurut Fauzi, mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.

Tunggu Surat Saman

Tambah Fauzi, sebagai seorang yang matang dan juga lebih dulu makan garam dalam industri ini, dia berpendapat tidak logik untuk mencemarkan imejnya sendiri dengan mencetuskan pergaduhan dengan mana-mana pelakon. Kerana industri ini kecil sahaja. Tegasnya, dia tidak pernah memaki ibu bapa Sharnaaz sebaliknya mendakwa Sharnaaz sudah salah tafsir akan kiriman SMS-nya.

"Kenyataan dia itu tak berasas. Saya dah berusia 41 tahun. Saya seorang bapa, anak saya dah nak masuk 7 orang. Saya tidaklah sampai tak berakal nak libatkan keluarga dia.

Dalam sebuah program hiburan, dia kata saya maki ibu bapa dia. Kalau betul saya maki ibu bapa dia, kenapa dia tak siarkan kata-kata makian itu sebaliknya dia siarkan mesej saya yang lain. Sebetulnya saya hanya berkata, "kalau gua maki mak lu, macam mana?" Takkan saya nak cakap, "kalau gua maki bini lu, macam mana?" Sebab dia belum kahhwin.

"Malah, selepas kejadian dia mengherdik Lisda, saya bagi dia masa selama satu hari untuk dia minta maaf. Tapi dia tak buat apa-apa. Selepas itu baru saya hubungi dia tapi dia tak jawab kemudian saya SMS. Dia ada kata yang dia rasa bersalah tapi kenapa selepas media menyiarkan perkara ini baru dia nak minta maaf pada Lisda", katanya yang sudah 17 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Bagi Fauzi, dia tidak mahu mengambil apa-apa tindakan sebaliknya hanya menunggu surat saman daripada Sharnaaz sepertimana yang dinyatakan sendiri oleh pelakon berasal dari Pulau Pinang itu di dalam sebuah program hiburan, beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun Fauzi bersedia untuk bersemuka sekiranya Sharnaaz ingin menyelesaikan perkara ini secara baik.

"Saya tak nak ambil apa-apa tindakan sebab saya tahu dia muda, ada panas barannya. Dia pun ada ramai peminat. Jadi saya tak nak layan orang yang panas baran ni. Tapi saya dengar dia nak saman saya, Alhamdulillah. Jadi sekarang ni saya tengah tunggu surat saman dari dia lah ni. Setakat ini saya tak dapat apa-apa surat dari penguam dia. Kalau boleh
saya minta dia cari penyelesaian yang seeloknya. Kalau dia tetap nak saman, dia boleh saman. Kalau dia nak ........................................................................................


http://www.malaysiandigest.com/h ... sharnaaz-ahmad.html





Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:50 AM | Show all posts
siap ada dateline tu nk setel kn isu...hahhaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:57 AM | Show all posts
buat pe la nk pjg2 citer...
udah2 la...dunia ni semntra jek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2014 11:59 AM | Show all posts
bagus tindakan fauzi tu
itulah tujuannya berlaki... laki kene lindung bininya

banyak cantik ko nak tengking bini org yg tengah mengandung
knowing sifat baran si sanaz ni..... aku tak heran kalo dia tengking lisda

walo ape pun alasannya... tolong hormati perempuan mengandung ye
tak suka dgn pompuan tu.... ko setel ngan laki dia... baru gentleman

apa punya jantan daaaa gadoh ngan pompuan.... pompuan tu ngandung plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 12:07 PM | Show all posts
kembongpink posted on 24-4-2014 04:23 PM
Sharnaz ni blakon best. Mcm2 watak boleh bawak.aku suka crita tajuk mat rock bunya rose. Lawakk berg ...

bukan tajuk cte tu warkah cinta mat rock ke noks?
ke cte lain dari yg aku tengok, tp kelako jugak nanaz dlm cte tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 01:29 PM | Show all posts
kenapa perlu nak berpanjangan. sudah sudahlah tu. pergi cari job job baru lagi berfaedah dari nak bergaduh maduh ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA posted on 25-4-2014 12:07 PM
bukan tajuk cte tu warkah cinta mat rock ke noks?
ke cte lain dari yg aku tengok, tp kelako jugak ...

Iols lupa tajuk..main bedal jew. Hahahh citer tu le..syokkkkkk btl..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:34 PM | Show all posts
kembongpink posted on 25-4-2014 01:45 PM
Iols lupa tajuk..main bedal jew. Hahahh citer tu le..syokkkkkk btl..hahahaha

hahaha, jauh beza tajuk, dari 'mat rock bunya (bunga ke? ) rose' ke 'warkah cinta mat rock'
cite tu aku suka sebab banyak lagu jiwang rock kapak 90an.
sambil tgk cte, sambil terhibur dgn lagu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 02:37 PM | Show all posts
Xyah la nk gaduh dgn si meroyan nih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 04:14 PM | Show all posts
ni sume kes nak tunjuk pandai .. nak tunjuk diva .. bertemu buku ngan ruasla kali nie..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 04:30 PM | Show all posts
i sokong abg jebat !

paling tak suka poji n lisda tu , poyo sgt ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA posted on 25-4-2014 02:34 PM
hahaha, jauh beza tajuk, dari 'mat rock bunya (bunga ke? ) rose' ke 'warkah cinta mat rock' {:1_ ...

Typooo noks hp kecik. Jari kembong.Hahahhaah. tulerr lagu rock dulu2 melayannnnnnnnnn jer. Mak die pun melayan anak lu gua lu gua.ahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 06:04 PM | Show all posts
adik^manis posted on 25-4-2014 11:18 AM
Sumber: Malaysia Digest

.

ceh! berani berani je poji ni- ko tau Kapal singha dah kt alam lain tau!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 06:45 PM | Show all posts
pozi laki bini poyo
jebat  baran
ngam lah
tapi harap2  jebat settle kan mr and mrs poyo neh
banyak kes derang laki bini
nak2 si jantan buaya tembaga darat idup
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
benda ni xkan kecoh kalo poyo2 tu x kecoh kat media... dh start malukan org, haaa rasain loooo...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 07:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn nada sinis???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.071832 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list