CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 12

[Tempatan] Di Malaysia, kelulusan permohonan fasakh ambil masa 2 tahun

[Copy link]
Post time 24-4-2014 10:49 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Ruzana Othman, 56, menderita 'digantung tanpa tali’ setelah ditinggalkan suaminya lebih 15 tahun sementara pihak mahkamah belum meluluskan permohonan fasakhnya.
          
        Katanya beliau amat kesal dengan proses pelaksanaan dan prosedur mahkamah syariah setelah beliau memfail permohonan fasakh dua tahun lepas, namun sehingga kini tiada keputusan yang dikeluarkan.
          
        "Pihak mahkamah suruh saya cari suami saya dengan mengiklankan terlebih dahulu. Saya buat walaupun saya tidak lagi bekerja namun saya cuba cari duit untuk laksanakannya.
          
        "Lepas itu dalam Febuari lepas, saya kembali ke mahkamah menyatakan suami saya masih tidak dapat dikesan, namun pihak mahkamah suruh saya melantik peguam. Saya kesal kerana saya bukannya ada duit, tambahan pula saya sudah tua," katanya kepada pemberita dalam sesi sidang media yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
          
        Ruzana berkata, suaminya telah meninggalkan beliau bersama seorang anak pada 1998.
          
        "Bermacam-macam cara saya dah usaha untuk mencari suami saya yang hilang entah ke mana dan sehinggakan saya tidak larat lagi dan saya mengambil keputusan untuk memfailkan permohonan fasak. Namun perkara itu membebankan saya lagi," katanya.
          
        Sehubungan itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan menggesa pihak mahkamah syariah agar meneliti semula pelaksanaan undang-undang tersebut agar ia tidak membebankan pihak lain.
          
        "Saya pelik dengan kes seperti ini. Kita perlu cari kaedah untuk mengubah keadaan. Kita bukan nak menunding jari kepada sesiapa, namun tindakan segera perlu diambil untuk mengatasinya," katanya.
          
        Beliau berkata pihaknya menerima lebih 100 aduan yang melibatkan mahkamah syariah yang majoritinya mengenai prosedur mahkamah yang dikatakan terlalu rumit dan membebankan.  - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2014 10:58 PM | Show all posts
Hanya d malaysia...puak2 yang berada dikerusi empuk dan ruang pejabat yang dingin..apa depa leduli dengan  kesulitan orang terinaya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 11:00 PM | Show all posts
Weiii...apa nih??? Pleaselah. Bagus makcik ni cerita kat suratkhabar. Biar semua orang tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 11:04 PM | Show all posts
mahkamah syariah Islam melayu pemaleh pait
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 11:25 PM | Show all posts
Mahkamah syariah mmg lembab.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 11:59 PM | Show all posts
Puak2 tu pg kerja buat kerja atau melepak mengumpat? Motip sgt suruh iklankan cari somi mcm ank perempuan merayu cari bapa kandung utk dinikahkan...

Puak melayu islam sendiri yg merumitkan kaumnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2014 05:39 AM | Show all posts
akak kalau tengok brand PPIM memang tergelak besar lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 05:47 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 24-4-2014 11:04 PM
mahkamah syariah Islam melayu pemaleh pait

Jgn kata macam tu nanti Kecik hati,
apa kata dia org x cukup kaki Tangan sambil duduk
atas kerusi empok, file bertimbum2 biar duduk
dalam in box aje hehehehe sebab Tangan Ada dua aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 06:12 AM | Show all posts
kesian akak tu..
laki dia tak baca taklik masa nikah kot..
tinggal 4 bulan tertalak bini tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 07:07 AM | Show all posts
huh aku g teman kawan g amik borang nikah - akak kat pejabat tu - bagi pesanan isi borang macam lah kawan aku ni bawak lari anak dara orang - kemain bisa ayat2nya - kalau rasa nak menopos jangan keje kaunter -

plak tu orang2 kat belakang kaunter tu kat meja masing rileks berjalan sana sini - maunya tak 2 tahun tak setel2
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 07:31 AM | Show all posts
what you expect from mahkamah syariah..
yang sibuk asik cakap "bila hakim masuk kamar sila berdiri tanda hormat" cam bagus..
satu kes nk settle betahun - tahun.. suruh sulh sulh sulh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 07:32 AM | Show all posts
miss_baby posted on 25-4-2014 06:12 AM
kesian akak tu..
laki dia tak baca taklik masa nikah kot..
tinggal 4 bulan tertalak bini tu

baca kot..
mahkamah syariah sendiri tak tau camne nak implement rule die wat sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 05:31 AM | Show all posts
kalu buwek fatwa ..copek ajo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.108206 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list