CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2519|Reply: 0

Angelina Jolie tumpu kerja belakang tabir

[Copy link]
Post time 26-5-2014 04:03 PM | Show all posts |Read mode


Angelina Jolie tumpu kerja belakang tabir

BIARPUN aktres berbibir seksi, Angelina Jolie berasal dari keluarga pelakon, namun perjalanannya sebagai selebriti filem terkenal bukanlah sesuatu yang mudah.

Walaupun memulakan karier dalam bidang seni seawal usia 14 tahun, nama Jolie atau lebih mesra disapa sebagai Angie hanya betul-betul memuncak selepas kejayaan filem adaptasi dari permainan video, Lara Croft: Tomb Rider pada 2001.

Berbekalkan wajah cantik, bentuk badan menarik serta bibir menggoda, ia menjadi aset utama pelakon dari Los Angeles ini.

Namanya semakin menyerlah dengan barisan filem pecah panggungnya seperti Girl, Interrupted (1999), Original Sin (2001), Mr & Mrs Smith (2005), BeoWulf (2007), Wanted (2008), Salt (2010) dan The Tourist (2010).

Selain itu, dia juga muncul dalam pelbagai filem seperti Foxfire (1996), Pushing Tin (1999), Life or Something Like It (2002), Shark Tale (2004), The Fever (2004), Lovesick (2005) dan Kung Fu Panda (2008).

Malah, sepanjang keterlibatannya dalam dunia penuh glamor ini, Angie pernah menerima Anugerah Oscar, dua Anugerah Screen Actors Guild dan tiga Anugerah Golden Globe.

Begitu pun, sejak akhir-akhir ini, Angie ada menyatakan bahawa dia bersedia untuk mengurangkan aktiviti lakonan di masa depan dan hanya memberi fokus kepada kerja-kerja di sebalik tabir.

"Saya ada kerjaya yang indah dan saya gembira untuk mendapat peluang-peluang untuk bercerita dan bekerja selama yang saya mampu.

"Tetapi, saya akan lebih selektif dan ingin memberi tumpuan lebih kepada kerja-kerja menulis dan mengarah.

"Selain itu, saya juga ingin memberi lebih tumpuan kepada kerja saya dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan PSVI (Inisiatif Mencegah Keganasan seksual)," katanya.

Aktres terkaya Hollywood

Dalam pada itu, Angie terus membuktikan bahawa dia adalah ratu layar perak apabila dinobatkan sebagai aktres Hollywood yang menerima bayaran paling tinggi.

Forbes mendedahkan, aktres berusia 38 tahun itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$33 juta (RM107 juta) bagi tempoh setahun antara Jun 2012 hingga Jun 2013.

Angka berkenaan melebihi AS$13 juta daripada pendapatan yang diperolehnya sebelum itu, sekali gus melayakkannya menduduki senarai aktres Hollywood yang menerima bayaran paling tinggi.

Pencapaian itu dilihat sebagai sesuatu yang membanggakan memandangkan Angie tidak berlakon dalam sebarang filem selama tiga tahun selepas kali terakhir membintangi The Tourist pada 2010.

Dia sebaliknya menumpukan kepada karier sebagai pengarah dan menulis skrip untuk filem In The Land of Blood dan Honey yang diterbitkan pada 2011.

Bintang ini kembali ke layar perak dan membintangi filem Maleficent serta dijangka menerima bayaran sebanyak AS$15 juta.

Berlakon bersama anak

Dalam perkembangan lain, Angie bakal muncul sebagai wanita sihir yang menakutkan melalui filem terbaharunya, Maleficent.

Filem arahan Robert Stromberg itu bakal menjengah pawagam tempatan mulai 29 Mei ini.

Selain Angie, filem keluaran Walt Disney Studio ini turut menampilkan bintang ternama lain seperti Sharlto Copley, Elle Fanning, Sam Riley, Imelda Staunton, Miranda Richardson, Juno Temple dan Lesley Manville.

Menarik mengenai filem yang diadun semula berdasarkan kisah dongeng terkenal Sleeping Beauty ini kerana Angie turut berlakon di samping anak kandungnya, Vivienne, 4, hasil hubungannya dengan aktor Brad Pitt.

Vivienne membawakan watak sebagai Puteri Aurora semasa kecil dan watak ketika remaja pula dijayakan oleh pelakon cilik berbakat, Dakota Fanning.

Untuk rekod, Vivienne juga ada saudara kembar iaitu Knox Leon dan mereka berdua dilahirkan di Nice, Paris pada 12 Julai 2008.
Maleficent diceritakan daripada perspektif puteri jahat, Maleficent.

Kisah dongeng seram ini menyingkap kisah sebenar dongeng seram Maleficent dan apakah yang menyebabkan dia menyumpah Puteri Aurora dalam animasi klasik Sleeping Beauty.

Maleficent terdesak untuk menjadi dayang kepada semua bidadari.

Walau bagaimanapun, adakah jalan kejahatan yang dilakukannya akan membawa kejayaan?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.068893 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list