CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23183|Reply: 34

Siapa Dia Hugh Jackman

[Copy link]
Post time 27-5-2014 01:51 PM | Show all posts |Read mode


Nama Penuh: Hugh  Michael Jackman  
Tarikh Lahir: 12 Oktober 1968
Tempat Lahir: Sydney, New South Wales
Zodiac: Libra
Tinggi : 189 cm
Kewarganegaraan: Australia
Ayah: Chris Jackman (Akauntan)
Ibu: Grace Watson   
Saudara: Ian Jackman (kakak), Ralph Jackman (kakak), Sonya Jackman  (kakak), Zoe Jackman (kakak)
Isteri: Deborra-Lee Furness (sejak 11-Apr-96)
Anak: Oscar Maximillian Jackman (adopsi, lahir 15-Mei-00), Ava Eliot  Jackman (adopsi, lahir 10-Jul-05)

Biografi  

Hugh Michael Jackman lahir pada12 Oktober 1968 di Sydney, Australia  adalah seorang artis berkerakyatan Australia.
Dia memenangi Tony  Award menerusi filem pertamanya The Boy from Oz.
Hugh Jackman menceburi industri perfilemanan sejak tahun 1999.

Kehidupan masa kecil Hugh cukup perit. 18 bulan pertama setelah  kelahirannya Hugh perlu tinggal dengan bapa saudaranya kerana ibunya, Grace, mengalami sindrom depresi semasa melahirkannya. Grace  menjadi semakin tertekan kerana tidak mendapat perhatian dari Chris.  Merasa tak tahan membesarkan lima anak sendirian, Grace memutuskan  meninggalkan Chris dan anak-anaknya semasa Hugh berusia 8 tahun.  Grace kemudian berkahwin lagi dan memiliki anak perempuan.

Walaupun ditinggalkan oleh ibunya dari kecil, Hugh membesar  menjadi pemuda yang berkelakuan baik dan sangat berdisiplin. Hal ini berkat  didikan Chris yang dianggap Hugh sebagai kawan yang tak pernah bercakap tentang perkara buruk dan mengejek orang lain. Hugh merasa bangga  kerana ayahnya tetap menghormati Grace walaupun isterinya telah berkahwin dengan orang lain.

Bakat lakonan Hugh terselah ketika dia sedang belajar di sekolah  khusus untuk lelaki, Knox Grammar School. Saat itu, Hugh kerap terlibat dalam  beberapa pementasan drama dan juga terpilih menjadi kapten sekolah. Meningkat dewasa, Hugh meneruskan pendidikan di University of Technology,  Sydney, dan mengambil ijazah sarjana bidang komunikasi. Dia pun  mengembangkan bakat lakonannya dengan mengikuti kursus satu tahun di  Actors' Centre di Sidney.

Ketika mengikuti kursus lakonannya, Hugh sempat ditawarkan untuk tampil di  opera sabun TV Australia, "Neighbours". Sayangnya, Hugh menolak kerana  ingin meneruskan kuliah di Western Australian Academy of Performing Arts  di Edith Cowan University, Perth. Setelah lulus tahun 1994, Hugh pun mula mengembangkan bakatnya sebagai pelakon dan permulaannya drama bersiri untuk TV Australia "Law of the Land" (episode "Win, Lose and Draw").

Setahun kemudian, Hugh terpilih untuk memegang pelakon utama Kevin  Jones di mini seri TV ABC, "Correlli". Berkat kegigihan memegang watak jahat tersebut, nama Hugh pun mula dikenali. Tahun  2000, Karier Hugh sebagai pelakon meningkat naik dan dia terpilih  membintangi film adaptasi dari komik Marvel berjudul, "X-Men".  Dalam film arahan Bryan Singer tersebut, Hugh terpilih untuk  menghidupkan watak mutan superhero bernama Logan / Wolverine. Selain  "X-Men", Hugh juga kembali tampil sebagai Wolverine di filem seterusnya seperti "X-Men 2", "X-Men: The Last Stand" dan "X-Men Origins: Wolverine".  Kehebatannya berlakon juga dapat disaksikan di beberapa film terkenal  diantaranya "Someone Like You" (2001), "Van Helsing", "The Prestige",  "Deception" dan "Australia".

Di usianya yang ke-41, Hugh telah menjalani kehidupan yang berjaya dari pekerjaannya mahupun kehidupan peribadinya. Saat baru menceburi  sebagai pelakon, Hugh bertemu dengan dengan kekasihnya, artis Australia  Deborra-Lee Furnes, ketika mereka terlibat pengembaraan siri TV  "Correlli". Dalam siri tersebut, Hugh dikhabarkan jatuh cinta pada  seorang ahli terapi. Rupanya, kisah percintaan  di siri mini tersebut berlanjutan sehingga kehidupan luar. Setahun setelah  siri tersebut berakhir, Hugh berkahwin dengan Deborra pada 11 April  1996. Dari perkahwinan tersebut mereka memiliki dua anak iaitu  Oscar Maximillian (15 Mei 2000) dan Ava Eliot (10 Juli 2005). Filem lakonan terbarunya 2014 boleh lihat disini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 02:08 PM | Show all posts
my peberet actor as well.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 02:43 PM | Show all posts
dia yg berlakon dlm reel steel kan?
love it!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 03:47 PM | Show all posts
Hensem bergaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 05:48 PM | Show all posts
super kacak
suka dia dlm kate & leopold
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2014 10:23 PM | Show all posts
beatgirlX posted on 27-5-2014 02:43 PM
dia yg berlakon dlm reel steel kan?
love it!

itu sudah pastinya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2014 11:01 PM | Show all posts
untung wife dia kannn, walaupon hugh ni jauh lg muda, kacak dan pujaan ramai heols tetap setia sayang btol dgn wife nya, tak kesah amek anak angkat okeh.




Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Me libra also. Jackkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 12:19 AM | Show all posts
memang hensem gilalah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Handsome-........ X tau nak kata ape.. Die mmg layak dpt watak wolverine tuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:55 AM | Show all posts
Mak teh start merembes tgk dia pakai towel sambil hayun kayu golf...
Ntah apa tajuknya.....yg ada halle berry tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:15 AM | Show all posts
Macho betul abg hugh ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:46 AM | Show all posts
putehkundor posted on 28-5-2014 10:55 AM
Mak teh start merembes tgk dia pakai towel sambil hayun kayu golf...
Ntah apa tajuknya.....yg ada h ...

swordfish?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 12:24 PM | Show all posts
love hugh jackman
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 08:15 AM | Show all posts
Bila tengok dia kembali ke asal dalam Les Miserables...macam kelako pulak tengok Wolverine berlakon muzikal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 12:35 PM | Show all posts
Lakonan yg hebat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 02:18 PM | Show all posts
Selain Brendan Fraser & Nicolas Cage, Hugh Jackman merupakan my fav. actor... semua filem dia ai follow...gigih sampai filem dia yg lama2 dolu pun ai gali sampai dpt.
Filem2 lakonan dia biasanya x menghampakan.
ensem, macho & seksi plak tu.... pastu x de kontroversi bagai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2014 07:05 PM | Show all posts
setiap filem lakonan beliau saya x tinggal la,
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 09:31 AM | Show all posts
think hugh jackman think xmen

tapi I love this guy..
lakonan ada essence
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2014 01:26 PM | Show all posts
Hebat2 , mmg hebat la
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.071399 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list