CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8504|Reply: 4

Peter Dinklage serasi watak ‘hitam’

[Copy link]
Post time 29-5-2014 11:15 AM | Show all posts |Read mode


Karakter Tyrion Lannister dalam siri televisyen popular HBO, Game of Thrones nyata meninggalkan kesan mendalam buat aktor Hollywood, Peter Dinklage. Apatah lagi, ia melayakkan dia membolot anugerah Pelakon Pembantu Terbaik.

Bukan hanya di pentas Anugerah Emmy pada 2011, tetapi dalam tahun itu juga Dinklage merang-kul anugerah yang sama di Golden Globe Award. Kini, nama Dinklage tidak asing lagi dalam kelompok pelakon siri TV popular.

Pun begitu, dalam kesibukan memenuhi jadualnya membintangi siri TV ternyata peluang untuk dia beraksi di layar perak tidak dilupakan. Apatah lagi, terbabit menjadi seorang bintang dalam filem diminatinya.

Peluang bersua de-ngan aktor bertubuh kerdil itu yang diatur sempena tayangan perdana Asia Teng-gara filem siri Marvel popular, X-Men: Days of Future Past lakonannya di Hotel Ritz Carlton Singapura, baru-baru ini, Dinklage cukup mesra berbicara.

Di sebalik wajahnya yang kelihatan agak serius, dia bersikap peramah.


Hinggakan, tidak terasa masa 16 minit berbual dengannya berlalu pantas. Apa yang pasti, karakter antagonis cukup sinonim buat lelaki berusia 44 tahun ini.

Berbicara mengenai dirinya yang cukup menyerlah dalam watak ‘hitam’, Dinklage berkata, sama ada watak itu baik atau sebaliknya, ia dipaparkan untuk mewujudkan konflik. Jadi, terpulang bagaimana cara penonton menerimanya.

“Sebagai pelakon, yang pasti saya sudah berusaha sebaik mungkin merealisasikan setiap watak diterima mengikut ke-hendak skrip untuk memantapkan jalan cerita. Selebihnya, penonton yang berhak untuk menilainya.

“Apapun, saya sa-ngat gembira kerana terpilih untuk membintangi filem X-Men: Days of Future Past. Sebagai peminat siri Marvel X-Men, saya sangat teruja apabila pengarah, Bryan Singer memberikan tawaran.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju kerana memang sudah lama menunggu peluang hebat ini. Saya tidak sang-ka ada juga watak yang sesuai sebagai Dr Bolivar Trask yang cuba menghapuskan golongan mutan,” katanya.

Menurut Dinklage, bagi menjiwai watak Dr Bolivar itu, dia mengambil pendekatan membaca siri buku X-Men. Katanya, sebagai seorang pelakon adalah tindakan wajar untuknya memahami tuntutan sebenar setiap karakter yang dilakonkan.

Ujarnya lagi, sebagai peminat siri X-Men sudah tentu dia mahu memberikan lakonan terbaik. Dinklage berkata, bukan mudah untuk memperoleh peluang itu dan
apabila kepercayaan diberikan kepadanya untuk watak Dr Bolivar, maka dia sangat menghargainya.







Ikuti temubual kami bersama Peter Dinklage di Hotel Ritz Carlton, Singapura baru-baru ini.

Bagaimanakah rasanya bekerja dalam produksi filem berbajet besar seperti "X-Men: Days Of Future Past"?
Ianya boleh jadi menakutkan. Sebagai seorang aktor, pada hari pertama penggambaran, saya jadi gementar, takut dan telah terlupa apa yang saya lakukan. Namun bagi saya, jika ia adalah sebuah produksi yang bagus, anda boleh menyesuaikan diri dengan cepat dan ia sangat menghiburkan.

Apa yang anda lakukan bagi mengatasi perasaan gementar?
Selalu fikirkan bahawa anda sama bagus dengan barisan pelakon yang lain…. dan juga dengan bantuan alkohol [ketawa].

Watak anda dalam "X-Men" dan "Game Of Thrones" adalah sama ada sebagai penjahat atau anti-hero. Secara peribadi, anda lebih suka memegang watak sebagai penjahat atau orang baik?
Apa saja yang kelihatan asli dan tidak dibuat-buat. Jika ia semata-mata untuk plot atau perjalanan cerita, ianya agak membosankan bagi saya. Saya rasakan lebih banyak lagi yang boleh ditawarkan dalam kehidupan yang hebat ini daripada menjadi hero atau penjahat. Ada juga orang baik yang membuat kesilapan, itu yang membuatkan saya mencari watak-watak sedemikian.

Apakah teori anda mengenai motif Trask yang ingin menyingkirkan mutan?
Saya rasa dia cemburu dan ada perasaan benci dalam diri. Dia berharap dia mempunyai segala kuasa yang dimiliki oleh semua mutan, tetapi tidak. Oleh itu dia mencari jalan untuk memilikinya walau dengan apa cara sekali pun.

Sebelum ditawarkan watak ini, ada watak lain yang anda ingin lakonkan?
Ya, saya ingatkan saya akan menjadi Wolverine! Saya terdengar Hugh Jackman bakal mengundur diri daripada francais filem ini untuk memberi saya peluang. Namun secara serius, ejen saya memberitahu bahawa Bryan Singer ingin berbicara dengan saya mengenai filem "X-Men" akan datang dan bertanya jika dia boleh mendapatkan nombor telefon saya. Saya beritahu, "Sudah tentu boleh". Pada mulanya terfikir juga watak apa yang dia ingin saya lakonkan, atau mungkin dia hanya mahu saya hidangkan kopi. Selepas itu saya pun mendapat panggilan tersebut.

Adakah anda akan membintangi filem sekuel "X-Men" akan datang?
Tidak lagi buat masa ini. Saya masih lagi menunggu panggilan telefon. Bercakap tentang hidangkan kopi, saya tidak kisah lakukan itu untuk filem akan datang [ketawa].

Selain daripada kembali ke set penggambaran "Game Of Thrones", apakah projek terbaru yang anda akan terlibat?
Selepas saya pulang ke Toronto, Kanada, saya akan berlakon dalam sebuah filem komedi arahan Adam Sandler. Saya enggan melakonkan watak yang sama sahaja kerana bimbang ia akan membosankan saya, jadi apabila ditawarkan filem komedi ini, saya sangat teruja. Saya belum pernah bertemu Adam Sandler, tetapi kami sering berbalas e-mel. Selepas filem ini, barulah saya akan kembali ke set penggambaran musim terbaru "Game Of Thrones" yang akan bermula pada Julai akan datang.

Dalam "Game Of Thrones", adakah pelakon akan diberi amaran sebelum watak mereka dimatikan?
Ramai yang telah membaca buku tersebut termasuklah beberapa pelakon, jadi ianya tidak mengejutkan mereka. Namun saya tidak pernah membaca buku itu langsung. Saya adalah jenis yang tidak boleh membaca buku selepas menonton filem. Saya mahu rasa teruja seperti mereka yang akan menonton siri tersebut.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda!
Sama-sama dan jumpa lagi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 11:28 AM | Show all posts
suka pulak tgk gambar last yg berpegangan tgn tu..sweet je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2014 11:29 AM | Show all posts
redliner posted on 29-5-2014 11:28 AM
suka pulak tgk gambar last yg berpegangan tgn tu..sweet je.

ibarat mak dengan anak
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 12:12 PM | Show all posts
Aku suka sgt tengok dia ni dlm GOT.. Tyrion sgt comel.. Anak dia pun cute sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 12:25 PM | Show all posts
kumbang7 posted on 29-5-2014 11:29 AM
ibarat mak dengan anak

bapak, mak dgn anak. lol

tak baik la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.150109 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list