CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22188|Reply: 142

Bukan Taraf Saya Hendak Bergaduh Di Twitter - Faezah Elai

[Copy link]
Post time 5-6-2014 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Faezah Elai: Bukan Taraf Saya Hendak Bergaduh Di Twitter


Niatnya baik, cuba membantu dan memberi kerjasama sehabis baik sepanjang bersiaran. Namun gara-gara tegurannya, tidak fasal-fasal Faezah Elai dipersalahkan. Lebih tepat, pelakon itu dikatakan penyebab rakan pengantaranya yang juga merupakan salah seorang peserta program realiti Ikon Siarawan iaitu Alia tersingkir.

Keadaan terus panas apabila Faezah Elai didakwa berperang di Twitter dengan seorang penonton yang tidak berpuas hati dengan keputusan penyingkiran tersebut dan terus menyalahkan pelakon itu.

Menurut ibu anak satu ini, dia tidak bergaduh dengan penonton tersebut sebaliknya sekadar bertanya dan meminta penjelasan ekoran dia dikatakan bersikap tidak profesional.

“Peserta tersebut pula diberikan tugasan sebagai pengacara jemputan program Femininkendalian saya. Sepanjang siaran itu, mulanya saya memang bagi dia peluang untuk bercakap tapi tak sangka pula dia terlalu banyak bercakap sampai lah dah nak keluar ending kredit. Jadi saya tiada pilihan saya terpaksa cakap potong cakap dia”

“Tentang tweet itu pula, bukan berperang pun tapi saya cuma bertanya kembali kepada orang yang tweet saya itu, tentang kenapa dia berkata saya tidak profesional. Sejujurnya saya tidak menonton program Ikon Siarawan itu, jadi saya kurang jelas apa yang pengikut di Twitter itu cuba katakan kepada saya”

“Katanya, saya tidak profesional. Saya tanyakan pada dia yang dia tonton tak Feminin sewaktu giliran peserta itu dan saya sedang kendalikan itu. Itu sahaja,” kata Faezah Elai ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.

Isteri kepada pengarah drama terkenal, Heykal Hanifah ini ditemui pada majlis pelancaran Jalan-Jalan Minum Kopi Malaysia Bersama Selebriti, bertempat di The Weld, Kuala Lumpur semalam.

Tambah Faezah, tidak ada sebab untuknya mencetuskan pergaduhan dengan penonton terbabit. Tidak mahu memanjangkan hal tersebut, Faezah menganggap ianya itu telah selesai memandangkan penonton itu telah memohon maaf daripadanya.

“Bukan taraf saya nak gaduh dengan dia. Tapi apa pun, perkara itu dah selesai sebab penonton itu pun dah minta maaf,” katanya ringkas.

Memilih Karya Selepas Lahir Anak Sulung

Mengenai perkembangan karier seni pula, selain sibuk mengendalikan program di saluran RTM1, Feminin, sejak Januari lalu, Faezah baru saja selesai menjalani pengambaran sebuah telemovie yang menggandingkannya bersama pelakon Afiq Muiz.

“Buat masa ni fokus saya memang pada Feminin. Program tu setiap Isnin hingga Khamis tapi saya tidak lah bersiaran setiap hari, ada giliran yang ditetapkan. Selain tu, saya baru habis penggambaran sebuah telemovie. Maaf, saya lupa sangat judul telemovie itu tapi dalam drama tu saya bawa watak ala-ala tomboy,” tuturnya.

Dalam pada itu Faezah juga memberitahu, sejak melahirkan anak sulung yang diberi nama Dealova Heyrinna yang kini berusia setahun lebih, dia kini semakin memilih watak dan drama yang ditawarkan memandangkan dia perlu juga menguruskan keluarganya.

“Sebenarnya tawaran belakon banyak, tapi saya dah mula kena memili sesuai dengan status saya sebagai ibu. Saya juga perlu beri tumpuan pada anak dan suami. Jadi saya hanya boleh jalani penggambaran sehingga jam 11.00 malam sahaja”

“Kalau sesebuah produksi itu boleh terima syarat saya, saya akan terima tawaran mereka tapi itupun bergantung juga pada watak yang ditawarkan pada saya,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2014 01:06 PM | Show all posts
yela...yang satu lagi ummah local....kasta tinggi sikit drpd kasta mamak kutty...
#bimboatherbest
#kutty
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 01:09 PM | Show all posts
kenapa muka dia scary dalam gambar tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 01:12 PM | Show all posts
rayna_raynes posted on 5-6-2014 01:09 PM
kenapa muka dia scary dalam gambar tu?

sbb dia DKK dan DKK klau mekap sure tebal and look bizarre
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 01:14 PM | Show all posts
Bukan taraf saya nak gaduh dengan dia


bongkaknyer statement ni..ko pikir jd artis tu sama level dgn org yg dh belajar tinggi2 yg amik masa bertahun2 nk jd doktor, engineer, lawyer, professor semua tu?
kalo taraf tu digantikan dgn prinsip ke..keperibadian ke.. manis sikit bunyi dia...hish
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 01:29 PM | Show all posts
♫...ikan kekek mak iloi iloi
ikan gelama faezah elai elai...♫
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2014 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke x penah gado kat Twitter? Amnesia dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 01:38 PM | Show all posts
kira baguslah sebab pelakon itu pun dah siap minta maaf sekali.
kalau gaduh di twitter alahai nampak sangat lah low class tahap bawah sikit kasta dari kambing.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2014 02:09 PM | Show all posts
bukan ko mmg kaki gaduh ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 02:11 PM | Show all posts
fuh, tinggi btol tarap dia ye.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 02:31 PM | Show all posts
Dah mcm doll bergerak
To me tak lawa la. tak nampak lembut.  Betol mcm doll kejung jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 02:38 PM | Show all posts
macam kasta tinggi sangat cakap pasal taraf bagai...

lupe lak taraf dia gado depan2..tarik2 rambut bagai..tak pun main rampas-rampas..tinggi sangat la taraf kau tu

dia ni fefeeling pelakon gred A ke ape Last edited by bottombikini on 5-6-2014 02:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 03:03 PM | Show all posts
bottombikini posted on 5-6-2014 02:38 PM
macam kasta tinggi sangat cakap pasal taraf bagai...

lupe lak taraf dia gado depan2..tar ...

rasernyer idop  "mak J" hubby die kan?? die punyer ex pun aktif benor meniaga and dok post gambo anak kat ig.. bukan die nie pun tarap kaki gaduh aper?? soarang lagi retis amnesia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 03:11 PM | Show all posts
Rambut btui ka extension tu..x penah tgk rncgn ikon sawan mawan bagai ni...cam skema jahh  
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ada thread ttg dia ni jd pengacara ckp lebih and xde otak ke seblom ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 03:36 PM | Show all posts
Kurus sgt die nie skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2014 03:36 PM | Show all posts
samshik posted on 5-6-2014 03:03 PM
rasernyer idop  "mak J" hubby die kan?? die punyer ex pun aktif benor meniaga and dok post gambo a ...

retis mesia memang manjang amnesia noks...

mek..selama ini menghilang kenape? rehat bergusip atau dipaksarela 'berehat'? hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 03:43 PM | Show all posts
org Penang mmg suka gaduh dan kasar ya? sorry mengeneralasi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 03:50 PM | Show all posts
sdh la kau...kari kuat!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2014 03:51 PM | Show all posts
stania83 posted on 5-6-2014 03:43 PM
org Penang mmg suka gaduh dan kasar ya? sorry mengeneralasi.

set-set DKK je yang suka gaduh. Nasir Wahab orang penang jugak tak de gado-gado pun

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.105687 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list