CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Neelofa OFFICIALLY berhijab?#pg15 / KISAH HIJRAH LOFA #pg34

[Copy link]
Post time 9-8-2014 05:05 AM | Show all posts
solstice posted on 8-8-2014 11:42 PM
http://www.youtube.com/watch?v=tZ6gGMF5TTI&feature=youtu.be

Comel lofa masa shoot cover remaja

FUTO..SEXY GAK BTS NI..
Yg lelaki lembut2 yg duk pegang2 dia tu tetap lelaki kan?
haha....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2014 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Usah cemar niat asal boikot

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua pembaca setia Nota Neelofa. Alhamdulillah, minggu ini sekali lagi Lofa berkesempatan berkongsi rasa dan cerita dengan pembaca semua.

Macam mana semua? Masih lagi dengan mood beraya? Raya tu, rayalah juga. Kesihatan jangan diabaikan ya. Makan banyak sangat ketupat, lemang rendang pun tak bagus juga.

Kalau dah memang ‘hantu’ makan makanan raya yang tak boleh dibendung tu, satu saja nasihat Lofa. Lepas makan jangan lupa bersenam, bakar apa yang patut.

Minggu ini Lofa tak nak bercerita mengenai raya. Dah banyak sangat cerita, nanti pembaca bosan pula. Lofa nak berkongsi pandangan peribadi mengenai satu isu yang memang sangat hangat diperkatakan. Apa lagi kalau bukan boikotUmum mengetahui nasib saudara kita di Palestin yang ketika ini berjuang berhabis-habisan mempertahankan kedaulatan tanah air mereka. Berat mata memandang, berat lagi bebanan yang terpaksa mereka pikul.

Lofa secara peribadi sangat tersentuh dengan apa yang berlaku. Lebih menyayat hati apabila anak kecil yang tidak berdosa dan tidak faham apa itu erti perang, terpaksa menerima akibatnya.

Saban hari ada saja berita dan gambar mangsa peperangan tersebar di laman sosial. Perkara ini sangat meruntun jiwa. Menyedari perkara ini semakin keterlaluan dan melampau, Alhamdulillah atas inisiatif pihak bertanggungjawab, satu gerakan ‘boikot’ diwujudkan.

Ia bertujuan melemahkan pihak lawan dengan pendekatan tekanan ekonomi (economy pressure). Bagi Lofa, langkah diambil sangat bijak memandangkan zaman sekarang berperang bukan hanya menggunakan senjata, sebaliknya ilmu juga penting.

Namun sayang, niat asal boikot sedikit dicemari dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang tidak memahami apa itu boikot. Lofa difahamkan, ada yang bertindak di luar batasan dengan menyerang premis yang ada dalam senarai boikot.

Pembaca yang Lofa sayangi sekalian, Islam atau mana-mana ajaran suka kepada keamanan. Tindakan anda semua menyerang, sebagai contoh, pekerja makanan segera yang hanya bekerja atas dasar untuk menyara kehidupan, sangat tak wajar.

Nasib kita semua tidak sama. Mengapa dia bekerja di tempat makanan segera itu? Mungkin atas faktor terdesak untuk menyara kehidupan keluarga atau itu saja kerja bersesuaian.

Setuju tak jika Lofa katakan tindakan menyerang pekerja itu lebih kepada menzalimi berbanding berdakwah. Anda sudah menutup pintu rezeki yang berkemungkinan punca pendapatan keluarganya.

Itu baru satu hal, belum lagi masuk bab ada organisasi yang entah mana timbul dengan tiba-tiba tampil anjurkan piket jalanan dan sebagainya.

Lofa tak nafikan kita perlu tunjukkan sokongan terhadap saudara kita di Palestin tapi sayangnya, piket di jalanan kebanyakannya berakhir dengan keganasan.

Nanti lain pula jadinya. Sibuk nak tolong orang, nanti kita sesama rakyat Malaysia pula berpecah-belah. Kita sekarang berada di era teknologi di mana setiap maklumat tersebar dengan sangat pantas. Maklumat dapat dicapai di hujung jari.

Lofa sebagai pengguna tegar media sosial banyak mendapatkan berita berkaitan Gaza di laman sosial, tapi inilah penyakit kita. Penyakit ‘keyboard warriors’.

Segelintir daripada kita suka sangat sebarkan benda yang tak pasti kesahihannya hingga jadi satu hal lain iaitu bergaduh sesama pengguna sosial media.

Nasihat Lofa, hentikan penyebaran berita tak benar dan tidak perlu susah payah berlumba-lumba nak jadi orang pertama menyampaikan berita.

Seperkara lagi, kalau boleh elak (bukan kalau, tapi wajib elak), usah berkongsi gambar menyayat hati mangsa peperangan. Jadilah pengguna sosial yang bijak.

Ingat, selepas insiden MH370 dan MH17, Malaysia kini di mata dunia. Di sekeliling kita ada saja mata yang memerhati, menanti apa yang berlaku di Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu padu, tunjukkan semangat setiakawan kita kepada dunia. Ini tidak, baru isu boikot, dah bergaduh sana sini.

Bagi yang membaca artikel ini pasti tertanya-tanya, sebenarnya Lofa sokong ke tak boikot ni? Jawapannya, Lofa sokong 100 peratus tapi Lofa pilih cara lebih berhemah.

Jika benar senarai barang boikot seperti didakwa, Lofa lebih selesa memilih untuk berhenti mengguna, melanggan dan bekerjasama dengan produk itu.

Tak perlu rasanya nak memaki hamun, berpiket di jalanan, hanya semata-mata nak tunjuk lagak. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Walaupun kecil usaha kita, insya-Allah jika dipermudahkan, besar impaknya nanti.

Seperkara lagi, sebab boikot pun, sesama kita ada yang bergaduh bermasam muka. Contohnya, A tuduh B tidak peka dengan isu boikot, manakala B pula tuduh A terikut-ikut dengan trend semasa.

Masing-masing tak nak mengaku kalah lalu saling berbalah. Hello cik adik, cik abang, boikot tidak semestinya perlu ditunjukkan secara fizikal. Tidak semestinya perlu berlagak ‘cool’ konon tiada apa yang berlaku.

Seharusnya kita perlu tunjukkan keprihatinan kita terhadap isu ini.

Siapa betul, siapa salah bukan persoalan. Yang penting, tunjukkan kita peka dan jika tidak mampu berbuat apa yang besar, doakan ada.

Lupakah kita yang doa adalah senjata terkuat kita umat Islam? Insya-Allah jika kita ikhlas berdoa, niat kita akan dipermudahkan. Selitkan sedikit doa kita buat Gaza di dalam solat. Tak rugi pun, kan?

Sebelum Lofa akhiri Nota Neelofa minggu ini, sedikit info yang nak disampaikan. Bila timbul krisis, pasti banyak badan sukarelawan tampil menghulurkan bantuan. Tidak kurang ada yang menubuhkan tabung bantuan.

Ini info yang Lofa baca, sebelum menderma, pastikan anda semak dulu status tabung dan organisasi itu. Zaman sekarang, baik jahat tak mengira masa dan tempat. Ada saja orang yang nak mengambil kesempatan.

Ingat, nak menderma, semak dulu. Okeylah dah macam penceramah bebas pula. Cukup setakat itu, jom keluar berhujung minggu bersama keluarga, eratkan hubungan dan jangan lupa sebarkan rasa cinta.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 08:44 AM | Show all posts
keith foo ni Islam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
angsaemas posted on 9-8-2014 08:41 AM
Usah cemar niat asal boikot

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua pembaca setia Nota ...

Thanks @angsaemas   
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 04:51 PM | Show all posts
Setepek dua gambar dr ig lofa:



noorneelofa thanks for having me @vivyyusof




noorneelofa Nahh.. Here's your kiss danny boy!

Gambar atas ni lofa kena hentam sbb pakai baju lengan jarang n tudung pn jarang jugak
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
angsaemas posted on 9-8-2014 08:41 AM
Usah cemar niat asal boikot

Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua pembaca setia Nota ...

Well said lofa... Kaka setuju sgt bab boikot tu... Unless korg bg gaji tiap2 bulan or carikan kerja ganti utk pekerja2 sykt yg nak diboikot tu barula boleh nak suruh2 org tu berenti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2014 05:19 PM | Show all posts
Wah vivy lps kawin dan pakai tudung tambah cantik
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 05:44 PM | Show all posts
kakasotong posted on 9-8-2014 04:51 PM
Setepek dua gambar dr ig lofa:

Rasanya lining dia je tu kot skin color....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2014 06:28 PM | Show all posts
kakasotong posted on 9-8-2014 04:51 PM
Setepek dua gambar dr ig lofa:

Baju ni nampak jarang bila kena flash camera.
Keyboard warrior ni mmg x reti tgk saja ka , mesti nk mengutuk juga walau sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 06:30 PM | Show all posts
angsaemas posted on 8-8-2014 08:49 PM
Haha ..tgok erma komen cari lopa ..mesti ada sesuatu .iols sbnrny pling suke kalo khabir bathia me ...

nokss, dollah superstar tu arahan kabir leh la tgk hasilnya nnt hehe..
pastu filem pendek dia dgn rusdi ramli tu bila nak tayang eh? Last edited by shachihata33 on 9-8-2014 06:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 07:10 PM | Show all posts
shachihata33 posted on 9-8-2014 06:30 PM
nokss, dollah superstar tu arahan kabir leh la tgk hasilnya nnt hehe..
pastu filem pendek dia dgn ...


kickdefella @syedazidi     ·   Jul 24   

Akan ditayang di Edinburgh pada 16-25 Ogos 2014 semperna Masters Degree Show, Edinburgh Arts Festival @rahimzali



https://pbs.twimg.com/media/BtWQoq5CcAASsam.jpg:large
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 07:15 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 07:46 PM | Show all posts
sat lagi ada yg kata Lofa very the hipo...pdhal baju yg jarang tu ada baju lagi didlmnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 12:56 PM | Show all posts
Comel jer lofa kat melodi tadi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
elamor posted on 10-8-2014 12:56 PM
Comel jer lofa kat melodi tadi

Nak kena di Tonton ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lofa dlm nona ..sweet gila
Suka tgok dua2 ni pkai hijab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2014 02:30 PM | Show all posts
Neelofa nak undur diri?


CANTIK sungguh Neelofa sejak bertudung penuh. Syed tengok bukan main ramai lagi peminat wanita ini yang gembira dengan perubahannya.

Dalam pada itu ada beberapa sumber yang rapat dengan pengacara ini mengatakan bahawa dia bakal meninggalkan program MeleTOP sebaik sahaja musim ini berakhir.

Betul ke? Syed terkejut juga sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja dia mahu mengundurkan diri.

Menurut sumber ini lagi khabarnya Neelofa merasakan dirinya kurang sesuai lagi untuk mengendalikan rancangan hiburan apatah melibatkan cerita gosip dan sebagainya.

Jika benar Neelofa mengundurkan diri mungkin Nabil juga akan terkena tempias. Tak mustahil untuk mereka menggantikan tempat Nabil dengan orang lain juga.

Syed rasa gandingan Neelofa dan Nabil memang cukup sesuai dan sepadan. Lagi pun peminat memang suka dengan mereka.

Lagi satu rancangan MeleTOP pun bukannya memaparkan rancangan gosip yang melampau, rasanya kalau Neelofa terus mengendalikan rancangan ini pun tak mengapa.

Khabarnya lagi ada nama yang sudah dipilih oleh pihak produksi jika gandingan Neelofa-Nabil digugurkan. Siapakah orangnya?

Syed: Sedih tengok kutipan tiket filem Tembus. Mana silapnya?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... diri?#ixzz39y5Ix2aq
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tenguk Nona sat tadi...encem pulak anak lelaki istimewa Zarina Zinudi  n Chef Liza

Ok bye
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 03:04 PM | Show all posts
kakasotong posted on 9-8-2014 04:51 PM
Setepek dua gambar dr ig lofa:

semoga Allah memberikan dia kekuatan untuk mengharungi perubahan untuk biasakan yang betul, betulkan yang biasa. amiiinnnn
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 03:12 PM | Show all posts
She-eh posted on 10-8-2014 02:30 PM
Neelofa nak undur diri?

Bagus la tu lofa nak undur diri. Rancangan2 mcm meletop ni xsesuai dihostkan oleh orang yg btudung mcm lofa nih. Nmpk awkward. Baik undur diri awal2 sblum org hentam u lofa. Iols mcm nmpk calon pmpuan sesuai yg boleh ganti lofa ni jihan. Host lelaki iols xnmpk lg sapa.

Iols tertarik dgn notakaki utusan kat bwh tu. Tembus xdpt sambutan puncanya pn dari mat deham sndiri. Ckp membangga diri mendongak langit sgt. Nah amik tuhan xbg langsung mcm apa yg diharapkan. Padan muka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.699514 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list