CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3900|Reply: 7

Tuah Charlize Theron

[Copy link]
Post time 17-6-2014 12:40 PM | Show all posts |Read mode



MENERUSI filem The Devil Advocate pada 1997, gadis kelahiran Afrika Selatan, Charlize Theron mula cuba mencipta nama sekali gus menumpang gemerlapan dunia bintang Hollywood.

Masakan tidak, sebagai ‘orang luar’, keupayaan Theron bersaing dengan barisan pelakon baharu Amerika Syarikat (AS) begitu perit.

Malah, dia terpaksa meredah rintangan dan cuba memperlihatkan kemampuan luar biasa supaya lebih menonjol daripada bintang muda lain.

Sebaik sahaja mendapat tawaran dalam filem pertama itu, dia terpaksa mengikis telo pertuturan Afrika Selatannya dan mula belajar telo AS.

Untuk itu, dia menonton TV berjam-jam sehari dan mendengar radio serta menyanyi lagu-lagu AS sebanyak mungkin. Begitupun, Theron tetap menganggap dirinya bertuah kerana mempunyai banyak budaya.

Berbanding dengan pelakon jati AS, dia mengenal budaya lain selain budaya sekelilingnya dan ini memudahkan Theron mendapat peluang untuk menjiwai karakternya.

Aktres berusia 38 tahun ini, kemudiannya berlakon dalam filem 2 Days In Valley pada 1996, Sebaik sahaja menghabiskan filem tersebut, dia terus ditawarkan dalam filem arahan Tom Hanks, That Thing You Do (1996), sebagai Tina, teman wanita kepada salah seorang ahli kumpulan 60-an.

Bakat lakonannya terus berkembang dan dia mula muncul dalam filem-filem pecah panggung seperti Hollywood Confidential (1997), Trial & Error (1997), Mighty Joe Young (1998), Sweet November (2001), The Italian Job (2003), Hancock (2006), The Burning Plain (2008), Snow White & the Huntsman (2012) dan Two Eyes Staring (2013).

Ternyata, kekasih Sean Penn ini berjaya mencipta nama di AS sehingga membawa pulang banyak anugerah seperti Anugerah Oscar dan Anugerah Golden Globe bagi kategori Aktres Terbaik.


Penuhi komitmen watak

Jumlah pelakon yang memberi 100 peratus komitmen terhadap watak yang dibawa boleh dikira jumlahnya.

Keupayaan mereka untuk memainkan watak dan personaliti berbeza memerlukan mereka membuat perubahan yang sangat ketara dan Theron adalah salah satu daripadanya.

Bagaikan sudah menjadi kebiasaan buat pelakon di sana, transformasi gila ini jelas bukan lagi kekangan terbesar buat mereka, malah perubahan begitulah meletakkan seseorang aktor mahupun aktres dalam liga tersendiri.

Bagaimanapun, semuanya terletak pada kesanggupan mereka saja sama ada rela atau tidak kerana sememangnya proses mencipta ‘orang lain’ pada diri mereka bukan semudah disangka.

Aktres ini mengejutkan ramai peminat ketika menjayakan  watak sebagai bekas pelacur dan pembunuh bersiri, Aileen Wuornos dalam filem Monster pada 2003.

Selain menggunakan teknik mekap untuk menghidupkan peranannya, Theron menaikkan berat badannya sebanyak 14 kilogram.

Itu pun Theron masih tidak berpuas hati kerana kalau ikutkan, watak Aileen itu lebih teruk di mana badannya dipenuhi dengan bekas parut. Lalu jurusolek terpaksa menggunakan teknik mekap ke kulitnya. Akhirnya Theron berjaya membolot trofi Aktres Terbaik pada Oscars 2003.

Kini, pelakon jelita itu mengambil keputusan memotong rambutnya sehingga botak demi memenuhi watak dalam filem terbaharunya, Mad Max 4: Fury Road yang dijangka akan ditayangkan pada 2015.

Theron dilihat dengan imej terbaharu itu semasa membawa anak angkatnya, Jackson bersiar-siar di kawasan kediamannya di Beverly Hills, AS pada Isnin lalu.

"Pada awalnya semua paparazi hampir tidak mengenali dirinya kerana dia menutup kepala dengan topi, namun setelah melihat dia mengendong Jackson baru kami sedar itu adalah Charlize Theron," ujar paparazi yang mengekorinya.

Theron bukanlah artis pertama yang mengubah gaya rambut untuk filem kerana baru-baru ini, pelakon Anne Hathaway turut memotong rambutnya untuk peranan dalam sebuah filem.

Selain Theron, artis lain yang juga memberikan komitmen penuh terhadap watak yang dibawakan adalah seperti George Clooney, Russell Crowe, Johnny Depp, Linda Hamilton dan Tom Hanks.


Tampil aksi komedi

Dalam perkembangan terkini, Theron akan muncul dalam filem aksi komedi bercorak koboi, A Million Ways To Die In The West yang bakal menjengah pawagam tempatan pada 12 Jun.

Theron muncul sebagai bintang utama bergandingan dengan Amanda Seyfried, Liam Neeson, Giovanni Ribisi, Neil Patrick Harris, Sarah Silverman dan  Rex Linn.

Lebih menarik, apabila Seth MacFarlane bukan saja bertindak sebagai pengarah tetapi sebagai pelakon utama, penulis dan penerbit.

A Million Ways To Die In The West mengisahkan seorang petani pengecut yang kehilangan teman wanita selepas dia menarik diri daripada pertarungan.

Dia cuba memujuk kembali teman wanitanya dengan meminta pertolongan daripada gunslinger tetapi dia terpaksa memasuki satu perlawanan bersama gunslinger itu yang terkenal dengan kegiatan jenayahnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2014 01:08 PM | Show all posts
Cantik dan berbakat. I like her
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 02:08 PM | Show all posts
aku minat betul dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2014 03:58 PM | Show all posts
cantiknya charlize theron
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 07:27 PM | Show all posts
i love her. she's very pretty.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 04:40 PM | Show all posts
tak sia2 dia merantau dari afrika selatan ke hollywood utk menjadi seorg pelakon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2014 05:31 PM | Show all posts
shes one talented actress.. memang suke her acting lebih2 lagi masa beliau belakon dlm filem 'monster'..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 09:24 AM | Show all posts
yeaa..i also love her acting..she dalam 'monster' , memang sangat unbelievable!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.061411 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list