CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4819|Reply: 16

Sisi berbeza Mark Wahlberg

[Copy link]
Post time 23-6-2014 05:53 PM | Show all posts |Read mode


JIKA dikaji, kebanyakan filem lakonan  atau nama pentasnya Mark Wahlberg di layar perak lebih kepada aksi.

Malah, bakat lakonannya juga mula terserlah menerusi filem bergenre aksi, Boogie Nights yang ditayangkan pada 1997.

Sejak itu, aktor berusia 43 tahun ini, rancak membintangi filem bergenre sedemikian seperti Three Kings (1999), The Corruptor (1999), The Perfect Storm (2000), The Yards (2000), Planet of the Apes (2001), The Truth About Charlie (2002), I Heart Huckabees (2004), Four Brothers (2005), The Departed (2006), Shooter (2007), We Own The Night (2007), The Happening (2008) dan Max Payne (2008).

Kekerapan membintangi filem bercorak aksi menjadikan Wahlberg bukan dikenali sebagai pelakon yang boleh membuatkan penonton ketawa dengan lakonannya di layar perak.

Malah, beberapa lakonan yang dibintanginya seperti Invincible (2006), The Lovely Bones (2009), The Fighter (2010), Contraband (2012), Lone Survivor (2013) dan Broken City (2013).

Begitu pun, sebagai aktor serba boleh, Wahlberg menunjukkan keupayaan dalam filem berunsur komedi atau humor menerusi filem The Other Guys (2010), Date Night (2010) Ted (2012), Pain & Gain (2013) dan 2 Guns (2013).

"Saya mahu mencuba semuanya dan saya mahu melakukannya. Jika saya bijak memilih dalam apa yang saya buat, maka hasilnya baik," katanya yang juga seorang penerbit.

Biarpun Wahlberg berlakon dalam filem komedi, namun filem berkenaan turut menyelitkan elemen aksi dan jenayah.

Minat dengan Malaysia?

Filem The Italian Job yang ditayangkan pada 2003, menyebabkan aktor utamanya, Wahlberg berhasrat meneruskan sekuelnya, The Brazilian Job.

Lebih menarik, apabila Wahlberg berhasrat menjalankan penggambaran sekuel filem berkenaan di Malaysia.

Dia juga berminat menghubungi pihak berkuasa di Malaysia bagi mendapatkan sokongan penggambaran di negara ini.

"Sebenarnya sudah lama dan banyak kali saya bercakap mengenai rancangan untuk membuat sekuel filem itu.

"Saya berminat untuk menghubungi Kerajaan Malaysia jiks saya boleh melakukan penggambaran sebahagian daripada filem berkenaan di Malaysia," katanya.

Tambahnya, Malaysia dipilih sebagai lokasi penggambaran berdasarkan faktor keindahan dan tarikan pelancongannya.

"Saya tahu Malaysia adalah tempat yang cantik dan ia (penggambaran filem ini) akan menarik lebih ramai pelancong ke sana," katanya.

Pembikinan sekuel filem The Italian Job pernah beberapa kali diperkatakan sejak 2004 dan kali terakhir dibangkitkan Wahlberg dalam satu temu ramah pada 2012 yang menyatakan bahawa skrip The Brazilian Job sedang diperkemas bagi memastikan filem itu lebih baik daripada filem pertamanya.

The Italian Job yang membabitkan kos pembikinan AS$60 juta (RM197 juta) dan berjaya menghasilkan kutipan sebanyak AS$176 (RM578 juta).

Filem arahan F Gary Gray yang ditulis oleh Wayne dan Donna Powers serta diterbitkan Donald DeLine itu turut menampilkan Charlize Theron, Edward Norton, Seth Green, Jason Statham, Mos Def dan Donald Sutherland.

Pembikinan semula filem Britain, The Italian Job 1969 itu mengisahkan sekumpulan pencuri yang merancang untuk merampas semula emas dilarikan oleh sekutu mereka yang belot.

Teruja bintangi Transformers

Dalam perkembangan lain, Wahlberg bakal tampil dalam sekuel keempat Transformer iaitu Transformers: Age Of Extinction menerusi watak Cade Yeager.

Selain Wahlberg, filem arahan Michael Bay ini turut menampilkan Jack Reynor, Nicola Peltz, Kelsey Grammer, Sophia Myles, Stanley Tucci, Li Bingbing dan T J Miller.

Akui Wahlberg, dia sangat teruja kerana dapat berlakon dalam filem ini.

"Filem ini memerlukan kekuatan fizikal. Bay beri kebebasan kepada saya hidupkan watak.

"Saya tahu apa yang dia nak dan apa yang dia cari. Kami saling menghormati dan menghargai cara dan hasil kerja masing-masing," katanya.

Keterujaannya bertambah apabila empat anaknya iaitu Elle, Michael, Brendan, dan Grace berpeluang muncul secara cameo di dalam filem berkenaan.

Nantikan kisah epik dan pertarungan antara kejahatan dan kebaikan serta kebebasan ini akan terjawab mulai 26 Jun ini!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 08:03 AM | Show all posts
Malah, bakat lakonannya juga mula terserlah menerusi filem bergenre aksi, Boogie Nights yang ditayangkan pada 1997.


Boogie Nights cerita genre AKSI? Setahu aku aksi tak berpakaian atas katil ada la..... Reporter mana buat research ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 10:22 AM | Show all posts
mark wahlberg nie semua citer die aku layan
kire sesuai la die belakon aksi,
badan solid semua
xmcm citer malay aksi, badan lidi pukul brader badan beso melayang
kalah citer tamil
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 11:44 AM | Show all posts
hensem + berbakat
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 04:22 PM | Show all posts
senyuman dia manis...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 08:30 AM | Show all posts
suka lakonan beliau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2014 06:15 PM | Show all posts
tak pernah tgk filem2 dia sebelum ni ...
but he looks cool in Transformer ...

hensem plak Nampak..
mmmm part mana yg ada anak2 dia as cameo tu cer tepek kat sini ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2014 06:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2014 06:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2014 12:27 AM | Show all posts
dalam cerita the other guys kelakar gila dia ni. "im a peacock" lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2014 01:08 AM | Show all posts
sibbaik ada abang yg prihatin...kalu tidak, taktaulah jadi apa dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2014 04:02 PM | Show all posts
lone survivor..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 12:01 PM | Show all posts
Dlm transformers tu sgt la hot
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2014 04:21 PM | Show all posts

dia ni dulu ahli kumpulan New Kids On the Block ngan abang dia Donnie Wahlberg masa thn 80an-90an..tp kejap je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
syasb posted on 30-6-2014 12:01 PM
Dlm transformers tu sgt la hot

best x transformer?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2014 10:46 AM | Show all posts
tetulipbiru posted on 4-7-2014 10:07 AM
best x transformer?

best uolss, sebak dada time prime kena tembak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2014 05:13 PM | Show all posts
alphawolf posted on 24-6-2014 08:03 AM
Boogie Nights cerita genre AKSI? Setahu aku aksi tak berpakaian atas katil ada la..... Repo ...

hahhaah lawak bila dgr cite Boogie Night tu.. cite censored.
Teringat dia create satu nama lawak 'dick digler' tak silap... lama dah cite ni..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.089774 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list