CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Pengisian rohani Ramadan Noh, Nina (pg.7)

[Copy link]
Post time 6-7-2014 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sempat tgk romantika noh n nina. oh my, ada rasa lapang di dada bila tgk mereka. jika ditetapkan Allah akan ada rezeki zuriat buat mereka mudahan diperlekaskan. tapi sekiranya Allah tetapkan tiada zuriat bagi mereka, mudahan mereka terus saling berbahgia dalam rasa cinta kerana Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2014 11:16 PM | Show all posts
kan uols...best sangat! Noh tetap gedik Nina tak kaver2 cun kan, i loikeee...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 11:17 PM | Show all posts
suweeett sgt...
alahai.. tgk romantika diorg ni ak plk yg asik tersenyum...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 11:22 PM | Show all posts
Semoga berbahagia. Sweet sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 11:46 PM | Show all posts
tadi tengok romantika......sooo sweettt......memang bagus perubahan dia...mekap pon kurang
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 11:59 PM | Show all posts
Knowlee posted on 6-7-2014 01:40 PM
Manusia semua akan berubah, tapi sama ada ke arah lebih baik atau ke arah lebih buruk. Alhamdulillah ...

itulah kagum sekali dengan mizz nina.  bila dia mula-mula berhijab, sebagai peminat rasa gembira sekali apatah lagi beliau berhijrah tanpa sebarang publisiti..lepas tu tengok cara dia berpakaian, berkelakuan, usaha untuk mendalami Islam mencerminkan keiikhlasan beliau.  rasa kagum dan segan sekali.  semoga mizz nina terus beristiqimah dan berbahagia bersama suami tercinta hingga ke jannah.  harapan yang sama untuk natasha hudson.  memang tak sangka mizz nina dan natasha hudson berubah dengan mendadak dan mereka lakukan tanpa publisiti. sebab itu mungkin dianugerahi suami yang baik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2014 09:05 AM | Show all posts
so sweet moga kekal bahagia hingga ke jannah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 10:36 AM | Show all posts
memang best la romantikan noh-nina nie...
x mcm romantika retis2 lain...
asal ada ucapan utk pasangan masing2 mst nak nangis..
pastu pelok2 x abes...
tengok noh-nina rilek jer...
walaupun xde nak pelok2 bagai,nangis ke apa
diaorg tetap sweet..aku yg tengok nie pon leh sengih sorg2..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2014 11:16 AM | Show all posts
ryshaNur posted on 4-7-2014 11:10 AM
betul tu u, anak org kaya yang humble, xde nak menayang chanel segala kan

Alhamdulillah.. Allah berikan die hidayah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 11:18 AM | Show all posts
yayaji posted on 4-7-2014 12:06 PM
nina mmg anak millionaire pon + kerabat, tp bukan ke noh pun anak org ada-ada jugak kat sarawak sa ...

ye ke?? hehehe.... tak taulah plak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 12:50 PM | Show all posts
pernah jumpa noh n aizat together kat restoran dgn geng2 dia..
anak aku nak sgt bergambar dgn dia..
takutnya nak approach..
sbb ada yg kata noh ni x friendly...
skali punyalah sporting....
dpt ambik gmbr 2-3 shot lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2014 08:38 PM | Show all posts
suka tengok couple nih..
harap kekal sampai bila2, dan jadi inspirasi pada orang lain..

terutama pada golongan holier than thou..
yang merebak bagaikan kanser dalam masyarakat melayu..
yg selalu perasan diri mereka lebih Isle dari orang lain..

Last edited by capiloton on 7-7-2014 08:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 12:57 AM | Show all posts
Bulan ramadan ni memang emosi lebih sikit, tengok video ni je pun dah mencurah-curah air mata keluar


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2014 07:50 AM | Show all posts
Pengisian rohani Ramadan Noh, Nina


NINA dan Noh memberitahu, Ramadan ini memberi mereka peluang menunaikan solat sunat tarawih di masjid yang berbeza-beza selain menambah ketakwaan kepada Ilahi sepanjang bulan mulia ini.


MEMASUKI tahun ketiga menyambut Ramadan bersama selepas bernikah pada 1 Julai 2011, Shazrina Tan Sri Azman atau lebih mesra disapa Nina dan juga suaminya, Noh Salleh menganggap pengisian Ramadan mereka tahun lalu begitu berbeza.

Beza yang dimaksudkan apabila pasangan ini lebih banyak mengabdikan diri di masjid menunaikan solat sunat tarawih selain menyambut bulan mulia itu dengan aktiviti-aktiviti ibadah.

Bukan sahaja ketika Ramadan, Nina melanjutkan pengabdiannya menjadi Muslimah sejati apabila mengambil keputusan memakai hijab selepas menunaikan haji sekitar Oktober tahun lalu. Bahkan, perubahan Nina itu turut memberi kesan kepada Noh apabila vokalis kumpulan Hujan itu mengakui lebih banyak mendekatkan diri kepada Tuhan selain melaksanakan ibadah Ramadan dengan sempurna pada tahun lalu.

Untuk tahun ini, pasangan itu mahu Ramadan mereka diisi dengan lebih sempurna berbanding Ramadan tahun lalu.

"Ramadan tahun lalu benar-benar merubah hidup saya. Semuanya kerana Nina yang banyak mendorong saya," ujar pemilik nama sebenar Mohammad Noh Salleh itu ketika menjayakan sesi fotografi bersama Kosmo! sempena Ramadan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Memasang beberapa matlamat sempena bulan Ramadan ini, kongsi Nina pula, dia berhasrat mendirikan solat sunat tarawih sebanyak yang mampu.

Malah, penyanyi berusia 34 tahun itu juga berhasrat untuk menghafal sebanyak mungkin ayat-ayat al-Quran dan memahami maksud pada ayat tersebut.

"Alhamdulillah, bulan Ramadan bulan yang sangat istimewa sebab kita boleh buat tarawih di merata-rata masjid. Lebih istimewa, pada tahun ini juga penceramah terkenal dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk datang ke Malaysia. Beliau akan beri tazkirah setiap hari bermula 28 Jun di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

"Insya-Allah, saya akan ke masjid tersebut menunaikan solat tarawih dan mendengar tazkirah beliau. Selain itu, saya juga ingin menghafal lebih banyak ayat-ayat al-Quran dan memahami makna di sebalik ayat-ayat tersebut," ulasnya.

Biarpun Noh mahupun Nina sibuk dengan jadual kerja masing-masing, namun pasangan popular itu sentiasa mencari peluang untuk berbuka bersama.

Tidak membeli juadah di bazar Ramadan, Noh mengakui lebih senang membelinya di gerai Studio 5 yang terletak di Jalan Ampang, Selangor.

Bukan tidak selesa ke bazar Ramadan, jauh sekali memperlekehkan makanan-makanan yang dijual di situ. Sejujurnya, Noh tidak mahu larut dalam nafsu membeli pelbagai juadah yang lebih daripada kehendaknya sendiri.

"Bagi saya, bazar Ramadan itu boleh membuatkan kita lupa diri kepada tujuan utama mengapa kita perlu berpuasa. Kita akan fikir hendak beli pelbagai makanan dan akhirnya membazir.

"Kami hanya berbuka secara sederhana. Sekadar beli nasi bungkus di Studio 5. Memang saya hadkan kepada diri sendiri dan juga kepada Nina jangan beli lebih daripada apa yang kita mampu makan," luahnya.

Tidak hanya berbuka berdua, pasangan itu juga meluangkan masa untuk menjalani ibadah puasa bersama keluarga dan teman-teman.

"Kami akan berbuka puasa dengan keluarga atau teman-teman beberapa kali sepanjang bulan Ramadan. Selepas berbuka kami akan bersama-sama mendirikan solat tarawih," ujarnya yang lebih meraikan sambutan Ramadan berbanding Aidilfitri.

Raya lama di Sarawak

Beraya sebagai suami isteri untuk tahun ketiga, tahun ini Noh akan beraya di rumah keluarga Nina di Ampang dahulu sebelum pulang ke kampung halamannya di Miri, Sarawak pada malam pertama raya.

"Tahun lepas balik Sarawak beberapa hari sebelum raya. Kali ini, raya pertama kami adalah di Ampang. Masalahnya, raya di rumah keluarga Nina sekejap sahaja. Malam raya pertama itu kami sudah balik ke Miri pula," ungkap Noh.

Mengukuhkan penjelasan Noh, Nina memberitahu, raya di Selangor tidak begitu meriah seperti di Sarawak. Disebabkan itu, dia tidak kisah untuk beraya lama di rumah keluarga Noh.

"Raya pertama di Ampang cuma meriah pada hari pertama sahaja. Raya pertama itu kami sudah menziarah semua sanak saudara dan raya kedua sudah tiada apa-apa yang ingin dilakukan. Sebaliknya, raya di rumah keluarga Noh cukup meriah. Suasana meriah itu berlanjutan sehingga tujuh hari," jelas Nina dengan teruja.

Tanpa berselindung juga, Nina mengakui tidak pernah memasak untuk juadah hari raya kerana juadah-juadah tersebut akan disediakan oleh saudara-maranya.

Menekadkan hati untuk memasak juadah raya buat Noh suatu hari nanti, Nina turut berkongsi juadah raya yang terdapat di rumah keluarganya.

"Setiap tahun di rumah mak saya akan disediakan rendang, lontong, ketupat dan sambal lontong manakala di rumah Noh pula setiap tahun menunya berbeza.

"Kadangkala mak Noh akan masak spageti untuk juadah hari raya dan ada juga juadah laksa Sarawak termasuk pelbagai jenis kek lapis dan biskut," cerita Nina yang tidak lagi terlibat dalam aktiviti seni.

Tidak menjayakan mana-mana persembahan, Nina memberitahu, fokusnya kini adalah kepada perniagaan busana Muslimah iaitu Madeena.

"Saya juga sibuk dengan kelas-kelas ibadah. Kami juga baru berpindah ke rumah baharu di Ampang dan perlu menyusun atur barang-barang di kediaman kami. Dengan izin Allah juga mungkin selepas ini kami dikurniakan dengan cahaya mata," luahnya.

Sudah mencuba sejak tahun lalu, bagaimanapun rezeki tidak memihak kepada pasangan ini untuk memperoleh cahaya mata.

"Perancangannya sejak dari tahun lepas lagi, cuma tidak diberi peluang dan rezeki. Ada sebabnya yang tidak dapat kami kongsikan," luah Noh yang akan melancarkan album solonya yang berjudul Angin Kencang pada bulan Ogos depan.

Peribadi Nina


Dalam pada itu, Mizz Nina juga berkongsi pengembaraan rohani dan pengalaman yang dilaluinya ketika di New Zealand dalam program Always A Traveler - Reclaim Your Heart.

Program tersebut memuatkan suntingan ceramah daripada penceramah dan penulis buku popular, Reclaims Your Heart iaitu Yasmin Mohaged.

Teruja dan terharu dapat bertemu dengan Yasmin, Nina telah menceritakan kepada wanita hebat itu mengenai perubahan yang sedang dilalui dalam hidupnya.

"Saya menyingkap mengenai punca transformasi saya. Antaranya, pertimbangan yang perlu dibuat, pergolakan perasaan yang hadir dan intelektual yang dialami.

"Penonton juga dapat menikmati pemandangan kota Queenstown, New Zealand yang sangat memukau di sepanjang program ini," jelas Nina.

Tidak hanya luahan emosi, Nina juga beroleh ilmu daripada Yasmin dengan lebih mendalam tentang bagaimana untuk dia hidup supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak sihat.

"Selama tujuh hari di sana, saya banyak meluangkan masa dengan Yasmin. Saya pelajari lebih banyak tentang Islam. Apa yang menyentuh hati saya apabila kata-kata yang disampaikan kepada saya terus menangkap ke hati," luah Nina yang bakal membuka sebuah butik dan kafe di Galeri Empire Damansara.

Program Always A Traveler - Reclaim Your Heart telah mula ditayangkan sejak 5 Julai lalu, setiap Sabtu dan Ahad di Astro Maya HD (saluran 135).



Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 08:54 AM | Show all posts
cantik nye videography reclaim your heart
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2014 11:52 AM | Show all posts


mizznina1780   By @majstarsback "Please donate whatever you can at www.HelpGazaNow.com
#GazaUnderAttack #Palestine #Gaza #Brazil #Germany" via @PhotoRepost_app  5min

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 12:00 PM | Show all posts
tak sangka berubah sungguh nina sekarang.
ni contoh anak orang kaya yang terdidik oleh ibu bapa, yang tidak lupa daratan.
aku dulu attend kahwin dorang, masa kami berdoa utk kebahagian mereka.
now pun aku doakan lagi agar terus bahagia dan dikurniakan zuriat.
amin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 10:16 AM | Show all posts
achik2009 posted on 9-7-2014 07:50 AM
Pengisian rohani Ramadan Noh, Nina

Nak beribadah pada PENCIPTA pun banyak cekedak....nak heboh......tak boleh ambik slogan NIKE kah ?

JUST DO IT?

Perrrgghhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 10:18 AM | Show all posts
mawarputih2612 posted on 9-7-2014 12:00 PM
tak sangka berubah sungguh nina sekarang.
ni contoh anak orang kaya yang terdidik oleh ibu bapa, ya ...


It's a long journey...............TUHAN boleh beri hidayah...dan DIA juga boleh Tarik hidayah itu dari kita....

The most fundamental prinsip dalam beribadah ini adalah untuk melatih diri untuk menanam buadaya IKHLAS ....jangan seme  nak kena kasi tahu satu dunia...

Macam nak kena hentak je tau....

Boleh aku sambung lagi? Last edited by stinger_attack on 25-7-2014 10:20 AM

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 10:27 AM | Show all posts
Cookeelaat posted on 9-7-2014 12:57 AM
Bulan ramadan ni memang emosi lebih sikit, tengok video ni je pun dah mencurah-curah air mata keluar ...

Kalau solat tu tak diwajibkan keatas dirinya...mau dia sujud menyembah PENCIPTANYA?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.246993 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list