CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sepitsiput

Ramli MS berhutang album dengan Kak Pah, mahu langsai sbb dh byr abis

  [Copy link]
Post time 8-7-2014 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramlah Ram dulu dulu penah nyanyi lagu Sharifah Aini.. album istimewa bersama Ahmad Nawab.. leh dengok kat YouTube
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2014 04:52 AM | Show all posts
iscol_klang posted on 8-7-2014 12:38 PM
album lantera timur tok ti live @ istana budaya tu, kualiti suara tok ti dah merosot
maybe terlalu  ...

100% stuju sgt2......
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:31 AM | Show all posts
Sebenarnya bagi aku yang paling layak adalah Aishah, kerana Aishah juga bagi aku seorang lagenda. Vokal Aishah juga memang tiada tandingan. Selain itu jika Aishah tidak diberi peluang, aku harap Liza Hanim diberi peluang sebab Liza tidak banyak membuat album dan tidak banyak dapat lagu yang berbagai genre dan sedap. Jadi mungkin peluang ini dapat mencungkil bakat sebenar Liza Hanim. dan at least bakat Liza Hanim tidak terpendam begitu sahaja lagipun usia liza hanim pun sudah makin bertambah, mungkin inilah satu satunya industri menghargai bakat liza hanim,
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:48 AM | Show all posts
iols lak artis yg betul2 layak antaranya ofcos Dato Siti Nurhaliza..
siti pun dah buktikan dia Berjaya perform lagu arwah tok pah hapuskanlah air matamu ketika di anugerah ABP dulu..
ketika tu siti betul2 outstanding dan persembahan dia pun mendapat reaksi yg sgt positif..

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 09:55 AM | Show all posts
Dan Ramli MS pernah menulis dlm ruangan kolum Berita Harian hanya 2 diva di mata beliau..



Aspirasi: `Inilah diva sebenar Malaysia yang saya maksudkan'Oleh Ramli MS

Dua diva itu ialah Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. Memiliki ciri-ciri dan keunggulan tersendiri mereka benar-benar diva bukan berperangai diva

"ASSALAMUALAIKUM. Sepanjang dua minggu kebelakangan ini, saya menerima banyak kiriman e-mel yang menggesa saya melabel siapa gerangan diva di Malaysia pada kaca mata saya selepas saya pernah menulis artikel mengenai perangai diva artis.

Maksud saya diva di Malaysia yang benar-benar diva - bukan berperangai macam diva! Saya memilih mereka berdua kerana saya pernah bekerja dengan mereka. Hampir keseluruhan zaman, saya pernah bekerja dengan kebanyakan artis yang masih bertahan sehingga hari ini.

Secara peribadi, penyanyi yang menjadi pilihan saya sebagai diva ialah Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. Kedua-duanya adalah diva pilihan saya di Malaysia. Kenapa?

Baiklah biar saya bercakap mengenai Datuk Sharifah Aini dulu. Pada era 1970-an dulu, ketika itu lagu Terbang Helang nyanyian Datuk Sharifah Aini, saya menjadi pemuzik undangan dalam rakaman album Datuk Sharifah. Dari zaman itu, Datuk Sharifah sudah popular dengan lagulagunya yang terlalu banyak untuk saya sebutkan di sini.

Datuk Sharifah sudah memiliki lebih 90 album sehingga ke hari ini. Bagi saya, pencapaian beliau sungguh menakjubkan! Beliau masih kekal sehingga ke hari ini, masih lagi menyanyi. Dengarkan saja sebutannya terutama huruf Q. Tidak saya pernah temui lagi sebutan sebaik itu daripada penyanyi lain.

Kemerduan suara Datuk Sharifah tiada tandingan, ditambah dengan lagu hit yang begitu banyak. Dia juga boleh berlakon dan menyanyi. Satu yang istimewa yang ada pada Datuk Sharifah, anda tidak akan nampak beliau di merata tempat awam, melainkan di tempat eksklusif dan tertutup.

Beliau amat memelihara reputasinya sebagai seorang penyanyi yang susah kita hendak jumpa di tempat awam. Datuk Sharifah juga tidak akan menerima undangan nyanyian di pentas terbuka dan jarang sekali kita dapat menonton beliau muncul di kaca TV. Mungkin itu satu prinsip beliau sebagai seorang diva yang tahu mengekalkan taraf eksklusifnya di mata peminat.

Datuk Sharifah juga ada kelasnya yang tersendiri. Hampir empat dekad beliau menyanyi dan menjaga reputasinya walaupun ada kisah yang tercalar, kisah itu jangan kita ambil kira. Saya lebih suka melihat ke arah kerjaya. Itulah dia Datuk Sharifah Aini yang saya kenali, seorang truly diva!

Baiklah, seorang lagi diva yang pernah saya bekerja dengannya selama tiga tahun ialah Datuk Siti Nurhaliza. Secara peribadi, beliau sungguh berbakat besar. Selama saya bekerja dengan ramai penyanyi baru di Malaysia, Datuk Siti mempunyai bakat luar biasa. Ia satu anugerah Tuhan yang sewajarnya beliau hargai.

Beliau seorang penyanyi yang cekal. Walaupun kadangkadang saya kedengaran sedikit getaran suara gementarnya di pentas, tetapi semangatnya itu sungguh besar apabila berdepan dengan sebarang keadaan. Semangatnya lebih besar dari rasa gementarnya itu.

Mungkin ada orang mempertikaikan kenapa saya memilih Datuk Siti sebagai diva pelapis berbanding dengan penyanyi lain yang lebih dulu menyanyi daripadanya.

Saya tidak memperkecilkan bakat penyanyi lain tetapi anda harus akui, Datuk Siti seorang yang berbakat besar. Mungkin ada sesetengah penyanyi sudah menyanyi sebelum kemunculan Datuk Siti. Tapi, dilihat daripada pencapaiannya yang begitu meledak, ia adalah hasil kerjasama dengan orang yang terbaik. Mungkin itu tuahnya.

Seharusnya, pencapaian Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti dijadikan contoh kepada artis baru yang lain, tapi janganlah cuba meniru. Apa yang mereka sudah buat sebelum ini, cuba atasi cara tersendiri. Artis baru harus bekerja lebih keras untuk melebihi pencapaian yang pernah dimiliki Datuk Sharifah mahupun Datuk Siti.

Inilah dua diva yang ada di Malaysia - layak digelar diva dari segi kerjaya. Baiklah setakat ini saja dulu untuk minggu ini, sehingga kita bertemu lagi minggu depan, wassalam."




Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2014 10:38 PM | Show all posts
Kalau pasal range sore sama atau tak tu aku rasa tak de masalah...Ramli MS kan master. tau la die nak buat macam mana.. aku tetap nak kalau siti yang buat.. nyanyi balik lagu Kak Pah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2014 11:03 PM | Show all posts
mama colankn siti sarah!
mampu semuaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 04:44 AM | Show all posts
kenapa sorang pun tak nak calonkan Sarimah Ibrahim, kini kau
tiadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 08:36 AM | Show all posts
volumecontrol posted on 9-7-2014 09:31 AM
Sebenarnya bagi aku yang paling layak adalah Aishah, kerana Aishah juga bagi aku seorang lagenda. Vo ...

Mak setuju.. den pun minat aishah gak dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:53 AM | Show all posts
Ramli belum ada calon

Oleh Norhayati Nordin


Pemergian Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar Al-Jufri, 61, ke rahmatullah pada 5 Julai lalu nyata masih mengejutkan ramai peminatnya. Banyak berita susulan dipaparkan di sana-sana terutama dari sudut kenangan anggota keluarga terdekat serta sahabat handai beliau.

Berhubung kerjaya seni, masih ada impian Sharifah Aini atau Kak Pah yang belum terlaksana. Ini termasuklah album terbaru yang sepatutnya diterbitkan rakan karib beliau, Datuk Ramli MS, yang akhirnya tidak kesampaian.

Beberapa tahun lalu, Allahyarham Kak Pah sudah mula merancang untuk merakamkan sebuah album istimewa yang memuatkan lebih 20 lagu Melayu daripada genre pop dan klasik. Terdahulu, album itu menjadi kontroversi kerana muzik sentuhan komposer veteran S Atan dikatakan tidak memenuhi konsep yang Kak Pah mahukan. Bagaimanapun, kes itu khabarnya sudah selesai.

Bagi Ramli pula, beliau akui tugasnya belum lagi tamat dan akan tetap meneruskan projek istimewa itu yang masih terbengkalai.


RAMLI berpegang kepada janji.

“Saya seorang yang berpegang pada janji. Apatah lagi arwah sudah pun membayar kos untuk penerbitan album itu. Jadi saya akan teruskan projek ini secepat mungkin,” katanya kepada Harian Metro, semalam.


Ramli berkata, buat masa ini dia perlu mengenal pasti dulu individu atau waris yang diberi tanggungjawab mengambil alih pengurusan Seri Dewi Productions, milik Kak Pah.

“Saya perlu berbincang dengan pihak berkenaan terlebih dulu dan bagi mendapatkan kata putus. Apapun, bagi diri saya, projek album ini tetap perlu disiapkan seperti yang dimahukan arwah,” katanya.

Menurut Ramli, album berkenaan sebenarnya sudah hampir siap dan hanya menunggu proses rakaman vokal saja. Semua susunan muzik dan senarai lagu sudah pun ada.


“Saya akui arwah mahukan susunan muzik yang padat dan mantap kerana album ini satu ‘tribute’ daripada beliau kepada industri hiburan Malaysia. Memandangkan tahap kesihatannya ketika itu belum stabil, saya sebenarnya menunggu lampu hijau daripada beliau sendiri. Namun sudah takdir beliau pergi dulu,” kata Ramli lagi.

Disoal siapakah calon artis yang paling sesuai menyanyikan lagu-lagu dalam album itu, Ramli berkata, setakat ini beliau masih belum terfikir siapa penyanyi yang layak.

Sementara itu, rakan-rakan rapat Kak Pah ada berbincang sesama mereka mengenai album itu dalam WhatsApp Berkumpulan dan memberi pendapat, lebih daripada seorang artis patut diberikan peluang menyanyi bagi album itu.

Kata mereka, Kak Pah juga ada senarai artis tempatan yang cukup diminatinya dan mungkin mereka boleh diberi peluang menghadiahkan vokal untuk projek itu.

Allahyarham Kak Pah menghembuskan nafas terakhir di sisi anaknya, Aliff Omar Ali, 32, ahli keluarga serta kenalan rapat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, jam 1.26 pagi, Sabtu lalu. Beliau disahkan meninggal dunia akibat komplikasi fibrosis paru-paru dideritai sejak dua tahun lepas.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, sebelum Zuhur pada sama.



Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 08:59 AM | Show all posts
Aku pun setuju kalau Aishah diberikan peluang menyanyikan lagu2 arwah. suara aishah memang menusuk jiwa. lagu2 dia mcm Syurga Dibawah telapak kaki ibu, lagu raya Pulang lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 09:37 AM | Show all posts
Sementara itu, rakan-rakan rapat Kak Pah ada berbincang sesama mereka mengenai album itu dalam WhatsApp Berkumpulan dan memberi pendapat, lebih daripada seorang artis patut diberikan peluang menyanyi bagi album itu.

Kata mereka, Kak Pah juga ada senarai artis tempatan yang cukup diminatinya dan mungkin mereka boleh diberi peluang menghadiahkan vokal untuk projek itu.

silap2 semua calon yg korg undi kt depan tu dipilih... hehe...tp aku setuju kalau retis batch 80an dan 90an juga diberi peluang. ada 7 lagu kan? perhaps 4 penyanyi 80an (kak melah, rohana jalil, noraniza, aishah) & 3 penyanyi 2000an (dayang, liza & misha)
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:02 AM | Show all posts
kalo boleh aku nak ziana zain.. sebab aku sgt meminati beliau..
tapi lepas tgk video siti yg di postkan oleh forumer kat atas.. siti deserve for that..
rasa wow sgt tgk siti bwak lagu hapus air matamu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 10:14 AM | Show all posts
Ramli berkata, buat masa ini dia perlu mengenal pasti dulu individu atau waris yang diberi tanggungjawab mengambil alih pengurusan Seri Dewi Productions, milik Kak Pah.
sekali aliff tak bagi proceed.mampuih kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 11:01 AM | Show all posts
enchikfitz posted on 6-7-2014 10:20 PM
aku pilih Liza Hanim atau Alyah. Liza Hanim is an another legend. She can sing any kinds of song inc ...


yer betul2
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 11:54 AM | Show all posts
Aku pun pilih Aisyah. Suara Aisyah ni ada jugak mirip sikit2 macam kak Pah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 11:56 AM | Show all posts
9adrenalin posted on 8-7-2014 11:08 PM
To date.... album pertama Liza hanim EPILOG pun guna live muzik hokeh.... dia panggil konsep pop a ...

ko ni....tetiba aku rasa nak dengar kaset ni tau...



kasetttt tuuuuuuu.....


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 04:26 PM | Show all posts
luvAnne posted on 7-7-2014 11:28 AM
syura... nana...?
atau artis syazliana...?

Oh tidak, jangan syazliana.
Syazliana dia nyanyi sumbang yang amat bila live.
(sebenarnya rekod album pun still sumbang di pendengaran saya huhu...jangan marah huhu...)

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Chekpa posted on 10-7-2014 10:02 AM
kalo boleh aku nak ziana zain.. sebab aku sgt meminati beliau..
tapi lepas tgk video siti yg di pos ...


Memang wow meremang segala bulu..Sume audiens terpukau me as well hahaha..Last year tengok ct nyanyi live dgn Philharmonic Orkestra KLCC tu dia tarik high note masyaAllah sedapnya suara kurniaan Allah kat dia.. Dia bukan tak boleh tarik tinggi tapi dia nak jaga suara dia..Maklumlah sheols selalu menyanyi nak kena jaga aset.. Last edited by Lion11 on 13-7-2014 08:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg arwah hangin album x siap tu rupanya kt komposer s atan eh

Ingtkan die marah kt ramli ms
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.550078 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list