CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5870|Reply: 28

Aliff Aziz dicop 'budak jahat'

[Copy link]
Post time 10-7-2014 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Aliff Aziz dicop 'budak jahat'

“SAMA ada saya terima atau tidak, orang akan tetap label saya sebagai ‘bad boy’. Berilah saya peluang untuk buktikan yang saya benar-benar sudah dewasa,” luah penyanyi Aliff Aziz ketika di minta mengulas mengenai kritikan yang diterima menerusi kontroversinya sebelum ini.

Akui dirinya sudah belajar daripada kesilapan lalu, Aliff bagaimanapun tekad tidak mahu pandang ke belakang.

“Sebaik baik manusia pasti ada juga orang yang tidak menyukai kita. Saya bukanlah seorang yang hipokrit dan saya lebih suka menjadi diri sendiri.





“Tapi itu juga tidak bermakna saya boleh buat apa sahaja tanpa memikirkan kesannya. Salah tetap salah dan saya juga masih belajar daripada kesilapan lalu,” katanya ketika ditemui pada majlis buka puasa Sony Music baru-baru ini.

Kesal dengan tohmahan dan kritikan negatif yang dilemparkan kepadanya, Aliff meminta supaya semua pihak memaafkan dirinya memandangkan dia bukanlah insan yang sempurna.

“Dalam kehidupan ini pasti ada hitam putihnya. Kalau seseorang itu kelihatan jahat, tidak bermakna dia juga tidak baik dan begitu jugalah sebaliknya.

“Sebagai manusia biasa, saya jauh dari sifat sempurna dan saya akui banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk perbetulkan diri sendiri.

“Jadi saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dengan kelakukan saya sebelum ini,” tuturnya dalam nada kesal.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia kini sedang sibuk dengan pembikinan album baharunya yang bakal dilancarkan akhir tahun ini.

“Sebenarnya dalam diam-diam, saya sibuk dengan buah tangan baru ini.

“Dalam album ini saya ada semangat dan imej baru yang saya sendiri tidak sabar untuk berkongsi dengan orang ramai,” ujarnya mengakhiri perbualan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 11:30 AM | Show all posts
tak berminat dia ni. i dok membayangkan dia kuat berpeluh dalam cerita Jodoh 2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 11:33 AM | Show all posts
ape2lahhhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 11:34 AM | Show all posts
bgjet gila time dtg AF nak gaduh bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 11:35 AM | Show all posts
bertentangan sgt ngan imej bad boy yg ade dlm pemikiran aku

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 11:45 AM | Show all posts
muka jawa jual putu mayam ada hati nk jd bad boy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2014 11:47 AM | Show all posts
BebeQ posted on 10-7-2014 11:30 AM
tak berminat dia ni. i dok membayangkan dia kuat berpeluh dalam cerita Jodoh 2 tu

btul btul.. erm.. failed.. hahahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 11:47 AM | Show all posts
kesian, suam2 kuku je ko kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 11:57 AM | Show all posts
jawapan standard depan kamera ...... Yawnn!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2014 12:04 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 10-7-2014 11:45 AM
muka jawa jual putu mayam ada hati nk jd bad boy

xpenting pun aliff woodland ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 12:20 PM | Show all posts
nakal kamu jangan nakal la kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 12:26 PM | Show all posts
geli perut ai bila terbaca statement mamat ni mengakui bad boy....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa pulak kata dia bad boy ni.. tak nampak pun..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 12:54 PM | Show all posts
bad boy lerr sangat
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 01:17 PM | Show all posts
cef_gango posted on 10-7-2014 11:34 AM
bgjet gila time dtg AF nak gaduh bagai...

dia audition AF ke?

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 01:22 PM | Show all posts
klu dh mengaku diri x elok nk wt mcm mn..hanya blh menegur sj lh..terpulang kt dia utk terima atau tak..tp dia ni still lg diterima kt sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2014 01:32 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 10-7-2014 11:45 AM
muka jawa jual putu mayam ada hati nk jd bad boy

hehehehehehe
statement tak menahan betoi  
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 01:38 PM | Show all posts
baru nak up nih..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nape artis singapore senang nk glamour kat malaysia ni. kat temasek tu x boleh cari mkn ke? aliff aziz, ady bebird, apron aziz, buka bisnes murtabak singapore la kat garden by the bay.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2014 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lemau...!!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.277000 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list