CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17408|Reply: 122

Hanez Suraya Kecewa Dihentam Kerana Jual Syampu

[Copy link]
Post time 12-7-2014 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Hanez Suraya Kecewa Dihentam Kerana Jual Syampu
Hanez berasa pelik dengan sesetengah masyarakat yang memandang hina kepadanya sehinggakan perniagaan syampu yang dijalani turut dipertikaikan.

PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya mengakui ada pihak yang memandang rendah terhadap perniagaan syampu jenama sendiri iaitu VLasy yang baharu diceburinya dengan mengaitkan kontroversi-kontroversi yang pernah dilalui sebelum ini.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, dia pelik dengan sesetengah masyarakat yang memandang hina dan suka meletakkan hukum kepadanya sehinggakan perniagaan syampu itu turut dipertikaikan.

"Mereka ini tidak boleh tengok kita senang. Ada sahaja yang nak dihentamnya. Sepatutnya kita jangan memandang rendah kepada orang lain yang ingin berusaha.

"Apa yang yang saya nampak golongan 'keyboard warrior' itulah sebenarnya tidak ada kehidupan sendiri sehingga sibuk mencari salah orang lain di laman sosial," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun tambah Hanez, masih ada lagi peminat yang memberi komen-komen positif mengenai produk syampu itu malah dia turut mendapat tempahan berulang.

Sementara itu Hanez mengakui dia mula terfikir untuk menceburi bidang perniagaan kecantikan rambut selepas bermuhasabah diri sejak pelbagai kontroversi mengenai kisah cintanya timbul.


Syampu VLasy mendapat respons positif daripada peminat-peminat Hanez.


"Selepas pelbagai kontroversi timbul, saya sepikan diri buat seketika. Banyak yang saya belajar lebih-lebih lagi mengenai perniagaan produk-produk kecantikan. Sejak menjadi duta Aurawhite lagi saya sudah berniat mahu mempunyai keluaran produk sendiri.

"Apa yang dah berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih kuat untuk teruskan hidup. Diakui memang isu yang timbul telah menggelapkan karier saya tetapi tidak semudah itu untuk saya perlu diam. Jangan biarkan orang tengok kita jatuh.

"Tuhan sentiasa ada di sisi kita. Biarlah apa orang nak cakap, satu hari nanti orang akan tahu cerita sebenarnya. Lambat atau cepat sahaja," ujarnya.

Mengenai syampu VLasy, ia merupakan produk keluaran syarikat Hanez sendiri iaitu H Estrella Beaute yang mempunyai campuran pati buah-buahan dan tumbuhan bagi mengurangkan rambut gugur selain melebatkan rambut.

"Buat masa ini saya jual secara dalam talian (online) dahulu untuk melihat sejauh mana pengguna kita menyokong produk-produk tempatan.

"Setakat ini, Alhamdulillah respons yang diberikan sangat positif, cuma saya perlu kuatkan lagi daripada segi promosi produk," tuturnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 03:43 PM | Show all posts
Shampooo mahal nak mamps.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi poyosnya statement... Dgn perangai n kontroversi ko sblom ni pun masih mampu nk bg statement poyo mcm tu ye...

dasar bongkak
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg peliknya nok haness oii. Kes ko bukannya 10 tahun sudah. Baru 3 4 bulan lepas. Masih fresh di ingatan. Haruslah disebut2. Jual pulak shampoo mahal gila, mmg mengundang cacian aje laa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dia mmg dh putus ek jgn jantan kabaret tu?  blh la korang move on kalau dia dh putus. nk apa lg?  bg la dia peluang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang bahan sbab produk diragui kualiti dan keluaran. Serta presentation produk yg fail tak berpadananan dgn harga produk tinggi mcm produk 5stars.
Kadang2 tak faham dengan usahawan yg nak berbisness dgn produk jenama sendiri yg main ambik je drpd suplier dgn harga murah tp jual balik dengan harga tinggi. Kononnya nak lawan harga produk antarabangsa seperti Sunsilk, Rejoice dan etc. Padahal jenama komersial tu siap dengan kilang yg dikawal taraf kesihatan, kandungan bahan kimia, halal haram dan kandungan klinikal. Syarikat besar ni siap ada makmal ujikaji lg utk uji keberkesanan dan effect produk pd pengguna.

Hanis, orang dah tutup buku dah hal ko ngan Romi. Skrg ni org just tegur nasihatkan pasal business shamppo dgn harga tak munasabah. Supaya cik hanis pijakkan produk made in Thailand cik hanis di bumi yg nyata.

Dan one more thing, that is normal la adap buat bisness. Produk baru mesti la org sangsi. Tak baca sejarah mcm mana Sir Kolenel startkan bisness KFC ke?

Agak2 kalau hanis suraya bagi sample free kat DIVA AZWAN ALI, apa ye yg beliau carutkan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2014 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
shampoo tu mmg tak nampak berkualiti..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:10 PM | Show all posts
produk keluaran sendiri ni means dia bikin ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 04:14 PM | Show all posts
shernazz posted on 12-7-2014 04:10 PM
produk keluaran sendiri ni means dia bikin ka?

tempah kat kilang, packaging sendiri.

mcm2 sabun kat psaran, semua tu tempah kt kilang kedah.

hanez punya shampoo bau kentut tak sedap MAHAL



Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:15 PM | Show all posts
hanez suraya shampoo mahal bau kentuttttt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 04:16 PM | Show all posts
shampoo OEM jah ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:44 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 12-7-2014 04:14 PM
tempah kat kilang, packaging sendiri.

mcm2 sabun kat psaran, semua tu tempah kt kilang kedah.

penah bau ka syampu hanez neh?
ingat sama dengan syampu jackie chan cap bawang tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:49 PM | Show all posts
mahal kan? beli shampoo kat farmasi pon dah byk jenis dan ade yg sesuai ikut jenis individu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Visual dah epic fail..pastu bila tgk harge memang harus dihencap..shampu mahal dan xda kredibility.ummah pprt karat kau jer beli hanis weh.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 12-7-2014 08:50 AM
Visual dah epic fail..pastu bila tgk harge memang harus dihencap..shampu mahal dan xda kredibility.u ...


Custemer hanes Ummah yg berlagak bawak handbag lv chanel fake petaling street,pakai tudung fareeda cap pasar malam. Bila tanya u tinggal kat mana? Tu i tinggal kat kondo tu. Padahal bukan kondo, to flat pprt kerajaan bayarkan sewa. Feeling2 kaya duit banyak tp otak tak berapa cerdik nak beli barang mahal dan berkualiti. Dapat duit BRIM habiskan labur kat shampoo cap siam sawadikap hanes ni.... Sambil gosok kepala sambil berangan nak berboifrenkan abang ferarri.
Last edited by miss_lavander on 12-7-2014 08:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:57 PM | Show all posts
dari pakai shampoo dia , better pakai sabun cap kapak . murah pun murah . tahan lama kata ko . hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 12-7-2014 04:16 PM
shampoo OEM jah ni

aku pakai sabun may jer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Shampoo dia nmpk busuk, lagi2 dari packaging. Nmpk murahan. Haruslah dihencap ummah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 05:06 PM | Show all posts
ex-bantal.B posted on 12-7-2014 05:02 PM
aku pakai sabun may jer..

iols pakai fumakilla jah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 05:15 PM | Show all posts
Sangsi aku nak pakai syampu VLasy ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.081412 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list