CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5575|Reply: 8

Jazz baru lebih luas

[Copy link]
Post time 16-7-2014 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Rabu ini, kenderaan kompak popular menerusi generasi ketiga Honda Jazz terbaru akan secara rasminya dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Dalam dua minggu kebelaka-ngan ini juga bermula 1 Julai lalu, anda mungkin berpeluang melihat kenderaan itu menerusi siri jelajahnya yang dibuat di beberapa tempat bagi memberi gambaran awal berhubung jentera berkenaan.

Bagi mengenali lebih lanjut mengenainya, penulis diberi peluang oleh Honda Malaysia memandu kenderaan itu di Hua Hin, Thailand sebagai prapelancaran Honda Jazz di Malaysia.

Apa yang menarik dan penulis mahu berkongsi dalam ruangan ini adalah ruang kabinnya yang sangat luar biasa bagi sebuah kenderaan kompak.


Jika dilihat fizikal luarnya, sukar mempercayai bahawa ruang kabinnya menawarkan ruang sangat luas berbanding kenderaan kompak lain.




Ketika rakan media dengan ketinggian melebihi 1.8 meter memandunya, bahagian belakangnya masih memberi kelegaan tempat duduk belakang dan kaki penulis masih selesa untuk digerakkan.

Penyandar tempat duduk belakang pula boleh diubah dengan dua laras, di mana ia tidak terlalu menegak dan penulis yakin ia pasti memberi keselesaan, terutama perjalanan jauh.

Tempat duduk belakangnya sememangnya fleksibel kerana boleh dilipat mendatar atau menegak mengikut kesesuaian penggunaannya bagi mengisi barang pelbagai saiz.

Ciri-ciri itu pasti menjadi kunci utama kepada Honda Jazz, malah keluasan kabinnya mengingatkan penulis bahawa ia hampir sama dengan Honda City generasi terbaru yang dipandu uji sebelum ini.

Rekaan ruang kabinnya membawa imej Honda terbaru menerusi identiti ‘Solid Wing Face’, yang mana ia menawarkan ciri lebih selesa dan luas serta dikemaskini dengan rekaan futuristik.

Kawalan di ruang kokpit dicipta untuk memberi tumpuan sepenuh-nya ketika memandu, manakala tempat duduk penumpang depan kelihatan terbuka serta luas.

Bagi menjadikannya lebih mesra pengguna, jentera ini dipasang dengan paparan audio skrin sentuh bersaiz tujuh inci dan sembilan ruang tempat meletak minuman.

Mengikut spesifikasi diberi, panjang Honda Jazz generasi terbaru mencecah 3.955 meter (m), lebar (1.694 m) dan ketinggian (1.524 m).

Kenderaan kompak ini juga mengikut falsafah Honda terbaru iaitu ‘Man Maximum, Machine Minimum’ bagi menawarkan ruang dan keselesaan kepada penumpang serta pemandunya.

Bagi pasaran tempatan, Honda Malaysia menawarkan tiga varian iaitu Jazz S, Jazz E dan Jazz V, manakala harganya belum diumumkan ketika penulis memandu uji jentera ini.

Ketiga-tiga varian itu dikuasai enjin 1.5 Liter SOHC i-VTEC dan ia berkongsi dengan Honda City yang menghasilkan kuasa sehingga 120 PS pada 6,600 rpm dengan tork mencecah 145 Nm pada 4,600 rpm.

Ia turut menggunakan kotak gear sama iaitu Transmisi Pemboleh Ubah Berterusan (CVT) yang dibangunkan oleh teknologi terbaru Honda menerusi ‘Earth Dreams’.

Ternyata kombinasi kedua-dua komponen itu memberi kelebihan bagi pemanduan di kawasan bandar, selain tahap penggunaan bahan apinya menjimatkan.

Ketika pandu uji di Hua Hin, penulis dan rakan media lain hanya berpeluang memandu 60 kilometer semata-mata untuk menguji ke-upayaannya di lebuh raya.

Tanggapan awal, prestasinya sangat mantap bagi sebuah kompak apabila ia mudah memecut sehingga 150 kilometer sejam (km/j).

Jika tidak cukup untuk memecut, alihkan saja tombol gear daripada ‘D’ kepada ‘S’ dan serta-merta putaran seminit (rpm) enjin meningkat untuk membekalkan lebih kuasa kepada pemandunya.

Sistem suspensinya juga boleh dianggap bagus kerana mampu menyerap laluan beralun di sepanjang laluan itu.

Ciri keselamatannya pula, ia hadir dengan enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan Bantuan Menaiki Bukit (HSA), bagaimanapun harga rasminya
dirahsiakan sehingga Rabu ini.


SPESIFIKASI

ENJIN: 1.5 L SOHC i-VTEC
KUASA MAKSIMUM: 120 PS pada 6,600 rpm
TORK MAKSIMUM: 145 Nm pada 4,600 rpm
TRANSMISI: CVT
CIRI KESELAMATAN: Enam beg udara, VSA dan HSA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 09:49 AM | Show all posts
SOHC je ke......... tapi x minat la kete xde buntot nih, kalau eksiden dari belakang terus kene penumpang belakang......
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 09:19 AM | Show all posts
Honda tech semua dah migrate ke SOHC balik semula dlm semua model...
Torque lagi tinggi dr vios tuh...mungkin dah jumpa capability of SOHC so tak perlu utk DOHC...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 01:31 PM | Show all posts
owh begitu-lah enjin dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 04:08 PM | Show all posts
Compare dgn ge8... Lg better ge8. Gk ni pkai cvt. Try test drive lh Bru korang tau lemau ke tak jentera made in Melaka. Bila made in Melaka banyak Parts yg dikurangkan n nilai dia utk price dia mmg sesuai lh. Tak payah tgk benda lain bukak pintu passenger belakang ko akan nmpk satu board yg nmpk murahan sgt. Sorry to say it. Break drum huhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 04:19 PM | Show all posts
jofizo posted on 17-7-2014 09:49 AM
SOHC je ke......... tapi x minat la kete xde buntot nih, kalau eksiden dari belakang terus kene penu ...

SOHC,, jimat minyak.. technology yg boleh di perjimatkan bagi honda.. DOHC utk pikap, deliver more power sedap la.. VTEC besar reliable la utk guna twin cam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2014 12:54 PM | Show all posts
new jazz memang luas. selesa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:19 AM | Show all posts
jimat minyak, selesa dan nampak bergaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 11:02 AM | Show all posts
honda jazz baru ni lg bergaya dari honda jazz hybrid baru tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.060182 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list