CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: toxicated

[Edisi Mahkamah Syariah]Mohd Zani teruskan permohonan nusyuz [Page 14]

[Copy link]
Post time 27-7-2014 01:45 AM | Show all posts
toxicated posted on 24-7-2014 08:40 AM
Dia repack je kot kan.

Lowh gaya mcm gah...upe nya untung atas angin juga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 06:07 PM | Show all posts
Tak minat die muka macam selekeh
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Menatey beruk jatey ni, kerat jah burung tuh kalu jupo
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 08:24 PM | Show all posts
ailoveusomuch posted on 23-7-2014 02:00 PM
Rayyan 3 tahun 2 bulan, hayden 1 tahun 4 bulan. sedihnya, mesti dorg cari mummy dorg  Rayyan da ...

mak aiii spesis mak pak alaf baru...anak nama ryan..hayden..kokesen sgt feeling
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat betul ujian depa ni, tengok pun dah kurus tak terurus si Ezany ni. Semoga cepat selesai semuanya dan anak2 tak terabaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 09:52 AM | Show all posts
lelaki dan perempuan  xsesuai berkongsi masalah,,, inilah jd  nya... dh    ade laki pun nak lari ikut lelaki  lain kan
tapi kite xtau     masalah sebenar diorg ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2014 08:35 AM | Show all posts
kesiannya ezani... apa yg jd pd isterinya ya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 08:45 AM | Show all posts
msti ada yg x kena tu...kita tunggu dan lihat..
bersabar lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
TT mana pics ezani beraya dgn anak2
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 02:17 PM | Show all posts
update @toxicated


Ezany Tolak Permohonan Cerai Isteri Cara Baik
Ezany menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya selepas tidak bersetuju untuk bercerai secara baik.



SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Isnin membenarkan permonohan pelakon Ezany Nizariff untuk menolak permohonan cerai secara baik yang dibuat isterinya Lizda Nuryanti Abidin, 32, pada 17 Julai lalu.

Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar membuat keputusan itu selepas Ezany memberitahu mahkamah dia sudah memfailkan permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap Lizda pada 22 Julai lalu.

Mohd Nurulazhar bagaimanapun memerintahkan pasangan berkenaan membentuk satu jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka sebelum kes berkenaan disambung semula pada 3 September depan.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.

Selain nusyuz, Ezany menfailkan dua lagi tuntutan terhadap isterinya berhubung hak penjagaan dua anak mereka.

Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari.

Sementara itu, Ezany ketika ditemui diperkarangan mahkamah memberitahu, dia tetap akan meneruskan dengan permohonan nusyuz terhadap isterinya biarpun wanita berkenaan meminta diceraikan secara baik.

Jelas Ezany, perkara itu adalah yang terbaik buat masa ini selepas mendapat khidmat nasihat peguam mengenai kes berkenaan.
|
"Buat masa ini saya ikut apa yang dinasihatkan oleh peguam dan selebihnya kita tunggu pada perbicaraan nanti," katanya.

Tambah pelakon itu, dia juga telah menfailkan dua lagi tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung hak penjagaan sementara dan hak penjagaan kekal terhadap dua anak mereka.

"Insya-Allah kes berkenaan (penjagaan anak) akan disebut di mahkamah pada 25 dan 27 Ogos ini dan anak-anak kini tinggal bersama saya selepas isteri bertindak keluar rumah sejak 19 hari lalu," katanya.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.


Last edited by maxim on 4-8-2014 02:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 02:53 PM | Show all posts
maxim posted on 4-8-2014 02:17 PM
update @toxicated

dia ni teruskan jugak nusyuz sebab apa yea...  yang penah aku jumpa, lelaki teruskan dengan permohonan nusyuz ni sebab nak gugurkan hak penjagaan ibu dan jugak nak gugurkan hak tuntutan harta sepencarian...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 04:02 PM | Show all posts
eyansss posted on 4-8-2014 02:53 PM
dia ni teruskan jugak nusyuz sebab apa yea...  yang penah aku jumpa, lelaki teruskan dengan permoh ...

Ya betul.. and dia tak perlu bayar alimony kat isteri bila diceraikan nanti dan custodian berpihak pada si suami/ayah.

Cuba tengok kes yang lepas2 .. sama je kaedah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 05:50 PM | Show all posts
duquesne posted on 4-8-2014 04:02 PM
Ya betul.. and dia tak perlu bayar alimony kat isteri bila diceraikan nanti dan custodian berpihak ...

maknanya tak salah la syak wasangka aku... sebab aku ada beberapa kawan buat cenggini... keji tau... dah la diorang buat camni sebab dah jumpa pompuan baru... kesian ex wife terkontang kanting kena tendang keluar sehelai sepinggang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:46 AM | Show all posts
eyansss posted on 4-8-2014 05:50 PM
maknanya tak salah la syak wasangka aku... sebab aku ada beberapa kawan buat cenggini... keji tau. ...

It all depends on the situation. Dalam kes ni selalunya kalau si isteri yang buat hal - macam lari, keluar rumah tanpa izin, etc.. ada jua keadaan yang suami boleh buktikan yang dia tak izin/tak rela, memang boleh dikelaskan sebagai isteri nusyuz. So suami tu ada hak untuk failkan isteri nusyuz dan perintah kembali taat.. otherwise, si isteri akan berpotensi hilang haknya dari segi harta sepencarian, alimony dan hadanah.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 09:36 AM | Show all posts
kalau mcm kes bini keluar rumah sbb tak tahan kena dera dengan suami, and suami buat permohonan nusyuz, mcm mn? kesian kat bini..satu apa pun x dpt...

pernah baca ada kes dulu, dahler bini asyik kena dera dgn suami, pi pejabat agama, ngadu utk buat permohonan minta cerai..tp pegawai agama suh balik bincang dgn suami...aduhhh cam ner nak bincang, sah2 balik rumah kena penyepak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 10:54 AM | Show all posts
duquesne posted on 5-8-2014 08:46 AM
It all depends on the situation. Dalam kes ni selalunya kalau si isteri yang buat hal - macam lari ...

kalo nusyuz n perintah kembali taat tu nampak la memang nak settlekan n perbaiki rumahtangga... or si isteri memang bikin hal...  

cam kes kengkawan aku ni, diorang memang kasik putar halim sebab nak bagi wife hilang hak...

sebab tu aku tertanya2 ezany cuba buat camtu ke sebab ada forumer kata ezany yang halau si isteri... bukan isteri nak keluar...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 11:14 AM | Show all posts
eyansss posted on 5-8-2014 10:54 AM
kalo nusyuz n perintah kembali taat tu nampak la memang nak settlekan n perbaiki rumahtangga... or ...

Well.. in this case.. si isteri dah terang2 nak bercerai.. tapi suami takmo ceraikan.. sebaliknya pegi fail nusyuz dan perintah kembali taat.. so isteri ada 2 option. .samaada balik semula pada suami (tak jadi bercerai) atau kalau takmo, nak bercerai jugak, maka suami berhak untuk menentukan apa yang isteri tu dapat dari semua aspek - harta dan hadanah.. and kalau terbukti memang isteri tu nusyuz dan terbukti ada masalah siasah (kelakuan dsb) maka automatik gugur hak custody pada si isteri dan akan diberikan pada suami.

At high level, kira suami tu nak kasi second chance la untuk isteri tu untuk berubah dan tak bercerai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
cikmi posted on 5-8-2014 09:36 AM
kalau mcm kes bini keluar rumah sbb tak tahan kena dera dengan suami, and suami buat permohonan nusy ...

Kalau yg cmni leh buat report police n court order supaya suami x dtg dekat utk keselamatan diri kot. Jgn la kene pukul diam je.rasanya kalau snap gamba lebam2 pun xleh jd bukti kukuh sbb xde report polis. Elok kalau dh lebam2 ke ape ke pegi report dlu pape hal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ezany ni mcm dendam je ngn bini dia.
failkan nusyuz sbb xyah byr nafkah kan nnt ke cmne.
pastu bleh fight anak.
tp dia ada bukti mmg bini dia lari, siap ade cop bini dia keluar malaysia kt passport. Ngn laki tu rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:08 PM | Show all posts
Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang Sejak 7 Tahun Lalu


[size=0.75em]Ezany mendedahkan masalah rumah tangganya berlaku sejak awal perkahwinan mereka kira-kira tujuh tahun lalu.



SHAH ALAM:Pelakon Ezany Nizariff mendedahkan rumah tangganya bersama Lizda Nuryanti Abidin, 32, mula bermasalah sejak awal perkahwinan mereka lagi aiitu kira-kira tujuh tahun lalu.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, berkata, sepanjang tempoh tersebut dia cuba bertahan bagi menyelamatkan perkahwinan tersebut dan menganggap kemelut yang berlaku kini berada di tahap kritikal dan sudah tidak dapat untuk diselamatkan.

"Masalah bukan berlaku baru-baru ini tetapi sejak awal perkahwinan kami lagi tetapi sebagai seorang suami saya cuba bertahan untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

"Sepanjang tempoh itu saya banyak bersabar sehinggalah hadirnya saya ke mahkamah pada hari ini (semalam)," katanya kepada mStar Online.



[size=0.75em]Gambar kenangan Ezany bersama isterinya.


Ezany ditemui selepas sebutan pertama permohonan cerai secara baik yang difailkan Lizda di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling dekat sini pada Isnin.

Pada prosiding tersebut, Ezany selaku defendan tidak bersetuju untuk bercerai secara baik sebaliknya membuat permohonan nusyuz terhadap isterinya itu yang difailkan pada  pada 22 Julai lalu. Kes bersambung pada 3 September depan.

Dalam pada itu, Ezany enggan mendedahkan punca sebenar konflik yang berlaku dalam rumah tangganya kerana khuatir masalah sedia ada akan bertambah buruk sehingga memberi kesan kepada prosiding di mahkamah.

Jelas Ezany, cukuplah sekadar beberapa berita mengenai konflik rumah tangganya sebelum ini sudah menjadi perhatian umum dan baginya ia sudah memberi gambaran mengenai apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka.

"Banyak benda yang tidak boleh saya perkatakan secara terbuka kerana ia terlalu peribadi dan saya juga tidak berniat untuk membuka keaiban mana-mana pihak," ujarnya.

[size=0.75em]Ezany bersama beberapa dokumen untuk digunakan semasa perbicaraan kesnya di mahkamah nanti.


Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.

Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.076622 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list