CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NIXAR

[Jenayah] Tragedi MH17 V4 : Kemungkinan MH17 ditembak jet pejuang Sukhoi?

 Close [Copy link]
Post time 8-8-2014 09:54 PM | Show all posts
zainmahmud posted on 8-8-2014 07:15 PM
Nah tengok 30mm round besaq mana. Kepala dia kalau kena aircraft bukan takat merobek dgn lubang2 kec ...

Ala x boleh bukak la utube tu bang.. somebody tepek la video
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 10:34 PM | Show all posts
tensic~ posted on 8-8-2014 09:54 PM
Ala x boleh bukak la utube tu bang.. somebody tepek la video

Masuk jer utube pastu search 30mm bullet or gun or effect..mcm2 adegan ada, tank pon boleh bersepai
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:46 PM | Show all posts


kesan 30mm cannon
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:49 PM | Show all posts


30mm cannon round
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:50 PM | Show all posts


Impact on MH17
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2014 10:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 08:25 AM | Show all posts
matamata posted on 8-8-2014 10:50 PM
Impact on MH17

bagus info ni ..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2014 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Cilaka tul..bila.tgk.impact.klu betul.lah fighter yg tembak..mmg.cilaka..cian mas.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 08:43 AM | Show all posts
djflux2000 posted on 9-8-2014 08:36 AM
Cilaka tul..bila.tgk.impact.klu betul.lah fighter yg tembak..mmg.cilaka..cian mas.

Malaysia Airlines MH17: Mangsa Pertama Rakyat M’sia Berjaya Dikenalpasti

Posted 2014/08/08 by Ana Ghoib in Berita Harian



Tiga minggu selepas pesawat MH17 ditembak jatuh, identiti seorang rakyat Malaysia berjaya dikenalpasti, menurut sumber.

Elaine Teoh, 27, yang berasal dari Pulau Pinang, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang berjaya dikenalpasti oleh pakar forensik di Belanda.

Alumni Universiti Melbourne berkata identiti mangsa berjaya dikenalpasti dalam tempoh dua dan empat hari lalu.

Pihak polis telah menghantar wakil untuk memaklumkan kepada keluarga Teoh untuk pengesahan.

Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenan masih belum dapat dikenalpasti sehingga kini.

Teoh dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dalam perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di Portugal dan Belanda.

Sebelum ini pernah dilaporkan, teman baik Teoh, Tan Sook Then sepatutnya menjemput pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Julai. – mStar Online




Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 08:52 AM | Show all posts
Malaysia Airlines MH17: Bila Terpaksa Mengenal Pasti Jenazah Sahabat Sendiri…



Berita terkini MH17: BELIAU adalah pakar forensik yang disegani dan pernah terlibat dalam Ops Daulat semasa sekumpulan militan dari Selatan Filipina menyusup masuk di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, tempoh hari.

Tahun ini, Dr Shah Mahmood sekali lagi menyumbangkan kepakaran beliau dalam bidang patologi dengan mengemudi pasukan berjumlah 24 orang bagi mengenalpasti identiti mayat mangsa tragedi kapal terbang MH17 yang terhempas itu.

Selalunya beliau profesional dalam mengendalikan tugasnya tanpa melibatkan sebarang hubungan ‘emosi’ dengan ‘objek’ yang beliau kendalikan; Namun kali ini, keadaan itu bakal berubah.

Salah seorang jenazah mangsa nahas kapal terbang itu arwah Mohd Ghaffar Abu Bakar, Ketua Pramugara MAS yang juga rakan baiknya sejak sekian lama.

Dr. Shah memanggil Mohd. Ghafar dengan nama Mogab, sama seperti rakan sekelas mereka yang lain.

Kesugulan jelas terpancar di wajah pakar patologi berusia 54 tahun itu:

    “Saya akui, saya tidak tahu sama ada saya mempunyai kekuatan emosi untuk melakukan pemeriksaan ke atas jenazah Mogab, seorang yang saya kenal sejak di bangku sekolah dan saya anggap sebagai saudara kandung sendiri,” keluhnya.

    Perkenalan antara Dr. Shah dan Mogab bermula semasa mereka sama-sama menuntut di SM Sains Johor pada tahun 1977.

    ” Jika ada pakar lain dalam pasukan penyelamat ini yang dapat menggantikan tempat saya, rasanya lebih bagus,” tambahnya lagi yang dilihat cukup terpukul dengan tragedi yang menimpa rakan baiknya itu.

    Akhbar New Straits Times telah menemui Dr Shah di fasiliti ketenteraan bersekuriti tinggi di Hilversum, di mana pasukan forensik Malaysia menjadi sebahagian daripada Pasukan Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) antarabangsa.

    ” Kali terakhir kami berhubung adalah menerusi WhatsApp Group, yang turut disertai oleh rakan-rakan lain,” jelasnya membuka cerita.

Dalam khidmat pesanan ringkas itu, Ghafar telah memaklumkan bahawa beliau bakal berlepas daripada Amsterdam pada lewat tengah hari dan mereka mendoakan perjalanan beliau selamat.

Dua jam kemudian, seluruh tubuh Dr. Shah seolah-olah kaku apabila salah seorang rakannya bertanya kesahihan berita penerbangan Malaysia yang sudah terhempas di Ukraine.

Penerbangan MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia 17 Julai, lalu.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga sekarang tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Sementara itu, sokongan dan kata-kata dorongan tidak putus-putus diucapkan di laman Facebook milik Dr Shah, menyatakan kekaguman dan penghargaan mereka terhadap profesionalisme dan dedikasi yang ditonjolkan.

“Saya rasa letih..terlalu banyak bergerak hari ini di Hilversum,” katanya.

Seorang kenalan persekolahan Dr Shah dan Ghaffar, tampil memberikan kata-kata semangat kepada doktor itu.

Usaha ini amat berbaloi, Ahli keluarga allahyarham dan rakan-rakan beliau sudag pasti begitu menghargai jasa kalian ” – Sarah, Mynewshub.my



Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 08:58 AM | Show all posts
MH17: 150 mayat sempurna dan 300 anggota badan selesai dibedah siasat


Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) menjalankan bedah siasat terhadap 150 mayat sempurna dan 300 pelbagai anggota badan tidak sempurna mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Daripada 226 keranda yang selesai dibuka ada 600 bahagian…pemeriksaan dibuat ke atas 450 bahagian iaitu 150 ialah mayat sempurna manakala 300 pula anggota pelbagai badan tidak sempurna,” katanya.


Dr Subramaniam berkata satu keranda yang baru tiba di Kem Tentera Hilversum, Amsterdam pada 4 Ogos, sedang dalam proses pemeriksaan bedah siasat.


Jangkaannya dalam seminggu dua ini semua pemerikaaan (bedah siasat) siap dijalankan, selepas itu proses mengenal pasti (pemadanan) akan dijalankan daripada keputusan DNA yang kita hantar daripada ahli keluarga terdekat,” katanya.

Bercakap dalam sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kementerian di Putrajaya hari ini, beliau berkata proses mengenal pasti mangsa mayat pula dijangka siap selewat-lewatnya dalam tiga minggu lagi.


Dr Subramaniam berkata selepas segala proses rumit itu selesai, kerajaan akan membuat keputusan berhubung proses membawa balik mangsa mayat itu ke negara ini dengan mengambil kira pandangan waris mangsa.


“Sebab ada pelbagai pandangan, ada yang tidak mahu ia dibawa balik, ada yang nak dibakar di situ dan ada juga yang mahu membawa balik secepat mungkin. Tiap-tiap pandangan akan diambil kira oleh kerajaan,” katanya.


Beliau berkata buat masa ini pasukan DVI Malaysia dan DVI antarabangsa berada dalam fasa pemadanan data pemeriksaan antemortem dan post mortem bagi tujuan pengesahan secara positif identiti mangsa.


Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.


Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai ditembak jatuh, namun tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.– Bernama



Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:17 PM | Show all posts
Kenapa kapal kita jadi target, bukan 2 kapal lain yg di kesan dalam radar guna ruang udara yg sama - India dan Singapura kan?

Bincang2 kedai kopi, zionist-us ni berani ke nak tembak kapal india?  Giler nak buat 2 billion rakyat india marah. India pun bukan calang2 kuasa nuklear. Singapura pulak, dah sah2 sekutu kuat, dan pusat kewangan. giler nak buat singapura bengang? jadi, kita lah yang 'tak berdosa' ni jadi mangsa. penumpang pun kebanyakannya warga belanda, negara pertanian. tak de kepentingan/ancaman pun kalau jentik sikit. belanda akan ikut je apa kata big boss.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:25 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 9-8-2014 08:58 AM
MH17: 150 mayat sempurna dan 300 anggota badan selesai dibedah siasat

Alhamduliilah urusan ni lancar stakat ni....harap kekal lancar smpi la proses akhir, bwa blk negara masing2

i

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 02:11 PM | Show all posts
GincuPurple posted on 9-8-2014 01:17 PM
Kenapa kapal kita jadi target, bukan 2 kapal lain yg di kesan dalam radar guna ruang udara yg sama - ...

Maksud ko both Msia & Belanda dah tau ttg tujuan nak tembak MH17 ni??
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 02:39 PM | Show all posts
aechae posted on 9-8-2014 01:25 PM
Alhamduliilah urusan ni lancar stakat ni....harap kekal lancar smpi la proses akhir, bwa blk negar ...

ha`ah ..
semoga d permudahkan semua urusan

UPDATE

Malaysia Airlines MH17: Dua Rakyat Malaysia Dikenal Pasti Setakat Ini
Posted 2014/08/09 by Ana Ghoib in Berita Harian

THE HAGUE: Dua rakyat Malaysia merupakan antara 21 mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dikenal pasti oleh pasukan forensik, kata Kerajaan Belanda pada Jumaat.

Selain dua rakyat Malaysia, 21 mangsa terdiri daripada 16 warga Belanda, Britain (1), Jerman (1) dan Kanada (1).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2014 02:43 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 9-8-2014 02:11 PM
Maksud ko both Msia & Belanda dah tau ttg tujuan nak tembak MH17 ni??

rasanya apa yang @GincuPurple  cuba sampaikan

zionist-us ni berani ke nak tembak kapal india?  Giler nak buat 2 billion rakyat india marah. India pun bukan calang2 kuasa nuklear. Singapura pulak, dah sah2 sekutu kuat, dan pusat kewangan. giler nak buat singapura bengang? jadi, kita lah yang 'tak berdosa' ni jadi mangsa.
antara sebab2 "mengapa" Malaysia jadi target


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 02:45 PM | Show all posts
Posto...posto....so dah bley istihar perang tak?

http://www.globalresearch.ca/evi ... air-missile/5394814
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 02:48 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 9-8-2014 02:43 PM
rasanya apa yang @GincuPurple  cuba sampaikan

antara sebab2 "mengapa" Malaysia jadi target

sebab ada kaitan dgn sumpit kot....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade sorang sepupu yg turut serta wakil PDRM. Nak dgr sendiri dari mulut dia ape yg dia nampak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.121935 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list