CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DhuraNaufa

Aku Dan Misteri

[Copy link]
 Author| Post time 1-8-2014 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
RnR Linggi

Lepas aku habis sekolah mama bawak aku duduk KL. Kat KL tu umah parents. Rumah tu pun angker gak. Mama sampai da tk tahan stay situ. Cerita yang aku nak cerita ni pasal pengalaman aku balik kampung. Masa tu ada kenduri kat kampung. Aku naik satu kereta dengan kakak. Kami suka balik kampung waktu malam. Selain dari sejuk, keadaan traffic jugak memaksa kami gerak lewat. (cheeeewaaaah ayatttt)


Kami gerak dari Ampang pukul 1.30am. Well masa tu nak gerak kul 12 malam tapi kakak pulak ada hal. Silap makan katanya, habis cirit birit. Aku geram sungguh, time nk balik kampung time tulah nak berak. Nenek kat kg aku da bagitahu dah nak balik malam tu gak. Takan nak call nenek cakap cancel lak. Mampus kena bambu dengan org tua tu nanti.

And no choice, akak suruh aku drive. Aku takda hal, memang tak kesah. Lagi suka bab menyelit tengah malam camtu. Kami keluar dari Tol Sungai Besi pukul 1.30 pagi camtu lah. Kakak kan sakit perut, tah apa dia mencekik pun aku tk tahu. Setiap RnR dia nk stop, nak berak je kerjanya. Memula RnR Nilai, settle berak gerak lagi. Lepas tu jumpa RnR Seremban pulak, okay kakak nak memerut lagi. Okay aku tak kesah, as long as dia tak nak stop kat RnR Linggi tu. Lagipun kat Seremban ramai orang masa tu. Takda lah seram mana.

And ceritanya bermula dari sini......

Lepas je settle memerut tu semua. Aku tengok jam da pukul 2++. Aku cakap dengan akak "Kau jangan pulak nak berhenti kat RnR depan tu. Situ gelap, karang ke rompak ke apa kang susah kita" . Akak pun cakap 'Akak takleh lah nak promise, kalau tak tahan kena stop jugak'. Aku suruh dia tidur, masa tu da start hujan renyai-renyai. Okay lah best sikit kalau nak drive time camni.

Lepas 15 minit kakak cakap dia da tak tahan memerut. Aku da cakap aku tanak stop kat RnR tu. Dalah situ gelap, bahaya lah kalau jadi apa-apa. Kesian pulak kat kakak aku stop lah kat situ. Parking depan toilet lahi uols.

Kakak ajak aku teman, so nak tanak aku kena turun. Lagipun nak betulkan tudung yang senget, pastu nak basuh muka. Nak kencing sekali. Hihi. Masa nak masuk kat dalam toilet tu ada cleaner dok baring kat atas kerusi depan tandas. Ada banyak lori yg parking kat situ. Kereta lak ada 2 biji, satu da nak gerak tinggal lagi satu. Itupun abg tu tgh tidur. Tandas kat situ bukannya besar pun. Lagipun situ gelap. Kakak da masuk kat toilet yg hujung sekali. Toilet depan tu takda kunci. So nak harapkan satu toilet tu ja. Sementara nak tunggu akk memerut, aku pun betulkan tudung. Basuh muka sekali.

Tengah aku feeling feeling kat depan cermin, ada sorg budak lelaki masuk toilet tu. Pakai jubah putih, siap dengan kopiah sekali. Dalam hati aku, mesti budak ni mak dia baru amek dari sekolah agama. Penuh Nur betul muka dia. Tapi kenapa dia masuk toilet perempuan? "adik, ni toilet gegirl dik. Toilet boy kt sebelah kiri kau tu hah" . "maaflah kak, saya da tak tahan sgt ni saya tumpang sini jelah eh"
Aku cakap kat budak tu sukahati kau lah dik. Aku malas nak layan kau. Budak tu senyum je. Comel budaknya, time tu tak fikir hantu ke jin ke.

Tapi aku pelik gak, napa mak dia tak teman sekali. Ahh abaikan jela. Janji aku nak balik cepat. Aku nak tidur. Sambil usha budak tu, aku bau wangi sangat. "sapa lah pergi sembur perfume tengah tengah pagi ni, kemain sedap bau dia" . Budak tu senyum je pandang aku. Menguji sungguh budak ni. Lepas aku cakap camtu, kakak pun kuar toilet. Dia keluar je muka dia nampak terkejut. Kalau aku toreh muka dia mmg tak berdarah.

Aku pukul pipi dia. Aku tanya "kau da knp gila? Mcm nmpk hantu je" . Terus dia tarik tangan aku sambil jerit "MEMANG AKU NAMPAK HANTU PUN BODOH" . Aku bebel kat akk, takan budak secomel tu jadi hantu. Biarlah fikir logik sikit.

Masuk je kereta aku nampak kat situ takda kereta. Lori je yg parking. Pastu cleaner tu pun masih tidur kat tmpt dia lagi. Sunyi gila masa tu. Aku start kereta pastu gerak. Masa otw balik kereta berat gila. Akak tidur lak masa tu. (sebenarnya dia tak tidur pun,saja tutup mata sebab seram sangat)

Kereta jadi berat sampai tol Pedas-Linggi. Pastu ringan gila. Sampai kerumah nenek, kakak makan ubat pastu tidur. Bangun pagi aku tanya kakak. "kak kau perasan tak kereta berat gila malam tadi". "aku perasan, sebab tu aku lelap mata aku ni. Aku bukan tidur pun. Kalau kau nak tahu aku nampak budak kat RnR tu ddk kat seat belakang." aku marah lah kakak, np kau tanak cakap dengan aku. Akak kata dia nak tumpang je sampai ke tol.

Akak cakap gak, masa dalam toilet tu dia ada dengar aku borak. Tapi suara budak lelaki tu tak dengar. Akak aku ingat aku bebel sesorang. Pastu terus dia bau busuk. Aku cakap maybe tu hasil perut kau. Dia cakap tak, dia bau busuk yg teramat sangat. Tak tahan bau tu terus dia keluar. Masa dia keluar dia nampak lak 'budak' tu. Aku nampak budak tu perfect gila. Tapi akak nampak budak tu lain tau. Budak tu muka berulat, tangan hitam, jubah yang dia pakai tu pulak bertanah. Kakak kata darah dengan nanah menitik dekat atas lantai. Gila ahh. Aku nampak elok je budak tu.

Sejak dari haritu kalau balik kampung, kami tak balik lewat pagi. Kalau nak balik sgt pagi, lepas solat subuh. Memang taklah kalau nak berhenti sana. Dengar cerita budak lelaki tu kena langgar lari. Lepas kena langgar, mayat di kena campak kat belakang toilet tu. Aku pun tak tahu kebenaran dia. Yang pasti aku masih ingat lagi kecomelan budak itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2014 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani btl korang balik berdua kan. Kalau aku mmng tak la :Q
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2014 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kanak-kanak lemas di Pengkalan Balak
August 1, 2014

ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang hilang selepas mandi bersama beberapa orang sepupunya di pantai Pengkalan Balak di sini petang semalam, ditemui lemas tengah malam tadi.

Mayat Wan Putera Izz Danish Wan Azrol Affendi, ditemui anggota bomba pada 12.19 tengah malam dalam keadaan meniarap di tepi pantai kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Pengarah Bomba Melaka Sohaimi Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.41 petang semalam dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat.

"Operasi mencari di laut hanya dapat dilakukan seketika sahaja disebabkan cuaca berangin dan laut berombak namun kita teruskan pencarian di tepi pantai sebelum menemui mayat mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, bapa mangsa Wan Azrol Affendi Yunos, 39, ketika ditemui berkata dia pada mulanya tidak membenarkan anak sulungnya itu mandi di pantai berkenaan namun terpaksa bersetuju selepas dipujuk anaknya.

"Saya mengawasinya mandi bersama sepupunya dari jauh tapi dalam lima hingga 10 minit saya terleka sekejap dan apabila sedar dia dah tak ada...saya tidak dengar apa-apa jeritan pun sebelum itu," katanya.

Wan Azrol berkata dia kemudian berusaha mencari anaknya itu namun tidak menemuinya sebelum menghubungi bomba.

Katanya Wan Putera Izz Danish yang tinggal bersama bekas isterinya di Puchong, Selangor dibawa pulang beraya bersamanya di Melaka pada Selasa lepas.

"Dua hari sebelum kejadian dia memberitahu saya nak tinggal terus dengan saya sebab nak jaga adiknya," katanya. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mo ... alan-balak-1.304019



teringat pula thread ni.. tapi kg. tt kat tg bidara kan?
family i suka pengkalan balak.. Last edited by cloudy_83 on 2-8-2014 01:55 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 11:59 AM | Show all posts
bagus2 ceritanya...cerita lg..cerita lg... tgh syok bce ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 02:05 PM | Show all posts
dahsyatnya tt.. berani drive memalam buta..
tapi naseb tt nampak sisi comel budak tu dari akak tt yg nampak sisi hodoh..
mau trauma berminggu kalau gitu,.
hihi..
lagiii.. lagii..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 10:01 PM | Show all posts
bestnya cara penulisan santai dan tak berkecamuk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2014 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Simple and steady..
Good job tt !
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 02:54 PM | Show all posts
DhuraNaufa posted on 24-7-2014 04:57 PM
Kau org situ ke? Mmg betul nama tmpt tu. Klu kau tahu environment dia macamna mesti kau tahu panta ...

Ya Allah...giler scary beb situ...dtg pun rase laen je...heninggggggggggggg...rase x selesa la sng kate..aku lame da stay melake...hehe..sungai udang..kikiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.276382 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list