CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5078|Reply: 52

[Jenayah] Edisi Pura-Pura Pergi Ke Masjid: Rupa-Rupanya...

[Copy link]
Post time 24-7-2014 07:18 AM | Show all posts |Read mode
TAMAN DESA PD – Temberang seorang lelaki berbaju Melayu kononnya mahu menunaikan solat Tarawih serta mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadan di masjid pecah, apabila dia ditahan anggota polis ketika sedang asyik berjudi, tengah malam semalam.

        Lelaki yang berusia akhir 30-an dan sudah berkahwin serta mempunyai anak itu turut mengaku menghabiskan wang sebanyak RM200 untuk berjudi ketika diserbu dalam Ops Dadu di Taman Desa PD, dekat sini.

        Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Abd Wahab Harun, Ops Dadu yang bermula jam 12.15 tengah malam dan berakhir jam 3 pagi itu diketuai oleh Asisten Superintenden (ASP) Zamsari Zainal bersama enam anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

        Katanya, ketika serbuan, seramai 11 individu berusia 22 hingga 44 tahun ditahan ketika sedang asyik berjudi.

“Kesemua mereka dipercayai penduduk di sekitar Taman Desa PD ini dan mereka terdiri daripada lima Melayu, Cina (5) dan seorang India.

“Pihak polis turut menahan tiga lagi lelaki dipercayai penjaga premis serta merampas 37 set komputer.

“Penjaga premis gagal menunjukkan lesen perniagaan dan tangkapan di bawah Seksyen  4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya kepada Sinar Harian.

        Abd Wahab berkata, sejak awal tahun ini, sebanyak lapan serbuan Ops Dadu dijalankan   di premis yang terbabit dengan kegiatan judi di daerah ini hasil maklumat awam serta risikan polis.

“Daripada serbuan itu,  sebanyak 457 unit komputer telah dirampas dan dua individu telah dituduh di mahkamah,” katanya.

        Katanya, operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bertujuan mengurangkan premis perjudian yang semakin banyak beroperasi secara haram di daerah ini.

“Pihak polis amat berharap kerjasama pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi dalam membanteras kegiatan berkenaan dari berleluasa.

        "Kita akan terus menjalankan tanggungjawab ini tetapi dalam masa yang sama, kita juga amat memerlukan kerjasama dengan pihak berkaitan serta orang ramai untuk menjadi mata dan telinga polis,” katanya.

Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/berpura-pura-pergi-ke-masjid-1.302308

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 07:21 AM | Show all posts
apa ada dengan baju?...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:29 AM | Show all posts
choiiii.....memalukan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Baju mencerminkan bangsa...bukan agama
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:58 AM | Show all posts
kena tahan pakai baju melayu plak tue..adoi.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Choiiiiii...perangai bapak setan habis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 08:13 AM | Show all posts
takkan ketuatnan mulayu hilang di donia
sampai ke meja judi pon para pejuang masih kekal dengan uniform ketuatnan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:18 AM | Show all posts
cari duit raya le tu.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 08:19 AM | Show all posts
laaa naper dok tunduk tu
watlah gaya peace sbb dah segak tu berbaju melayu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:19 AM | Show all posts
cari duit raya le tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:21 AM | Show all posts
kah3 dah dasar tahi judi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:24 AM | Show all posts
kenapa org suka berjudi..? apa yg seronoknya berjudi.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:24 AM | Show all posts
Melayu, Cina and India..semua ada..baguss..memang semangat satu Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:27 AM | Show all posts
bukan trend ke pakai baju melayu pergi berjudi

   
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:35 AM | Show all posts
ohmaiiii,,,memalukan betul..
yg tak tahan tuu ha mokcik baju kurung tu pon gigih le beratur nak beli toto..
kot ye pon...nak beli sgt..balik ler tukar baju dulu mokcik pon..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:37 AM | Show all posts
cari duit raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:06 AM | Show all posts
bukan depa patut ada sistem ke yang automatik hilangkan skrin judi tu bila serbuan dibuat..terus jadi cyber cafe je..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo dah taik ni... cuci pakai clorox pun x bersih jua...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:12 AM | Show all posts
cari duit raya ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tewas dgn nafsu sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.078339 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list