CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Warga Selangor meh masuk sini jap!!!

[Copy link]
Post time 24-7-2014 10:56 PM | Show all posts
noell posted on 24-7-2014 10:37 PM
percaya la mmg dia akan meletak jawatan bergaji 1hengget tuh tapi....dia akan melantik diri dia se ...

Percaya. Percaya sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 11:02 PM | Show all posts
munchkin posted on 24-7-2014 10:56 PM
Percaya. Percaya sangat

jemput ke open haus bang non kat cerok tok kun...kipas bawak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:17 PM | Show all posts
noell posted on 24-7-2014 11:02 PM
jemput ke open haus bang non kat cerok tok kun...kipas bawak sendiri

Sesaat lagi sampai. Kipas ada dua kat rumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:20 PM | Show all posts
munchkin posted on 24-7-2014 11:17 PM
Sesaat lagi sampai. Kipas ada dua kat rumah ni

bukan kipas siling la...kipas tangan...sila bawak hadiah kipas tangan dari gading gajah sebagai hadiah buat jijah sebagai pembakar semangat menjadi mb baru selangor lepas raya
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:01 AM | Show all posts
kecimpret posted on 24-7-2014 10:42 PM
Kena baca ni..dah lama x bc cite org jemapoh tu

the thing is.. dlm isu mb selangor  neh aku percaya tulisan dia.so aku root for wan azizah.walau aku bukan pengundi selangor tapi aku pro PR.mcm ada forumer tu ckp..strategi.mmg nampak pun umno lately mmg beking giler2 khalid neh dgn kelakuan,tindakan,statement khalid pun sendiri tak menyakinkan aku sebaliknya.musuh dlm selimut neh mmg sakitla.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
walaupun dia gagap dan prnah tertidur masa interview aku ttp pilih khalid. pasal aku x setuju perempuan jadi menteri besar..tu aje sebabnya.semoga.sultan dpt bermuafakat dgn khalid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2014 12:06 AM | Show all posts
alaaa macai..kalo wan azizah tu lemah..patut korang sapot apa? kelebihan besar la pada umngok tu.sayangi selangor..yakini bn maaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 24-7-2014 07:17 PM
http://www.suara.tv/?p=18700



so drpd.pemahaman aku,kiranya jijah terlalu hebat,maha hebat dlm menguruskan ekonomi smp anwar tak.diperlukan utk menasihati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 02:11 AM | Show all posts
tipuware posted on 25-7-2014 12:11 AM
so drpd.pemahaman aku,kiranya jijah terlalu hebat,maha hebat dlm menguruskan ekonomi smp anwar tak ...

Semua maha hebat. Sebab tu ada orang jadi umat
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 02:13 AM | Show all posts
noell posted on 24-7-2014 11:20 PM
bukan kipas siling la...kipas tangan...sila bawak hadiah kipas tangan dari gading gajah sebagai ha ...

Kipas Tangan lah. Entah sapa bagi. Aku simpan. Kot kot diperlukan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:52 AM | Show all posts
Aku x kisah pn sp naik jd mb..jgn geng2 rasuah cm ex mb tu n bn udah la...pelingkup selangordlu time bn jg selangor ade x berkebajikan cm pr sekarg???pkir2kn la
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:28 AM | Show all posts
tetiba thread ni jadi sedu plak ye...tak pa...saya tolong naikkan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:37 AM | Show all posts
vote ... jgn tak vote... demokrasi
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:39 AM | Show all posts
awat..dalam PAS pun sama berkecamuk ka?...ada yg setuju Wan Jijah jadi MB ada yg tak setuju ka?..gaduh lah korang..

Pemuda Pas Selangor mahu Abdul Khalid kekal sebagai MB

SHAH ALAM 24 Julai - Dewan Pemuda Pas negeri sebulat suara menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar.

Ketuanya, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, sokongan tersebut selaras dengan pendirian pucuk pimpinan Pas negeri sebelum ini yang tegas mahu memastikan kestabilan pembangkang dalam keadaan terbaik.

Tegasnya, usaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencalonkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Abdul Khalid, bukan satu tindakan terbaik yang mampu memberikan manfaat kepada rakyat.

Katanya, Pemuda Pas tidak boleh sesekali menafikan kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam mengemudi negeri ini ke tahap yang lebih baik.

"Tindakan menukar Menteri Besar perlu diperhalusi dengan cermat melalui persefahaman bersama pakatan pembangkang serta mengambil kira sentimen setiap pihak yang terlibat dengan proses Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuklah pihak istana.

"Menjustifikasi tindakan (menukar Abdul Khalid) dengan alasan memperkukuhkan kestabilan PKR semata-mata bukanlah faktor yang terbaik selain memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina selama ini kepada pembangkang di Selangor dan Malaysia amnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan Wan Azizah yang juga isterinya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, cadangan PKR itu disambut sebaliknya oleh Pas negeri ini apabila Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad menerusi laporan akhbar yang disiarkan pada 23 Julai lalu menyatakan parti itu tidak pernah bersedia dan tidak pernah bersetuju dengan cadangan Anwar melantik Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid.

Syarhan Humaizi menambah, tidak sepatutnya PKR memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina kepada pembangkang di negeri ini dengan berusaha menukar Abdul Khalid semata-mata untuk menstabilkan masalah dalaman parti.

Dalam pada itu, beliau turut bersependapat dengan pandangan Abdul Khalid yang dibuat menerusi kenyataan rasmi pada 22 Julai lalu bahawa sebarang penggantian dan pelantikan Menteri Besar perlu mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Oleh itu, Dewan Pemuda Pas Selangor mengingatkan kepada pihak yang begitu bersungguh-sungguh dalam gerakan (menggantikan Abdul Khalid) ini supaya tidak gopoh hanya kerana ingin meraih 'untung secupak tetapi rugi segantang'.

"Amanah yang terhampar untuk kita fokus dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat jangan dipersiakan," ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ai-MB#ixzz38Rpu8PwD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:55 AM | Show all posts
alesandra posted on 25-7-2014 12:01 AM
the thing is.. dlm isu mb selangor  neh aku percaya tulisan dia.so aku root for wan azizah.walau a ...

bg aku if it aint broke dont fix it..Khalid ni antara MB selangor yg terbaik..bkn aku cakap, tp rakyat Selangor sendiri ckp...kalo ditakdir Khalid ditendang gak, aku terima je wan azizah..takde laa smp nak berdemo mintak Khalid dilantik semula
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:03 PM | Show all posts
Abdul Khalid tidak akan berundur
ARZIANA MOHAMAD AZAMAN
24 Julai 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
20
Abdul Khalid (kanan) berbincang sesuatu bersama Sultan Selangor ketika Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kampung Assam Jawa. Turut hadir Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (kiri). Abdul Khalid (kanan) berbincang sesuatu bersama Sultan Selangor ketika Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kampung Assam Jawa. Turut hadir Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (kiri).
< 1 / 1 >
KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sekali lagi tidak akan berundur ataupun melepaskan jawatannya meskipun mendapat desakan pucuk pimpinan parti.

Adun Pelabuhan Klang itu turut berjanji dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk bekerja sehingga khidmatnya tidak diperlukan lagi sebaik sahaja mandat sebagai menteri besar berakhir.

“Saya sendiri sudah berkata kepada baginda tuanku untuk bekerja sebaik mungkin sehingga habis penggal...bahkan sudah keluarkan kenyataan sebelum ini bagi mana-mana pihak yang mahu saya berundur, kena patuh enakmen.

“Saya tegaskan, baginda tuanku memandang serius perkara ini dan yang paling penting baginda mahu pentadbiran yang amanah, teguh dan bertanggungjawab untuk rakyat Selangor,” katanya yang enggan mengulas ‘perbincangan’ yang dibuat bersama Sultan Selangor pada majlis berbuka puasa semalam.

Terdahulu, Abdul Khalid mengingatkan parti politik yang diwakilinya supaya menggunakan saluran betul dalam usaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

“PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian menteri besar.

“Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

“Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar,” katanya.

P/s:- Soalan saya....apa Anwat boleh buat selagi Khalid enggan letak jawatannya?..anybody?..macai2?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.560543 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list