CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3093|Reply: 39

[Jenayah] Istering tolakng gurauang lucahng dibelasahng

[Copy link]
Post time 24-7-2014 09:50 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Zulkarnain dipenjara enam bulan selepas mengaku salah sengaja mencederakan isterinya di mahkamah majistret, semalam.

KUALA TERENGGANU - Gara-gara enggan melayan gurauan lucah suami, seorang ibu tujuh anak cedera dibelasah suami.

Bagaimanapun, tindakan suaminya, Mohd Zulkarnain Ismail, 44, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Dia mengaku salah sengaja menyebabkan kecederaan kepada Che Alirawati Che Abdullah, 36.

Mohd Zulkarnain, seorang buruh, melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Surau Haji Daud, di sini, pada 21 Mei lalu, kira-kira jam 7.15 petang.

Dengan itu, Mohd Zulkarnain mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Nurzafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala Mohd Zulkarnain diwakili peguam bela Muhammad Hayatuddin Mohamad.

Mengikut fakta kes, Che Alirawati sedang berehat di rumah apabila Mohd Zulkarnain datang dan memukulnya, dia juga menghantukkan kepalanya di kepala mangsa.

Dia kemudian memukul kepala dan badan isterinya di hadapan anak-anak mereka.

Kejadian tersebut berpunca apabila mangsa enggan melayan gurauan lucahnya sebelum itu.

Akibat perbuatan suaminya, Alirawati mengalami sakit di seluruh badan dan bengkak di kepala.

Bimbang akan keselamatannya, Alirawati lari dari rumah dan bernasib baik kerana terserempak dengan kereta peronda polis.

Anggota polis peronda itu membawanya ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat aduan.

Dia mengadu bahawa suaminya seorang penagih dadah dan kerap memukul anak-anak mereka.

Susulan laporan berkenaan, Mohd Zulkarnain ditangkap di hadapan rumah mereka pada 22 Mei lalu, kira-kira jam 4.45 pagi.

Hasil ujian saringan ke atas air kencingnya mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:53 AM | Show all posts
asal berlaki juga
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:57 AM | Show all posts
anak dah 7, x tahan nak melucah2..... silap2 kat luar mau merogol org nih...... kaki pit lak tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:01 AM | Show all posts
ni la satu punca kenapa perempuan2 sekarang dah kurang lemah lembut...
apatah lagi anak2 pompuan yg lihat ibu mereka diperlakukan sedemikian rupa...

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:03 AM | Show all posts
selanyaknya lah. kaki dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:03 AM | Show all posts
dia gurau je tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 10:05 AM | Show all posts
Kaki dadah pun hadap, janji iols bukan andartu katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:23 AM | Show all posts
masuk penjara enam bulan nanti keluar terus sumbat dalam pusat serenti lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 10:24 AM | Show all posts
Penjara 6 bulan je? tak sempat nak insaf tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:26 AM | Show all posts
dah kenapa? kalau nk bergurau pon takyah belasah2 la. dasar bingai
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:27 AM | Show all posts
gurauan lucah yg mcm mane tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:27 AM | Show all posts
edisi pantai timur mcm tu ler
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:34 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 24-7-2014 09:53 AM
asal berlaki juga

khennn??? konsepnye gitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:36 AM | Show all posts
Santeira posted on 24-7-2014 10:05 AM
Kaki dadah pun hadap, janji iols bukan andartu katanya.

sebab jatuh taraf hina kalo jadi andartu uols...maka bertabahlah dibelasah kerana alasan abc begini
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:04 AM | Show all posts
Gurauan lucah tu cemana? Mencarut guna bahasa isyarat tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:28 AM | Show all posts

x berlaki aman2 jerk kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 11:30 AM | Show all posts
mcm dah xde mende lain nak bergurau....lalok la tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:30 AM | Show all posts
edisi terengganu kepelikang tanpa batasang
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:33 AM | Show all posts
mental sesangat!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah terengganu dan bondage burpisah tiada...haritu pukul binindgn dildo sampai cedera...nauzubillah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.192734 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list