Donetsk (Ukraine): Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.
Pengumuman mengejutkan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17.
Mengumumkan pengundurannya, Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.
Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.
Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.
Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.
Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Russia. - AFP
Post time 25-7-2014 02:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah tembak pesawat awam sampai jatuh. Lepas tu letak jawatan. Atas alasan kerajaan gabungan berpecah ( tah2 sebahagian dari plot). Pundekkks punya PM. ...!!!!
Post time 25-7-2014 03:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia rasa btanggungjawab kot
Ada sesetengah perdana menteri camtu
Sesetengah la.....
Yang lain lain tu rasa sgt bertanggungjawab pun ada, sampai x boleh lepas jawatan selagi tak Derek depan mata.
dorang ni pun bukan betul sgt
geng2 dorang dulu yg jatuhkan kerajaan demokrasi pro russia
skrang huru hara satu negara
itu kesan bila jadi buah catur kuasa besar dunia
cikdot posted on 25-7-2014 05:00 PM
Mereka ni PM ada presiden pun ada ye? Tak paham acik, bagaimana bidang kuasanya..pereshenko tu buat ...
jawatan tu kira ala-ala '3ekor naib presiden parti' la.
ada la fungsinya.
pada kita dah ada presiden nak buat apa ada pm?
pada org lain, timbalan presiden dah ada tapi
masih memerlukan jawatan naib presiden sapai 3 ekor plak tu.