CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Berlakon jadi wanita menepati hukum syariat - Fizz Fairuz

[Copy link]
Post time 26-7-2014 12:00 AM | Show all posts
erk, keluar fatwa sendiri pulak dia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 02:18 AM | Show all posts
tudung kemain rainbow2 giteww
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 08:17 AM | Show all posts
apa2 la fizz, doa je filem tu balik modal
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 08:23 AM | Show all posts
Usahawan lapor polis Fizz gagal lunas hutang


Kuala Lumpur: “Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan mengelak daripada melunaskan hutangnya.”

Demikian luahan seorang usahawan dikenali sebagai Linda, 36, yang kesal dengan sikap lepas tangan pelakon popular, Fizz Fairuz kerana gagal membayar semula wang berjumlah RM15,000 yang dipinjam pada Oktober tahun lalu.

Linda berkata, keputusan membuat laporan polis dan mendedahkan perkara itu adalah jalan terakhir untuk mendapatkan semula wangnya selepas pelbagai usaha dan rundingan dibuat dengan pelakon filem Mat Tudung itu menemui kegagalan.

“Bagi saya mudah saja, tak perlu ubah-ubah cakap dan canang itu dan ini di merata tempat.

Sekarang, bayar saja semula hutang saya.

“Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia mendiamkan diri dan mengelak.

“Saya sudah bagi peluang kepadanya secara baik tapi nampaknya dia yang nak perkara ini dibesarkan,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.

Difahamkan, Fizz meminjam RM15,000 daripada Linda akhir Oktober tahun lalu dengan alasan membuat pengubahsuaian rumah ibunya di Pahang.

Atas hubungan persahabatan dan memahami kesempitan wang dihadapi Fizz, Linda bersetuju meminjamkan wang itu.

Suami kepada pelakon Almy Nadia itu berjanji membayar semula wang Linda April hingga Jun lalu selepas dia menerima bayarannya sebagai pengajar di Akademi Fantasia 2013, namun sehingga minggu lalu Fizz berdiam diri.

Minggu lalu, Fizz menerusi pesanan mesej kepada Linda mendakwa dia sudah memulangkan semua duit itu kepada pihak ketiga yang juga rakan Linda dan tidak mahu diganggu lagi.

Linda yang masih tidak menerima wang dijanjikan itu mengesyaki satu pakatan berlaku antara Fizz dengan pihak ketiga, sekali gus membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, Ahad lalu.

Difahamkan juga, Linda yang juga seorang usahawan terkenal sering membantu golongan artis yang kesempitan wang, namun tidak pernah menghadapi masalah mendapatkan semula wangnya kecuali daripada Fizz.

  Katanya, sikap pelakon itu yang mendiamkan diri dan sukar dihubungi menimbulkan syak wasangka kepadanya untuk membawa perkara itu ke tengah.

“Sebenarnya saya pun tak nak kecoh hal ini sebab niat ketika itu membantu dia ubah suai rumah emaknya.

Tapi, bila jadi macam ini, saya terkilan dengan sikapnya.

“Saya bagi peluang kalau tak mampu bayar sekali gus, boleh ansur-ansur, tapi itu pun dia perdaya saya.


Tak berkatlah dia buat rumah emaknya dan canang itu dan ini, tapi wang saya dia mengelak nak bayar,” katanya.

Bagaimanapun, Fizz yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen dan tidak mahu ambil melayan dakwaan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/26
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 08:54 AM | Show all posts
[size=13.333333015441895px]“Apapun, pandangan saya ini bukan bermaksud saya bersikap konservatif, cuma ia adalah satu pendapat yang benar dan tidak menyalahi hukum syariat selagi niat yang ditetapkan adalah demi mencari rezeki yang halal menerusi cara relevan," katanya.

berbelit2 plak ayat dia ni
means pakai tudung ok la?
xleh pakai skirt pendek etc?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 09:27 AM | Show all posts
Cri la hero yg kck bertudung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2014 07:19 AM | Show all posts
macam kelakar lak cite nih kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Boikot cite bodoh ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 10:25 AM | Show all posts
Fizz ni mesti sekolah kan dulu. Masa belajar Pendidikan Islam kat sekolah dulu takkan ustaz/ustazah dia tadak sebut yg berdosa bila lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya. I masih igt lg ustaz I sebut benda ni masa sekolah dulu. Takkn Fizz dh lupa. Kesiannnn. Nnt ada anak, anak tanya psl hal ni, entah apa dia jawab agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Meleis dan kryptonite mureka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pesanan terahir kat Di balik tabir Mat Tudung. FF pesan jgn menipu blablabla. Jgn ada perasaan sesama insan...
Eh betul ke yg aku dgr td?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 04:14 PM | Show all posts
Saiz apa fizz fairuz ni pakai? XXL ke? Bahu jantan kan lebar, aku pun pakai baju L sebab bahu lebar saiz 15.5 inci
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 08:46 PM | Show all posts
kengkadang sakit hati tengok cerita ntah hapa2 camni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe masa dia berlakon watak bodoh ni, dia x sedar sbb disihirkan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag posted on 29-7-2014 09:06 PM
Maybe masa dia berlakon watak bodoh ni, dia x sedar sbb disihirkan gitu

Haa baru la releven ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite yg mempersendakan agama islam.. Apakah???


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 05:27 AM | Show all posts
Retiz cakap pasal cari rezeki halal??
Apeneraka???!?!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal mcm iras diana amir bila bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou posted on 25-7-2014 03:07 PM
hukum syariat tu beliau maksudkan hukum agama la eh?
bukan x leh ke lelaki menyerupai wanita da ...

Makk aii..bahaya dia ckp ni..takut peminat yang jahil percaya je..bimbo.betul jawapan nak lariskn filem..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 03:01 PM | Show all posts
Tu dia...
Fatwa dari setad fizz feroz..

Ustaz ustazah lain sila back off.....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071135 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list