CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tupaiterbang

[Tempatan] Rafizi Mau Khalid Ditendang!! #62 Siapa Khalid

[Copy link]
Post time 28-7-2014 10:34 PM | Show all posts
dess402 posted on 28-7-2014 09:28 PM
mai laa habaq apa dia konar  ??

kita kongsi sama2 .  pasai aku takot pasai kepahaman tak se ...

P'raya DUN S'gor tidak serentak dengan PRU13'

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

NONEMajlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.

Di Kelantan, kata Setiausaha Agung PAS , Datuk Mustafa Ali, menteri besar telah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

"Bagi Kedah, kita belum mendapat maklum balas daripada menteri besar," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2014 10:36 PM | Show all posts
dess402 posted on 28-7-2014 09:28 PM
mai laa habaq apa dia konar  ??

kita kongsi sama2 .  pasai aku takot pasai kepahaman tak se ...

Anwar dedah JPM terlibat seludup 40,000 pengundi hantu
(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.
Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.bangla
“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.
“Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Menurut Anwar, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.
“Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak),” kata Anwar.
Beliau menambah, kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.
Tambah Anwar, beliau turut mendapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.
“Jumlah kemasukan mereka pada nasa kritikal ini membimbangkan, sama ada memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional,” kata Anwar.
anwar-pc-close-01Justeru, beliau menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk mengekalkan kuasa.
“Kenapa JPM terlibat dalam hari-hari terakhir yang kritikal. Kenapa benarkan guna kem tentera? Bolehkah Ketua Pengarah Imigresen terangkan peranan depoh di Lenggeng, Sepang dan Semenyih untuk menempatkan pengundi asing ini?” soal Anwar.
Beliau turut mempersoal sama ada Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1 Sepang dan di KLIA.
“Sebab kita ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara.
“Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab. Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan.
“Biar rakyat yang putuskan sendiri pilihan mereka. Kepentingan rakyat dan Perlembagaan mesti dipatuhi,” kata Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=5142

1


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 28-7-2014 07:36 PM
Berapa kerusi PKR dan DAP di Kelantan? Berapa kerusi PAS dan PKR di Penang dan berapa kerusi PKR,  ...

Konsesus pakatan rakyat

Selangor pkr
Penang dap
Kelantan pas

Hormati konsesus ini
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 10:43 PM | Show all posts
dess402 posted on 28-7-2014 09:28 PM
mai laa habaq apa dia konar  ??

kita kongsi sama2 .  pasai aku takot pasai kepahaman tak se ...

PKR namakan Anwar sebagai calon ADUN Kajang

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semasa satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

"Berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang ekoran perletakan jawatan penyandangnya yang juga dari PKR, mesyuarat pimpinan pakatan rakyat memutuskan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai calon yang akan mewakili pakatan rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Turut hadir Anwar, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Semalam ADUN Kajang Lee Chin Cheh, telah meletakkan jawatannya yang disebut-sebut bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Anwar semalam juga menafikan beliau akan mengambil alih tempat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Dia berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi dan sudah diperkatakan sejak 2008 lagi.

Anwar juga menegaskan pemilihan beliau sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Kajang bukan untuk menyelesaikan kemelut politik parti itu di Selangor.


Sebaliknya Anwar menjelaskan pemilihan beliau bertujuan untuk melonjakkan lagi prestasi kerajaan Selangor yang sudah terbukti berada ditahap yang baik.


Anwar berkata persetujuan itu juga tidak bermaksud menjadikan pengundi di Kajang sebagai mangsa kepada penyelesaian segera kemelut politik parti itu.


"Saya tidak akan gunakan pengundi Kajang untuk selesaikan masalah di Selangor," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata PAS akan memberi sepenuh sokongan kepada calon yang diketengahkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat.

Sementera itu, Mohamad Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menteri besar yang baharu ketika ditemui selepas itu hanya memberi reaksi ringkas berhubung pemilihan Anwar sebagai calon.

"Keputusan dah dibuat...saya hanya akan buat kenyataan selepas mesyuarat dengan pimpinan PKR negeri ini," katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... dun-kajang-29039?cp





Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 10:50 PM | Show all posts
ladydutch posted on 28-7-2014 10:40 PM
Konsesus pakatan rakyat

Selangor pkr

Khalid tu dr parti PKR ka?

jadi, siapa yg kata PAS melanggar konsensus?

Pakatan sahkan Khalid MB Selangor
| 10 Mei 2013.
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, PKR telah menamakan dua orang sebagai calonnya untuk jawatan itu.

Berdasarkan nama itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah bersetuju melantik Khalid untuk meneruskan perkhidmatannya, maka Khalid dipilih.

Tengahari tadi, Pengerusi PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan cara perlantikan ini kerana ia tidak melalui prosedur mesyuarat.

Namun beliau menafikan akan meletakkkan jawatannya dalam parti atau ADUN dan anggota Parlimen sebagaimana disebarkan sebelum ini.

Beliau menyifatkan ianya sebagai kerja-kerja Umno.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi dan Lim Guan Eng telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk bersetuju perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.



Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Saifudin.


Parti KEADILAN Rakyat memanjatkan rasa syukur kami ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan Pakatan Rakyat mempertahankan negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua.

Bagi pihak KEADILAN, saya juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor, juga kepada jentera ketiga-tiga Parti KEADILAN, PAS dan DAP yang telah bertungkus lumus dan penuh komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan rakyat Selangor terus diberi kepada Pakatan Rakyat.

Kejayaan ini juga disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri, terutama dalam proses untuk menamakan seorang Menteri Besar bagi memimpin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pentadbiran negeri. KEADILAN sesungguhnya amat berbesar hati dan menghormati sokongan oleh PAS dan DAP yang telah bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Selangor dinamakan dari Parti KEADILAN Rakyat.

Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, KEADILAN telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri KEADILAN yang berjaya memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Negeri Selangor baru-baru ini kepada pimpinan PAS dan DAP untuk dibincang secara bersama dengan KEADILAN bagi memilih salah seorang daripada mereka untuk dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk  diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

KEADILAN dengan ini menyeru supaya keseluruhan rakyat Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk terus menggembeling semangat kerjasama dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit yang telah selama ini ditunjukkan, bagi terus memastikan agenda perubahan rakyat  dapat diteruskan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.



Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 10:52 PM | Show all posts
tupaiterbang posted on 27-7-2014 04:54 PM
[/youtube]

minit 10.23...

betapa 'plastik' nya DSAI...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-7-2014 10:56 PM | Show all posts
Ini jarang berlaku.Namun kalau Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri sudah keluarkan satu kenyataan khas awal pagi Ahad ia jelas petanda ini sudah jadi kes berat.

Silap haribulan bukan sahaja PAS dan PKR bertekak pasal isu jawatan Menteri Besar Selangor tetapi sudah ada bibit perang terbuka antara PAS dengan PAS.

Apa tidaknya,kalau Timbalan Presiden PAS Mat Sabtu dan Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar sudah berani secara terbuka pertikai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sokong Tan Sri Khalid mahu beliau kekal Menteri Besar.

Malu memang memalukan ibarat menampar bos sendiri di khalayak ramai...dua pemimpin PAS yang dikatakan pro-Anwar itu menyifatkan kenyataan Hadi pada pada sidang akhbar di Ruslia,Terengganu Jumaat bukan pendirian parti tetapi pandangan peribadi.

Menurut mereka PAS hanya akan mengadakan mesyuarat selepas hari raya (10 Ogos) untuk putuskan pendirian parti dalam isu Menteri Besar Selangor.

Ini sudah kes lawan tauke...tak gitu.

Maka tidak hairanlah untuk bendung pertikaian pasal isu jawatan Menteri Besar Selangor merebak dalam PAS sendiri,Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan di laman facebook rasmi beliau jam 1.10 pagi Ahad 27 Julai.

Dalam kenyataan bertarikh 26 Julai itu,bekas Menteri Besar Kelantan secara terbuka kata beliau sokong kenyataan Hadi mahu Khalid kekal Menteri Besar.

"Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?," tegas beliau.

Setelah terkena tamparan dari Hadi yang sokong Khalid,nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu letak isterinya,Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar ganti Khalid jenuh kena bersilat ekoran kenyataan Nik Aziz.

Tentulah pening dibuatnya...bukankah selama ini Nik Aziz dilihat banyak menyebelahi Anwar.

Nampaknya Musyridul AM PAS itu terpaksa 'lompat' ke tengah arina bila melihat orang macam Mat Sabu dan Mahfuz boleh pertikai cakap Presiden PAS.

Dalam pada itu kalau rajin pantau di media sosial sudah ada perang kata mengata antara budak-budak PAS pasal isu kenyataan Hadi.Ada yang sokong dan ada yang tidak.

Nik Aziz dalam kenyataan itu berkata asalnya beliau tidak berhasrat nak mengulas isu Menteri Besar Selangor kerana kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan.

"Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor"

Nik Aziz  mengingatkan : "PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.

" Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik."

http://siemens-melayumaju.blogsp ... emimpin-pas_28.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2014 10:58 PM | Show all posts

Pemimpin lantang PKR Latheefa Koya dikesan melancarkan serangan keras terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu ditukar parti itu dengan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun, serangannya itu hanya disindir mudah oleh setiausaha akhbar kepada menteri besar Arfa'eza Abdul Aziz sebagai “lawyer datang bulan”.“Cuba tanya lawyer (peguam) datang bulan itu berapa Selangor contribute (sumbang) kepada NGO dia?” tulis Arfa'eza (kiri) di Facebook seperti dilampir dalam gambar print screen yang sempat dirakam Latheefa.

Arfa'eza dipercayai merujuk kepada kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) yang Latheefa antara pengasas bersamanya.

Latheefa sebelum itu antaranya menyelar pihak “sosialis” yang didakwanya menyokong “kapitalis macam MB”.

“MB ini tak pernah ada agenda untuk rakyat miskin - tau - masalah rumah peneroka dan tanah orang miskin tak selesai-selesai tapi hangpa (kamu) semua masih sokong.

“Claim to be BERSIH supporters konon, tetapi MB tak pernah bantu BERSIH. Setakat bayar untuk duit jamin ada kot, lepas itu minta balik duit lepas kes,” tulisnya

http://siemens-melayumaju.blogsp ... -latheefa-koya.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2014 10:58 PM | Show all posts
munchkin posted on 28-7-2014 08:31 PM
Bila dah tak suka, habis dilondehkan. Ditendang keluar. Dunia politik tak lah 'bersih'

sedih, di malaysia, pemimpin yg benar2 jujur, berkaliber, mampu memimpin, amanah, pemimpin jenis inilah yg dijatuhkan dengan mudah oleh org yg berhasad dengki... I do believe with TSKI capabilities to run the selangor government, coz I learn and admire him so much, due to his effort in the Dawn Raid in london stock exchange... TSKI jugaklah org kuat PNB 1 ketika dulu...susah nak jumpa anak melayu yg betul2 padai selok belok ekonomi cam dia...

kalau DSAI degil sngat nak letak bini sendiri jadi MB, pakatan rakyat can say goodbye to selangor in the next GE....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 11:02 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 28-7-2014 08:38 PM
memang lah marina yusoff...sekarang siapa punya saya tak pasti plak...dia punya ke atau dah diambi ...

diambil alih oleh danaharta, dan sekarang dikenali dengan nama menara 238... KPJ healthcare katanya sudah beli bangunan tu...

http://www.thestar.com.my/Busine ... 38-for-RM206m.aspx/
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 11:05 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 28-7-2014 10:34 PM
P'raya DUN S'gor tidak serentak dengan PRU13'

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sel ...

Menurut Anwar, terdapat ratusan ribu pengundi yang diragui yang berdaftar di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) dan Pulau Pinang, dan pihaknya memandang berat perkara itu kerana SPR gagal memberi reaksi.



parlimen ampang P99 paling ramai org asing, sampai beranak pinak di hospital ampang, tp PKR tetap jugak menang besar dikawasan tu...

DSAI patut 'berterima kasih' kpd pengundi parlimen ampang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2014 11:06 PM | Show all posts
oni313 posted on 28-7-2014 11:02 PM
diambil alih oleh danaharta, dan sekarang dikenali dengan nama menara 238... KPJ healthcare katan ...

rekod pencapaian seseorang bukan dinilai pada kecekapan pengurusan kewangan sahaja..
bak kata bang non
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 11:08 PM | Show all posts
cepat2 la PAS buat keputusan keluar jer dari Pakatan Rakyat

biarlah Anwar Ibrahim buat keputusan ikut suka dia, PAS tak perlu fikir lagi samaada nak terima atau tidak

biarlah PAS perjuangkan hudud tanpa perlu berselindung, nanti dikatakan munafiq pula

pelik juga, ada org tak yakin dengan PAS kalau bersendirian

corak politik PAS sekarang perlu diteruskan, dan hentikanlah corak politik lama yg menanamkan sifat benci menci

inilah peluang PAS utk berubah sblm dikecam hebat sebelum PRU ke15

kalau PKR nak sangat memerintah Selangor, biarlah Khalid Ibrahim bubarkan dun, dan kali ni biar PAS, PKR , UMNO bertanding sesama sendiri

kalau PAS kalah teruk pun biarlah drpd sakit hati dengan DAP dan PKR
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 11:17 PM | Show all posts
susah2 biar gua je la jd MB selangor. gua pun ada experience pernah jadi ketua darjah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 12:58 AM | Show all posts
oni313 posted on 28-7-2014 10:58 PM
sedih, di malaysia, pemimpin yg benar2 jujur, berkaliber, mampu memimpin, amanah, pemimpin jenis i ...

Nak buat cam mana oni. Nampaknya perjuangan ni utk org ramai ke utk 'siapa'. Ramai juga yg sokong 'siapa' tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 01:06 AM | Show all posts
tupaiterbang posted on 28-7-2014 10:58 PM
Pemimpin lantang PKR Latheefa Koya dikesan melancarkan serangan keras terhadap Menteri Besar Selan ...

Eh banyak songeh nak guna duit gomen selangor untuk bantu bersih, sendiri buat, sendiri tanggung, bukan ada orang paksa buat pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2014 11:14 AM | Show all posts
dess402 posted on 28-7-2014 09:54 PM
ada masalah teknikal  ??

so ada keraguanlah dalam kesnya .

kira cakap tak consisten lah Dess...tapi keputusan mahkamah tetap menyatakan Anwat meliwat Azizan..sampai mendiang Karpal minta Anwat mencabar keputusan mahkamah yg menyatakan Anwat meliwat Azizan..tapi Anwat enggan...kenapa Anwat enggan Dess?..

Mahkamah mana lagi Dess...mahkamah yg Anwat menang kes samannya jugak lah...mahkamah mana lagi?.

Malahan Dess...Kes dia liwat Sepol dia dijatuhi hukuman dah dess...tuhan bayar cash Dess..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:16 AM | Show all posts
tak payah lah orang orang dari negeri lain
negeri sembilan ke
johor ke
kedah ke
pahang ke

campur urusan hal negeri selangor

hal negeri selangor
biar orang selangor sahaja uruskan

yang asal negeri ke
pergi kisah pasal negeri ko je
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:17 AM | Show all posts
dess402 posted on 28-7-2014 09:58 PM
ingat cil An ..  dalam Islam kalau nakhoda tersilap , paling simple dalam rukun sembahyang .
...

Dlm islam gak..kalau haluan nakhoda tu betul...jemaah kena ikut dess..

Jangan jadi 6 org jemaah tu dess...presdien cakap bukan sebagai dasar PAS..tapi atas dasar peribadi...menggong..PAS sama PAS pun berkecamuk jadinya krn nak jilat Anwat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:19 AM | Show all posts
yang asal negeri lain itu
tak perlu campur hal negeri orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.088747 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list