CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: GhostWalking

[Tempatan] Edisi Bergolek Di Jalan Raya: Jalan KL Lengang

[Copy link]
 Author| Post time 29-7-2014 10:31 PM | Show all posts
kodokke posted on 29-7-2014 02:16 PM
Mana lengang warga asing ramai ma

Tengok area kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2014 10:48 PM | Show all posts
Aidilfitri: Ibu kota tetap jadi tumpuan

29 Julai 2014






KUALA LUMPUR - Cuti umum Aidilfitri hari ini terus  digunakan sebaiknya dengan warga kota dilihat mengambil pendekatan berbeza untuk mengeratkan silaturahim dengan bersiar-siar, membeli belah dan makan bersama di sekitar ibu kota.

Tinjauan Bernama pada hari kedua Aidilfitri mendapati suasana di beberapa kawasan di ibu kota mula sibuk apabila pusat beli-belah utama seperti KLCC,
Times Square, Pavilion dan Sogo beroperasi seperti biasa dan dibanjiri orang ramai.

"Semalam (satu Syawal) Sogo beroperasi pada pukul satu tengah hari, suasana agak lengang dan kebanyakan pengunjung adalah warga asing.

"Namun hari ini pusat beli belah dibuka seperti biasa pada pukul 10 pagi dan dikunjungi masyarakat berbilang kaum," kata Muhammad Andiki Afrizal, 21,
pekerja pusat beli belah Sogo, kepada Bernama, di sini.

Bagaimanapun, kawasan tumpuan utama masyarakat dan pelancong di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman agak lengang kerana masih banyak pusat perniagaan ditutup.

Di KLCC pula orang ramai dilihat mengambil kesempatan merakam gambar kenangan bersama keluarga di kawasan taman yang terdapat air pancut.

Suri rumah, Rohana Zain, 42, berkata beliau dan keluarga beraya di rumah saudaranya di Kuala Lumpur tahun ini dan mengambil kesempatan cuti umum untuk bersiar-siar sekitar ibu kota.

"Selalunya kami tak ada masa untuk datang ke Kuala Lumpur (KL) memandangkan suami bekerja dan anak bersekolah, jadi kesempatan raya di KL tahun ini kami ambil peluang jalan-jalan," katanya yang berasal dari Kelantan.

Bagi pembantu kedai, Susianti Widoyo, 40, pula Malaysia seperti rumahnya apabila beliau bersama suami dan tiga anaknya menetap di negara ini sejak enam tahun lalu.

Sambil mengakui Aidilfitri di Kuala Lumpur tetap meriah walaupun kebanyakan warga kota pulang ke kampung untuk beraya, Susianti mengambil kesempatan itu untuk bersiar-siar bersama keluarga dan bergambar di menara kembar Petronas yang menjadi kegemaran anak-anaknya.

Suasana di kawasan Bukit Bintang pula kelihatan agak sibuk dan menjadi antara kawasan yang paling mencuri tumpuan kerana banyak pusat perniagaan dan restoran makanan segera beroperasi seperti biasa.

"Di sini (Bukit Bintang) semua ada, banyak kedai buka, kalau nak 'shopping' senang, lagi pula cuti umum, trafik kurang, tiada kesesakan jalan raya, senanglah," kata seorang pelajar dari Subang Jaya Susan Lee, 18.

Sementara itu, pelancong dari Australia yang mahu dikenali sebagai Louise berkata beliau datang ke Malaysia untuk melawat rakannya dari Melaka dan
mengambil peluang untuk berhari raya bersama.

"Saya benar-benar menikmati perayaan ini kerana saya juga dapat mengenali budaya rakyat Malaysia dan keunikan makanannya.

"Saya juga ambil kesempatan makan sate, kuah kacang dan rendang ayam", kata pelajar jurusan ekonomi itu. - Bernama

Read here: http://www.sinarharian.com.my/ed ... di-tumpuan-1.303516

Ni laporan hari ni.Mungkin la lengang tu bukan maksudnya tiada orang.Tapi jalan tak la jem macam selalu.Ada tempat yang jem mungkin sebab the area dah ramai orang yang berhari raya @ berkampung di situ sejak sekian lama.Tak lupa juga area yang penduduknya ramai cina atau india.Macam Shah Alam area Seksyen 17,18 tu antara tempat yang dah ramai berkampung di situ sejak dulu.Ada seksyen yang tak.Harap maklum tihihihihih



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:40 PM | Show all posts
Td lalu mrr2 lancar je. Syok betul. Kalau x, stress dibuatnya. Lps ni every weekend pasti setiap jln jam giler sbb jemputan open hse
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:32 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 29-7-2014 06:47 PM
Click je kat link berita tu..

ok thank you
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057627 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list