CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2637|Reply: 37

[Tempatan] Balas Dendam Sewaktu Rumah Terbuka Undang Bahaya

[Copy link]
Post time 30-7-2014 02:02 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Pemakanan sihat dan bersederhana pada majlis rumah terbuka khususnya ketika Aidilfitri perlu dititikberatkan oleh orang ramai bagi mengelak pelbagai penyakit.

Ketua Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Aryati Ahmad berkata ini kerana juadah yang disediakan di rumah terbuka kebanyakannya mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi.

"Minuman ringan bergas, air kordial, biskut raya, kek dan tapai kalau diambil berlebihan boleh meningkatkan gula dan lemak darah selain boleh menambah berat badan akibat kandungan kalori yang tinggi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya makanan berat seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi dagang dan rendang pula mempunyai lemak tepu yang jika diambil berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tahap kolestrol, kolestrol 'jahat' atau 'low density lipoprotein' dan lemak dalam darah.

"Ini menyebabkan masalah kesihatan seperti pedih ulu hati, sembelit, gastrik akibat pengambilan makanan dan cara makan yang salah," katanya.

Memandangkan ada yang menerima jemputan menghadiri dua atau tiga rumah terbuka pada satu-satu masa, Dr Aryati menyarankan mereka hanya menjamu selera dalam kuantiti sedikit.

"Tidak salah untuk merasa setiap jenis makanan tetapi kena jaga kuantiti supaya tidak berlebihan selain meningkatkan aktiviti fizikal seperti meletak kereta jauh dari rumah terbuka untuk menggalakkan aktiviti berjalan kaki sebagai satu senaman," katanya.

Katanya, sudah menjadi lumrah masyarakat menyediakan hidangan yang mewah dan pelbagai namun alasan untuk 'membalas dendam' setelah sebulan berpuasa dengan makan berlebihan adalah tidak wajar kerana hanya menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan.

Sehubungan itu, beliau menasihati mereka yang ingin menghadiri rumah terbuka supaya memilih makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Beliau turut menyarankan supaya pengambilan makanan jenis karbohidrat seperti ketupat, mi dan nasi diambil dalam kuantiti sedikit.

"Kalau boleh pilih nasi putih berbanding nasi minyak dan pilih bihun berbanding mi kuning manakala untuk makanan berkuah seperti mi kari dan mi bandung, kurangkan menghirup kuahnya," kata Dr Aryati.

Menurutnya beberapa langkah praktikal boleh diambil sebelum mengunjungi rumah terbuka untuk mengawal pengambilan makanan berlebihan.

Ini termasuk meminum air kosong, tidak menghadiri rumah terbuka ketika lapar dan menggunakan pinggan dan gelas yang kecil.

"Ini bertujuan mengelakkan kita terlalu mengikut nafsu apabila melihat hidangan makanan. Apabila kita guna pinggan yang kecil, kita akan cenderung mengambil makanan dalam kuantiti kecil," tambahnya.  - Bernama

Read here: http://www.sinarharian.com.my/na ... ang-bahaya-1.303550


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
setaun skali je dr...lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 30-7-2014 02:19 PM
setaun skali je dr...lol

So...apa yg lol nyer?

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:21 PM | Show all posts
tak apa...ubat banyak di klinik....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
lavasyawal posted on 30-7-2014 02:20 PM
So...apa yg lol nyer?

tu ikon ketawa la...taip gune hp
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpa.ummah suchi memang gemar cucuk2 insulin sambil sengal2 manja gout di lutut....pastu malam2 kena stroke2 manja...penyakit signature ummah meleis.Kalo suh jaga makan dihembur kata xda dalil suh jaga makan...senyum sinis jah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2014 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Igtkn dendam kt tuan rumah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 30-7-2014 02:22 PM
tu ikon ketawa la...taip gune hp

Maksud wa...

Apa benda yg kelakar nyer?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 02:26 PM | Show all posts
"Sehubungan itu, beliau menasihati mereka yang ingin menghadiri rumah terbuka supaya memilih makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran."

soklan aku yg maha inesen: ade ke org wat rumah terbuka hidang buah-buahan & sayur sayuran? buah tu..ok,ade la nampak walaupon rare. sayur?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:34 PM | Show all posts
babydoll posted on 30-7-2014 02:26 PM
"Sehubungan itu, beliau menasihati mereka yang ingin menghadiri rumah terbuka supaya memilih makanan ...

ade

sayur lomang ,
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:40 PM | Show all posts
tiap2 tahun time raya sure doktor dok ulang nasihat sama
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 03:41 PM | Show all posts
sekali sekala...xsalah tapi jgn berlebihan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Skang trend hidang air gas plak tu..aku slalu standby air masak dalam kete..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 04:30 PM | Show all posts
alooohhh doc yg nasihat ni pn mcm la ikut sgt klu g beraya msa 1st n 2nd day raya tu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 05:15 PM | Show all posts
lipoprotien.... adalah kolestrol jahat... ooooo
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 05:16 PM | Show all posts
baru tahu. tak sia2 saya masuk sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz posted on 30-7-2014 03:48 PM
Skang trend hidang air gas plak tu..aku slalu standby air masak dalam kete..

Dari dulu la org hidang air gas..zaman f&n masih botol kaca lagi..

Selow la lu..

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lavasyawal posted on 30-7-2014 05:18 PM
Dari dulu la org hidang air gas..zaman f&n masih botol kaca lagi..

Selow la lu..

Ye ke..lu zaman bile tu siap botol kaca..klasik btol..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 05:23 PM | Show all posts
org dah hidang
xjamah kang kecik ati tuan rumah


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 06:20 PM | Show all posts
shernazz posted on 30-7-2014 05:20 PM
Ye ke..lu zaman bile tu siap botol kaca..klasik btol..

ahahhahaaa... muda lagi ko ni aku rasa ..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.445232 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list