CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zuri154

[DRAMA MELAYU] LOVE YOU MR ARROGANT ISTANA 36 [AZLEE KHAIRI,ZARA ZYA]

  [Copy link]
 Author| Post time 15-9-2019 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts

Azlee Khairi kembali berlakon drama
SABTU, 14 SEPTEMBER 2019 @ 1:24 PM

PELAKON, Azlee Khairi dan Zara Zya kembali bergandingan dalam drama adaptasi novel, Seadanya Aku, yang bakal disiarkan menerusi TV3. - Foto Instagram Azlee Khairi

BARISAN pelakon drama, Seadanya Aku, bersama pengarah, Feroz Kader.
KUALA LUMPUR: Selepas hampir empat tahun menghilang daripada radar seni hiburan, Azlee Khairi, 30, kembali ke pentas lakonan.

Lebih istimewa, pelakon yang pernah mencipta fenomena menerusi Love You Mr Arrogant pada 2013 itu kembali bergandingan dengan pasangannya dalam drama popular siaran TV3 berkenaan, Zara Zya.

Kedua-duanya bersatu semula menerusi naskhah terbaru arahan Feroz Kader, Seadanya Aku, terbitan Country Universal Sdn Bhd.

“Ketika ramai peminat beranggapan saya menyepikan diri daripada dunia seni, tidak dinafikan, saya rindu untuk kembali berlakon. Ada masanya, keinginan untuk beraksi di depan kamera datang menerjah.

“Begitupun, pembabitan saya dalam drama yang juga bakal disiarkan menerusi slot Akasia TV3 ini bukanlah ‘come back’ saya ke arena seni.

“Saya sebaliknya menganggap undangan daripada penerbit, Kak Jai (Jalena Rejab) lebih kepada rezeki. Saya bersyukur atas peluang dihulurkan ini dan berterima kasih kepadanya yang masih mengingati saya,” kata Azlee.

Azlee yang kali akhir muncul di kaca TV menerusi drama, Pergilah Air Mata, siaran 2016 berkata, dia tidak menyangka akan sekali lagi digandingkan dengan Zara.

“Saya sebenarnya tidak kisah dan bersikap terbuka mengenai teman gandingan. Saya tiada masalah untuk bekerja dengan sesiapa sahaja,” katanya yang pernah memenangi trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-27 bersama Zara menerusi kategori online, Gandingan Serasi di Layar.

Selain mereka, drama yang diangkat daripada novel dengan judul sama itu turut menampilkan Elvina Mohamad, Redza Rosli dan Dayana Roza.

Sementara itu, Azlee sudah hampir enam tahun mendirikan rumah tangga dengan wanita dari Brunei, Dayang Norlelawati Puteh.

“Cuma, buat waktu ini kami belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Dalam tempoh tidak aktif berlakon itu juga, saya sebenarnya mengusahakan perniagaan hartanah dan pakaian,” katanya.

Hak Cipta Terpelihara  2019 - BH Online
New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 01:25 PM | Show all posts
zuri154 replied at 14-9-2019 07:49 AM
Nape abg aru tetiba buat comeback kakacancil? Sudah single ka???

hahaha entah la chuols.
tapi mmg takde tanda2 dia blk berdua dgn cik puan.mcm sorang2 je.
latest update katanya blk Kuala pun blm lagi.betul2 blk KL carik job semata.
uols ingt dia jadi hero tu tak kena brainwash dlu ka dgn producer org tv bagai?
haruslah kena uols tu yg bagaikan dpt wahyu aktif di ig, gigih repost segala.

harap abam aru berterusan insaf.hero berbakat dah la susah kt msia ni, dah ada tu maintain lah mana tau pasni job lain singgah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sangkancil replied at 17-9-2019 01:25 PM
hahaha entah la chuols.
tapi mmg takde tanda2 dia blk berdua dgn cik puan.mcm sorang2 je.
latest ...

Maksudnya kareer seni abam aru skrg bkn lagi diuruskan oleh cik puan heols ke? Manager baru?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 03:56 PM | Show all posts
Ingat2 lupa muka cik puan lela ni hehe

mengundang sungguh la ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2019 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
hurmmmm.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zuri154 at 29-9-2019 11:23 PM

Jawapannya ada di sini...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Huntong la jalena rejap jd manager... job sentiasa ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2019 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Puteri19 replied at 29-9-2019 09:20 AM
Huntong la jalena rejap jd manager... job sentiasa ada

simbiosis jah kekdahnya... saling memerlukan.

jgn plak jalena rejab jd cikpuan baru sudaaaa..... kiikiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2019 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel penuh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2019 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zuri154 at 29-9-2019 11:20 PM

Sambungan...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan akhir...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.217798 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list