CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3283|Reply: 9

[Tempatan] MH17: Malaysia akan berkabung

[Copy link]
Post time 8-8-2014 08:44 AM | Show all posts |Read mode
AMSTERDAM: Malaysia akan mengumumkan hari berkabung negara untuk nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sebaik sahaja mayat dan jenazah mangsa warga Malaysia tiba di tanah air, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata ia khusus bagi seluruh negara berkabung untuk mangsa yang terkorban dalam nahas itu, dan untuk memberi penghormatan kepada mereka.

Penerbangan MH17, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.


Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.

"Kami akan isytiharkan hari berkabung untuk seluruh negara dan saya akan berada di sana untuk menyambut mayat-mayat apabila ia sampai," katanya pada majlis makan malam penghargaan bersama-sama pasukan siasatan khas Malaysia di sini pada Khamis malam.

Menyentuh 195 warga Belanda yang terkorban dalam nahas itu, Najib berkata beliau telah berjumpa beberapa warga Belanda dan mereka tidak menyalahkan MAS atau Malaysia berhubung nahas itu.

"Ia sesuatu di luar jangkaan. Rakyat Belanda memahami keadaan itu dan mereka bersama-sama kita," katanya.
Berhubung lawatan dua hari beliau ke Belanda sejak Khamis, Najib berkata ia bagi menyampaikan ucapan takziah kepada Netherlands dan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

Najib, diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (DCA) Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya tiba di sini pada Khamis pagi.

Najib mengadakan pertemuan dengan Rutte di The Hague bagi membincangkan nahas MH17 di Ukraine, sebelum ke Hilversum untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi itu yang identiti mereka sedang dikenal pasti menerusi proses forensik.

Perdana Menteri turut melahirkan penghargaan kepada pasukan siasatan khas Malaysia yang telah memberikan komitmen mereka dalam membawa mayat mangsa-mangsa ke Netherlands, dan terlibat dalam mendapatkan dua kotak hitam MH17 dan juga kepada mereka yang terbabit dalam Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).

Najib berkata Malaysia komited untuk menegakkan keadilan bagi keluarga mangsa dan membawa dalang tragedi itu ke muka pengadilan.

Beliau berkata dengan penemuan kotak hitam pesawat itu, beliau berharap maklumat dalam kotak hitam itu mengandungi bukti kukuh untuk membawa pihak yang bertanggungjawab bagi tragedi itu ke muka pengadilan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2014 08:44 AM | Show all posts
Mufti Pahang: ‘Amalan berkabung tak canggah Islam, cuma adat’


KUALA LUMPUR, 15 April — Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman mahu percanggahan pendapat mengenai isu berkabung selama 40 hari dibincangkan bagi mencari penyelesaian demi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Sehubungan itu beliau juga menolak andaian bahawa amalan berkabung 40 hari sebenarnya bercanggah dengan ajaran Islam, sebaliknya berkata ia hanya salah satu adat untuk memperingati kematian seseorang.

“Sebenarnya dalam Islam memang tidak ada soal berkabung 40 hari, yang ada hanya untuk wanita kematian suami.


“Amalan berkabung 40 hari ini biasanya adalah adat untuk memperingati jasa pemimpin negara atau kerabat diraja, ia hanya adat biasa dan ia bukan amalan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Awal minggu ini, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, amalan berkabung selama 40 hari sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja yang diamalkan selama ini bercanggah dengan ajaran Islam.

Kata Asri, dalam ajaran Islam yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari dan bukan berkabung secara “berlebihan” sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja.

Sehubungan itu jelas Abdul Rahman,  sepatutnya perkara itu dibincangkan terlebih dahulu secara khusus kerana ia bukan keputusan seorang individu.

“Kita kena bincangkan secara khusus perkara ini, ia bukan keputusan individu, saya juga tidak boleh kata ia salah atau tidak.

“Bagi saya ia hanya adat di satu-satu kawasan, jadi kita perlu bincangkan, bagi penerangan sebalum buat apa-apa keputusan,” katanya.

Bagaimanapun beberapa mufti lain enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata, amalan berkabung selama 40 hari itu diamalkan kerana orang Islam tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.

“Memang betul, dalam syariat Islam tiada amalan berkabung 40 hari yang ada pun wanita yang kematian suami, perkara ini terjadi kerana orang kita tidak ambil peduli.

“Amalan berkabung ini memang tidak ada dalam Islam, segala bentuk amalan termasuk pakai baju hitam, memakai lilitan kepala dan sebagai tiada dalam Islam, jadi ia sepatutnya tidak diadakan kerana bimbang menyerupai budaya bukan Islam pula,” katanya.

Jelas beliau, Islam tidak menuntut umatnya untuk bersedih atau meratapi kematian seseorang, sebaliknya cukup dengan memberikan takziah serta bantuan.

“Islam tidak suruh orang bersedih terlalu lama, kalau ada kematian dan menurut adab Islam cukup dengan menyampaikan takziah atau memberikan pertolongan jika perlu.

“Kita tidak perlu nak buat benda yang tidak ada tapi diadakan, jangan buat benda yang akhirnya akan menjadi ikutan. Lebih baik amalan seperti ini tidak dibuat dan kita tidak mahu ia menyerupai budaya orang bukan Islam pula,” katanya.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, mana-mana amalan yang tidak dituntut dalam Islam termasuk berkabung selama 40 sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja adalah tidak digalakkan.

Menurut beliau, istilah berkabung tiada dalam ajaran Islam dan amalan “meratapi” selama 40 hari kematian pemimpin negara dan kerabat diraja juga tidak dituntut dan ia sewajarnya tidak perlu dilakukan.

“Memang tidak ada (berkabung 40 hari), malah dalam Islam istilah berkabung itu juga tidak ada... apa yang ada adalah ‘idah’ bagi wanita kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari tapi ia bukan berkabung.

“Amalan ini memang tidak ada dalam Islam, saya tak tahu ia dari amalan atau budaya mana tapi seingat saya dalam Islam ia memang tidak ada,” katanya.

Tegas Sheikh Abdul Halim, adalah lebih baik sekiranya amalan berkabung selama 40 hari itu tidak diadakan kerana ia tidak dituntut dalam Islam selain dikhuatiri menyerupai amalan atau budaya agama lain.

“Buat apa kita nak buat perkara atau amalan yang tak dituntut dalam Islam, ia bukan dari ajaran Islam juga bukan budaya orang Islam, jadi kenapa perlu kita buat?

“Dalam Islam memang tidak ada upacara seperti ini, benda yang tidak ada kenapa perlu diadakan? Bagaimanapun walaupun ia tidak dituntut (dalam Islam) tapi saya tidak boleh kata ia tidak boleh diadakan atau diadakan.

“Cuma ingin saya tegaskan, amalan yang tidak dituntut dalam Islam dan kalau ia menyerupai amalan agama lain kita tidak boleh buat, jadi amalan seperti ini tidak perlulah untuk kita buat. Benda yang tidak ada dalam asas Islam tidak digalakkan atau tidak boleh dibuat, mudah kata tidak perlu buat,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 04:04 PM | Show all posts
Ok noted. rasanya negara bukan-lah berkabung 40 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 04:05 PM | Show all posts
apa-pun kita tunggu dan lihat adalah lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 04:11 PM | Show all posts
Ada potensi cuti umum ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 05:53 PM | Show all posts
harus berkabung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2014 06:00 PM | Show all posts
kalau takde pengumuman berkabung pun, rakyat malaysia secara amnya akan turut bersedih bila jenazah tiba di tanahair semula...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
simpati... kesiannn... tp perlu ke sampai negara berkabung... hmmmmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la ada a special day untuk berkabung. Kalau cuti pun elok gak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 06:13 PM | Show all posts
cuti berkabong 40 hari tapi gaji tetap jalan pleaseee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.065084 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list