CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2231|Reply: 10

[Jenayah] Di Samun RM160,000 Ketika Sedang Meneguk Teh Tarik

[Copy link]
Post time 10-8-2014 10:18 PM | Show all posts |Read mode
NIBONG TEBAL - Empat sahabat kerugian lebih RM160,000 selepas pelbagai barangan berharga milik mereka disamun tiga lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol ketika sedang minum di sebuah kedai makanan di Sungai Bakap, di sini awal ini.
   
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 5 pagi itu, empat lelaki berusia 30 hingga 48 tahun itu sedang minum sebelum sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki tiga suspek berhenti di hadapan kedai makan berkenaan.
   
"Dua daripada tiga lelaki berkenaan keluar dari kereta dan menghampiri mangsa sebelum seorang suspek mengacukan sepucuk pistol sambil mengarahkan mereka tunduk di bawah meja.
   
"Suspek turut mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai dan barangan berharga yang mereka miliki," katanya di sini.
   
Katanya, empat lelaki berkenaan yang bimbang dicederakan menyerahkan dua utas jam tangan berjenama Rolex bernilai RM130,000, sebentuk cincin emas, wang tunai RM800 dan dua unit telefon bimbit yang kesemuanya dianggarkan berjumlah RM162,000.

Jurucakap itu berkata dua suspek berkenaan melarikan diri dengan menaiki kereta bersama rakan mereka yang menunggu di kenderaan.   
   
Katanya, ketika kejadian kedai makanan berkenaan sudah tutup dan hanya empat lelaki itu duduk menghabiskan minuman mereka.  
   
"Empat lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana tidak berlaku pergelutan," katanya.
   
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan Asisten Komisioner Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati mangsa tidak dapat mengcam suspek kerana diarah tunduk ke bawah.     
   
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan di talian 04-582 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran.  - Bernama


Read here: http://www.sinarharian.com.my/se ... tika-minum-1.306509
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2014 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jam rolex siot...mmg laku kalo pi pajak gadai....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 10:25 PM | Show all posts
shernazz posted on 10-8-2014 10:20 PM
Jam rolex siot...mmg laku kalo pi pajak gadai....

Omega al jub laku tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai posted on 10-8-2014 10:25 PM
Omega al jub laku tak?

Awat?
Hang nak beli ka...hahaha
Eiiii..kot dh terlajak ke jub ke....
Ops!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 10:32 PM | Show all posts
shernazz posted on 10-8-2014 10:27 PM
Awat?
Hang nak beli ka...hahaha
Eiiii..kot dh terlajak ke jub ke....

Geli aku, jam kaki pejuboq.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai posted on 10-8-2014 10:32 PM
Geli aku, jam kaki pejuboq.

Dia kasi free pon blom tentu ade yg nak..lain la pencacai..spender pon boleh maa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2014 10:43 PM | Show all posts
shernazz posted on 10-8-2014 10:41 PM
Dia kasi free pon blom tentu ade yg nak..lain la pencacai..spender pon boleh maa

Pencacai kalo dapat spender, mau diorang rebus buat minum air. Amek berkat ANUgerah tohan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 10:48 PM | Show all posts
Mesti dah lama kena perhatikan ni kalau tak mana perompak tu tahu mangsa pakai rolex original.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2014 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Babai posted on 10-8-2014 10:43 PM
Pencacai kalo dapat spender, mau diorang rebus buat minum air. Amek berkat ANUgerah tohan.

Sambil meratib hal hal kelorga yang porak peranda...dh ranap dh parti tuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa posted on 10-8-2014 10:48 PM
Mesti dah lama kena perhatikan ni kalau tak mana perompak tu tahu mangsa pakai rolex original.

Musti depa sembang aembang mcm mami jarum kot..angkat angkat tangan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 11:05 PM | Show all posts
Takutnya nak mkn kat gerai2 ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.767018 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list