CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Gosip Neelofa Bakal Kawin Kerabat: Hans Isaac Terkejut #pg67

   Close [Copy link]
Post time 23-8-2014 09:45 AM | Show all posts
lopa ni kalau x mekup lawa kalau over mekup kureng sikit la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 09:46 AM | Show all posts
hI tu bukan terkejut tapi wat wat terkejut
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 10:28 AM | Show all posts
She-eh posted on 23-8-2014 12:08 AM
Yang Lofa post di twitter ni pun rasanya ada kaitan dengan dia sendiri....

so adakah faiz?
jeng jeng jeng...

btw aku x rasa ni publicity stunt lopa
sbb dia brani ckp akan bg stetmen this sept
maknanya ni bkn citer kosong
gila kau nak mandai2 buat citer related to istana

pastu aku tak rasa dia bertudung sbb nk jd org istana
masa tgk meletop awal2 ramadhan aritu yg ada hapiz midon jd guest
masa tu ckp pasal jodoh, muka lopa nampak nau sedihnya
siap share lg doa yg dibaca utk dpt jodoh yg leh bimbing dia dlm agama
pastu bila hapiz midon ckp "jodoh tu akan dtg takkan cepat, takkan lambat dr apa yg Tuhan tentukan"
bru nmpk lopa rileks sket n angguk2 setuju
so aku assume masa tu dia mmg takde sapa2 di hati

assume la.. aku assume ok
aku takde magic stick nak tau isi hati sebenar dia

but i wish her all the best in life


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 10:39 AM | Show all posts
lopa ada kat kelantan tengok hatta wat emoticon angkat sembah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
setankuning posted on 23-8-2014 10:28 AM
so adakah faiz?
jeng jeng jeng...


Masa wartawan tanya Lofa masa latihan di IB tentang kaitan dgn kerabat tu, ayat berita tu, dia tak mahu ditemubual bulan ini (Ogos) atau bulan depan (Sept).  Dia mohon beri ruang.

Maknanya Okt la kot kalau ada apa apa statement dari Lofa.

Lofa ke Kota Bharu pagi ni dgn pengurusnya. Baca di IG, dia akan ke YOKUK.  (Tak tahulah apa je bendanya - buat appearance kot)

Mlm nanti rasanya dia akan muncul dlm teater di IB, Bahayanya Wanita.

Wah..... pagi di Kelantan , malam di KL. Banyak tenaga....


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
She-eh posted on 23-8-2014 12:12 PM
Masa wartawan tanya Lofa masa latihan di IB tentang kaitan dgn kerabat tu, ayat berita tu, dia tak ...

Nmpk gaya lopa kena serbu ore kb dkat yokuk..tempek la gambo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2014 03:04 PM | Show all posts
tak tahu lagi dengan saper lofa nak kawen kerr....kehkehkeh...lofa yg cantek jelita....ko nak kawen dgn saper haaa....aku tertunggu-tunggu ni...kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
She-eh posted on 23-8-2014 12:08 AM
Yang Lofa post di twitter ni pun rasanya ada kaitan dengan dia sendiri....



Adakah lofa buat sunat istikoroh dan dh dpt jawapan nya...ohhh lopa peminat mu ini xsabar rasanya menunggu berita gembira...jika dgn org biasa pun xpe asalkn lelaki tu boleh mnjaga dan sayang kn mu...klo dgn smv...merafak sembah sultanah lofa....huhuhuhu

#somedaymyprincewillcome...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
angsaemas posted on 23-8-2014 01:54 PM
Nmpk gaya lopa kena serbu ore kb dkat yokuk..tempek la gambo

YOKUK tu sebenarnya Yayasan Org Kurang Upaya Kelantan.

Ada beberapa keping photo di IG Lofa masa di YOKUK tu. Kalau tak ada org tepek, nanti iol tepek, InsyaAllah.

Lofa dah mcm permaisuri....

Tengah makan ni.....  
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jonedoe posted on 23-8-2014 03:16 PM

Thanks......  
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:19 PM | Show all posts
dah confirm nanti kuarlah kat paper 'lofa milik istana', sama2 lah menantikan berita gembira ini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:39 PM | Show all posts


cantik
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:39 PM | Show all posts


cantik
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 03:45 PM | Show all posts
jonedoe posted on 23-8-2014 03:39 PM
cantik

Cantik,ayu,lembut ,tegas ,degil,garang & karisma .kena tambah satu lg.. wibawa
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
angsaemas posted on 23-8-2014 03:45 PM
Cantik,ayu,lembut ,tegas ,degil,garang & karisma .kena tambah satu lg.. wibawa

Amboi......

Karatz ni puji Lofa sakan!  ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 06:42 PM | Show all posts
salmeah posted on 23-8-2014 09:45 AM
lopa ni kalau x mekup lawa kalau over mekup kureng sikit la

nmpk tua kalo mekap tebal sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena update tajuk ni...
Dia jodoh dlm istikarohku....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 01:47 PM | Show all posts
lawoooooooo sgt baju nih...dan tuannya sekali...soft je..pastel color

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2014 03:05 PM | Show all posts

Neelofa Luahkan Rasa Cinta...



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia ruangan Nota Neelofa. Syukur, Lofa masih berpeluang berkongsi 1,001 satu cerita dengan kalian.

Lofa mengambil kesempatan ini merakam jutaan penghargaan yang tak terhingga kepada semua petugas dan mereka yang terbabit dengan Hari Berkabung Negara. Insya-Allah segala budi baik, jasa dan pengorbanan kalian akan terbalas. Sekali lagi, terima kasih.

Seperti dijanjikan, minggu ini Lofa akan berkongsi cerita yang ada kaitan dengan bulan kemerdekaan yang bakal kita sambut seminggu lagi. Bagi Lofa, ‘Merdeka’ bermaksud perubahan.

Definisi perubahan sangat luas, boleh jadi anjakan aspek pemikiran, tingkah laku dan sebagainya. Yang pasti, perubahan itu mestilah positif.

Sepertimana pembaca sedia maklum, Lofa suka melancong. Lofa gembar mencabar diri mengenali budaya dan cara hidup masyarakat luar. Bagi Lofa, Malaysia tetap yang terbaik di hati Lofa. Mungkin ada benar kata pepatah: ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’.

Di mata Lofa, Malaysia negara yang unik. Kepelbagaian bangsa dan budaya membuatkan negara kita lain dari negara lain. Makanan misalnya, ada macam-macam pilihan. Kalau anda pengikut setia ruangan ini, pasti anda tahu Lofa kuat makan.

Kalau teringin makan asam pedas atau juadah Baba Nyonya, boleh terus pandu ke Melaka. Lagi seronok kalau dapat makan di kedai sekitar Bukit Katil. Nak makanan mamak, pergi saja ke Pulau Pinang. Pilihan Lofa semestinya Nasi Kandar Beratur.

Lapar char kuetiau tengah malam, jangan risau kerana ba­nyak gerai menanti kunjungan kita. Pendek kata, Malaysia syurga makanan. Ketika berkunjung ke Jepun satu ketika dulu, perut meragam minta diisi. Puas juga pusing satu Tokyo mencari makanan halal. Sudahnya makan makanan segera kerana tiada banyak pilihan.

Itu baru sebut pasal makanan, belum lagi budaya. Bagi yang suka berkawan dan menambah kenalan baru macam Lofa, kita sangat beruntung kerana dikelilingi ma-syarakat majmuk. Seronok sebenarnya belajar budaya bangsa lain. Sebagai contoh, menghadiri majlis perkahwinan sahabat berbangsa India, lain suasananya. Meriah tak terkata.

Itu belum lagi sentuh sambutan perayaan. Lofa suka setiap kali diundang menghadiri rumah terbuka rakan bangsa lain. Pernah satu ketika, Lofa bukan main teruja mahu beli baju cheongsam dengan harapan sahabat Lofa akan rasa dihargai.

Bagaimanapun, apabila sampai ke rumah terbukanya, dia hanya pakai kemeja-T dan Lofa pula yang lebih-lebih. Apabila dikenang, seronok jadi anak Malaysia.

Selain itu, Malaysia ada banyak musim. Di luar negara, hanya ada musim panas, sejuk, luruh dan bunga tetapi Malasyia berpuluh-puluh musim.

Tak percaya? Ada musim padi, musim buah, musim berkhatan, musim kemarau, musim kahwin dan banyak lagi. Pendek kata, Malaysia penuh dengan sambutan ‘musim’.

Tidak hairan kalau Lofa kata, rakyat Malaysia antara manusia paling gembira di dunia. Kalau dah penuh dengan musim, cuti pun banyak. Tipulah kalau anda semua tak gembira bila ada banyak cuti.

Siapa tak suka cuti, kan? Oleh itu, berbanggalah jadi rakyat Malaysia. Jangan malas kerja sebab ada ba­nyak cuti. (gurau saja)

Itu antara faktor mengapa Lofa seronok jadi rakyat Malaysia.

Mungkin ada antara kalian akan kata, “Ek eleh.. biasa je,” tapi percayalah kata Lofa, benda ‘kecil’ beginilah yang perlu kita hargai. Jangan nanti dan terhantuk baru terngadah.

Memandangkan tarikh keramat 31 Ogos semakin hampir, Lofa nak tanya apa perancangan kalian sama-sama memeriahkan sambutan kali ini? Apa, tak ada? Sambut biasa-biasa saja? Ala... tak seronok­lah macam tu.

Bukan senang pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara. Apa kata, kalau malas sangat nak sambut, buat saja perkara ‘simple’ macam selalu Lofa buat.

Pasang berdera di kediaman dan kenderaan. Tunjukkan semangat patriotik anda. Macam Lofa sebut tadi, sekecil mana pun tindakan kita, ia sangat bermakna.

Itulah cerita Lofa minggu ini. Saja Lofa tulis sesuatu yang santai. Tak semestinya bila sebut pasal kemerdekaan kena serius. Eh! Sebelum terlupa, Lofa ingin ucapkan jutaan terima kasih kepasa semua pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara.

Dek kerana kerja keras dan usaha tidak bertepi mereka, Malaysia bukan lagi tanah jajahan, malah kita setanding dengan negara lain. Jasa dan budi baik anda sangat Lofa hargai.

Kepada pembaca setia, jangan lupa tunjukkan kasih sayang anda pada negara. Pasang bendera tau! Lagu seronok kalau pasang bendera di rumah dan ‘tag’ Lofa di Instagram. Lofa nak tengok berapa ramai berani sahut seruan ini.

Okey, sehingga bertemu lagi. Sebarkan rasa cinta. -myMetro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.087491 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list