CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2551|Reply: 4

Tiada orang tengah urus lelongan kereta mewah - KASTAM

[Copy link]
Post time 18-8-2014 01:52 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menasihati orang ramai agar tidak terperdaya dengan pihak yang mengaku menjadi perunding kepada urusan lelongan kereta mewah yang dirampas jabatan itu.
Penolong Ketua Pengarah KDRM (Penguatkuasaan), Datuk Hassan Ibrahim berkata, pihaknya hanya membuka lelongan awam menerusi laman web rasmi jabatan.

"Lelongan tidak dilaksanakan menerusi khidmat orang tengah, khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun aplikasi Whatsapp," katanya.

Beliau berkata, terdapat pihak yang telah menyebarkan iklan palsu menerusi Whatsapp mengenai lelongan awam kastam iaitu 'Car from port, all cars are seized from the Custom officer'.

Iklan itu mendakwa mereka merupakan pihak yang menggendali lelongan dan orang ramai yang berminat membelinya perlu membuat bayaran secara tunai.





Hassan berkata, harga kereta yang ditawarkan menerusi iklan itu seperti BMW M3 dan Volkswagen Polo adalah pada kadar yang tidak munasabah.

"KDRM hanya melelong kereta secara tender dan tidak ada istilah orang tengah untuk membantu menguruskan lelongan kereta yang dirampas," katanya. Beliau berkata lelongan dibuat mengikut bidaan tertinggi dengan pembida perlu meletakkan deposit sekurang-kurangnya 10 peratus dari harga kenderaan yang dibida dan sekiranya pembidaan gagal, wang deposit akan dikembalikan. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 02:27 AM | Show all posts
ada pulak guna nama kastam untuk menipu orang ramai
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 07:05 AM | Show all posts
ni berita lamo....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 02:04 PM | Show all posts
Di mana mana jua ada penipuan..kita sebagai pengguna pandai2 lah elakkannyaa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 07:34 AM | Show all posts
SAPA NAK MENGAKU....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.059576 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list